Mohamad Sabu Ditangkap Polis

DPPR dan TKO mengutuk keras tindakan polis yang telah melakukan tangkapan ke atas Naib Presiden PAS Mohamad Sabu yang juga Pengarah Jawatankuasa Perhimpunan Aman Rakyat anjuran Bersih di hadapan Masjid Negeri Perak petang ini.

Tindakan menahan dan menangkap pemimpin parti pembangkang tersebut adalah petanda bahawa kerajaan BN yang ada kini sedang menuju ke lembah kehancuran, kegagalan dan keaiban.

Kerajaan Pak Lah benar-benar telah lupa apa yang telah berlaku semasa Barisan Nasional bertindak di zaman era reformasi dan keputusan pilihanraya yang mengekorinya.

Apabila kerajaan BN dengan terus-terusan menggunakan segala kuasa yang ada padanya terutama polis dan institusi kehakiman untuk menekan rakyat serta bertindak kejam dan zalim, rakyat akan bangkit untuk menyatakan lebih berani dan lebih yakin : bahawa masa untukmu BN telah tamat!

Polis yang selama ini bersifat dengan sifat-sifat kebinatangan mereka bermula dengan ugutan dengan segenap cara ke atas rakyat untk menghalang perhimpunan aman BERSIH 10 November lalu, penggunaan water canon untuk menyemburkan gas pemedih mata dan air kimia kepada golongan rakyat yang tidak berdosa semasa perhimpunan di adakan adalah petunjuk nyata bahawa polis cuba menunjukkan bahawa mereka paling berkuasa di dalam negara ini.

Sedangkan dunia menyaksikan bahawa Polis Malaysia adalah sekumpulan manusia yang biadab yang tidak perlu dihormati malah perlu dikeji dan dikutuk lantaran kezaliman dan keganasan yang ditimbulkan oleh mereka selama ini.

Demikianlah, mengulangi kata-kata Mursyidul Am PAS, TG Nik Abdul Aziz Nik Mat, “bagaikan tabie air, rakyat pun begitu. Sebarang usaha menyekat dan membenteng air yang turun dari gunung akan menunggu bencana di hari depan, di satu masa dan ketika nanti.”

Kita ingin menegaskan bahawa “setelah sekalian lama pihak polis yang sepatutnya menjaga keamanan tetapi telah meletakkan undang-undang di dalam tangan mereka, melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan undang-undang menjadikan imej polis sejijik najis yang tidak pernah menjadikan polis sedar dirinya bahawa mereka juga perlu mematuhi undang-undang.”

Mohd Sabu ditahan dan ditangkap dengan hanya menggunakan salinan fotostat waran tangkap. Undang-undang mana yang Polis ini gunakan?

Masa untuk kerajaan Barisan Nasional berkuasa sebenarnya telah hampir kepada penamatnya. Rakyat telah membuktikan di dalam pilihanraya 1999 dengan memberikan undi mereka kepada Barisan Alternatif dengan mengalahkan beberapa kerusi yang ditandingi oleh Menteri-menteri kabinet waktu itu. Malah Dato Seri Najib hanya memenangi sekitar 300 undi di Parlimen Pekan!

PRU 12 yang bakal menjelma akan menyaksikan sekali lagi BN akan disembelih oleh rakyat.

Dengan segala kepincangan yang ada seperti polis yang menyalahgunakan kuasa, institusi kehakiman negara yang telah lama terlacur dan dilacurkan oleh kerajaan UMNO-BN, Peguam Negara yang betindak seperti seorang maharaja gila, pengerusi SPR yang biadab menghina keputusan hakim terang-terangan, Pengarah BPR yang secara
kotor dan hina menutup kes-kes rasuah yng melibatkan menteri-menteri dan hanya menangkap bilis-bilis, kenaikan harga barang yang tidak lagi terkawal dan segala macam kepincangan masyarakat yang wujud di negara ini adalah bukti nyata bahawa kerajaan yang ada kini sebenarnya telah menghidapi penyakit yang merbahaya yang akan membawa kepada tamatnya usia.

Justeru itu, kami ingin mengingatkan kepada kerajaan yang ada, sila teruskan sikap zalim dan kejam ke atas rakyat, maka semakin cepatlah hukuman akan berlansung ke atasmu. Rakyat tidak boleh digertak dengan menangkap Mohd Sabu atau pemimpin-pemimpin BERSIH, tangkaplah 100,000 rakyat yang hadir, maka 1 juta rakyat akan kembali ke jalanraya! 

Berita Selanjutnya….. 

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: