Air Di Pekan Naik Mendadak

PEKAN: Beberapa kampung di Mukim Pulau Rusa, Ganchong, di sini, mula ditenggelami air apabila Sungai Pahang melimpah akibat hujan lebat berterusan sejak lima hari lalu.

Tinjauan Harian Metro mendapati, Kampung Telok, Kampung Pulau Rusa, Kampung Ganchong, Kampung Tanjung Batu dan Kampung Keramat sudah dinaiki air 1.5 meter.

Malah, Masjid Mukim Pulau Rusa yang berusia 34 tahun juga dinaiki air menyebabkan ditutup kepada orang ramai.

Penduduk kampung juga mula membuat persiapan berpindah ke pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Rusa, Balai Raya Kampung Telok, Balai Raya Kampung Ubai dan Sekolah Menengah Kebangsaan Ubai.

Penghulu Mukim Pulau Rusa, Nazri Abdul Kadir, berkata sehingga jam 4 petang semalam, dua keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan di SK Pulau Rusa berikutan kediaman mereka terjejas teruk.

Menurutnya, ketika ini, penduduk diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga dan bersedia berpindah jika menerima arahan selepas air sungai mencecah paras bahaya.

Penduduk, Tijah Kadir, 80, berkata air naik dengan cepat mulai jam 12 tengah hari selepas hujan lebat dan air sungai melimpah.

“Semalam air belum naik tetapi hujan tidak berhenti sejak malam tadi menyebabkan air naik dan menjelang tengah hari, rumah mak cik tenggelam.

“Banjir kali ini berbeza dengan tahun lalu kerana air naik cepat seperti air pasang,” katanya yang tinggal bersama seorang anak dan dua cucu.

Ketua Kampung Telok, Yusof Awang Kechik, berkata dia menyediakan sebuah bot untuk keluarga berulang-alik dari rumah ke jalan besar kira-kira 50 meter berikutan air naik paras dada.

“Saya mengambil kesempatan memasang pukat kerana musim tengkujuh ini banyak ikan dan boleh dibuat hidangan.

“Namun, saya terkejut apabila seekor ular sawa sepanjang dua meter turut tersangkut dalam pukat,” katanya.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: