3 pemilih berdaftar buat laporan BPR terhadap SPR Pahang

TEMERLOH 7 DEC (Hrkh) – Tiga pemilih berdaftar dari kawasan parlimen Bera hari ini membuat satu laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) terhadap pengarah Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Pahang, Ismail Mohd Yusof, di pejabat BPR Cawangan Pahang, dekat sini jam 3.30 petang kelmarin.

Bercakap kepada media Islahudin Zakarian 45, yang mewakali ketiga-tiga pemilih tersebut berkata, pengarah SPR Pahang bertindak membelakangi undang-undang dan peraturan apabila beliau dengan sewenang-wenangnya enggan mendengar keterangan dan bukti yang dikemukakan bagi membantah tujuh nama pemilih baru yang dimasukkan di dalam daftar pemilih tambahan 2007 pada siasatan awam pada 26 November lalu.

Menurutnya, dalam prosiding itu, orang kena bantah (OKB) tidak hadir untuk berhujah tetapi peranan OKB seolah-olah diambil alih oleh pengarah SPR berkenaan dan mengekalkan nama OKB di dalam daftar pemilih berkaitan.

“Kegagalan OKB hadir walaupun notis telah disampai oleh SPR ke alamat berdaftar membuktikan OKB berkenaan bukanlah penduduk di lokaliti berkenaan,” katanya.

Islahuddin menganggap pengarah SPR telah menyalah guna kuasanya dan tidak adil dalam menjalankan tugas ketika mengendalikan siasatan awam itu.

“Ini adalah suatu penyalahgunaan kuasa yang dilakukan pengarah berkenaan kerana dia adalah hakim pada siasatan awam berkenaan, tidak sepatutnya dia menjadi pembela kepada OKB yang tidak hadir,” ujarnya.

Sebelum ini pada 4 December lalu, Islahudin dan rakan-rakanya telah membuat laporan serupa terhadap pengarah SPR Pahang di Ibu Pejabat Polis Bera.

Beliau berkata, pihaknya akan mengemukan rayuan terhadap kes berkenaan di samping membuat laporan Polis, BPR serta Badan Pengaduan Awam. – mns

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: