4 Hari Terperangkap Banjir

KUANTAN: Sepuluh keluarga di Kampung Padang, Jalan Sungai Lembing, dekat sini, yang terperangkap dalam banjir sejak empat hari lalu meminta pihak berkuasa menghantar bantuan makanan dan keperluan asas.

Kediaman mereka di kawasan sawah padi berhampiran Sungai Kobat, tenggelam selepas air sungai berkenaan melimpah awal pagi Jumaat lalu.

Kebanyakan mangsa, pesawah padi masih tidak berpindah kerana bimbang rumah mereka dimasuki pencuri berdasarkan pengalaman ketika musim tengkujuh sebelum ini.

Difahamkan, bantuan makanan dan keperluan asas hanya diagihkan kepada mangsa yang berpindah di pusat pemindahan menyebabkan 10 keluarga terbabit terpaksa bergantung kepada bekalan makanan sendiri.

Seorang penduduk, Maimunah Mamat, 60, berkata setakat ini, semua mangsa banjir di kampung itu belum dapat bantuan makanan.

“Kami terpaksa terus tinggal di rumah kerana berada jauh di pedalaman selain khuatir rumah diceroboh pencuri jika berpindah.

“Bagaimanapun, kami sudah bersedia dengan bot dan bergilir-gilir berjaga sepanjang malam bagi mengelak sebarang kemungkinan.

“Berdasarkan pengalaman tahun lalu, tiada sebarang bantuan diagihkan kepada mangsa banjir di kawasan ini,” katanya.

Ariffin Abdullah, 35, berkata dia sekeluarga hanya bergantung kepada makanan disimpan sebelum banjir sejak dua minggu lalu.

“Bagaimanapun, kami ada menyimpan ubi kayu sebagai persediaan jika terputus hubungan.

“Kami harap Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dapat menghantar bekalan makanan segera kerana kami sudah terputus hubungan sejak seminggu lalu,” katanya.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: