Johor mula dilanda banjir

KUALA LUMPUR, 6 Dis (Hrkh) –Beberapa daerah di negeri Johor mula dilanda banjir ekoran hujan lebat yang turun sejak petang semalam.

Menurut maklumat yang diterima Harakah, daerah Muar, Segamat, Batu Pahat, Kluang dan Labis telah mengalami banjir dengan para penduduknya sudah diarahkan berpindah ke kawasan penempatan banjir.

Seorang penduduk Kg Jawa, Segamat, Shamsul Hadi yang menghubungi Harakahdaily berkata, air banjir kini menghampiri paras lutut dan para penduduk kampung tersebut telah diarahkan berpindah.

Menurutnya, kejadian banjir kali ini tidak dijangkakan memandangkan keadaan panas beberapa hari sebelumnya.

“Bagaimanapun hujan mula turun selepas waktu Asar semalam dan berlanjutan hingga hari ini. Hujan makin turun dan bertambah lebat,” ujarnya.

Shamsul juga memaklumkan bahawa kebanyakan jalan menghala ke Segamat telahpun ditutup dan bekalan letirik diputuskan secara berperingkat oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Beliau juga mengucapkan syabas kepada anggota Unit Amal kerana sudahpun turun memberikan bantuan seawal banjir berlaku.

“Anggota Unit Amal sudah ramai kelihatan dan kami merasa terharu dengan keprihatinan mereka,” katanya.

Sementara itu, pemberita Harakah, Salman Hussien yang kini berada di Labis memaklumkan keadaan banjir di daerah itu semakin buruk.-tajdid

Johor mula dilanda banjir

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: