Bersih adakan himpunan rakyat depan Parlimen 11 Disember ini

cover_bersih.gifKUALA LUMPUR, 6 Dis (Hrkh)Usaha kerajaan BN bagi menyambung khidmat Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman melalui pindaan had umur lanjutan persaraan baru-baru ini dibantah keras banyak pihak.

 

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang turut mengecam tindakan itu akan mengadakan satu lagi perhimpunan rakyat pada 11 Disember ini di hadapan bangunan Parlimen.

 

 

Kenyataan mengenai himpunan ini disahkan oleh Jurucakap Sekretariat Bersih, Faisal Mustaffa semasa dihubungi Harakahdaily semalam.

 

Himpunan itu diadakan bagi membantah usaha kerajaan menyambung perkhidmatan Abdul Rashid yang sepatutnya ditetapkan bersara pada 31 Disember ini apabila umurnya mencecah had 65 tahun.

 

Kerajaan dikatakan akan meminda Perlembagaan untuk melanjutkan umur persaraan anggota-anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dari usia 65 ke 66 bagi membolehkan Rashid terus berkhidmat.

 

Usul tersebut buat kali pertamanya dibentang secara tergesa-gesa untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada 20 November lepas oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohammed Nazri Abdul Aziz.

 

Ia akan dibacakan untuk kali kedua pada 11 Disember ini, kata satu kenyataan Bersih.

 

Menurut kenyataan itu, perhimpunan akan diadakan pada jam 10 pagi di perkarangan bangunan Parlimen.

 

Beberapa pemimpin parti pembangkang berpendapat BN amat memerlukan khidmat Rashid yang licik bagi membantu kemenangannya dalam pilihan raya akan datang.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: