Majlis berkhatan MTD Kuala Semantan meriah, dapat sambutan ramai

TEMERLOH, Dec (Hrkh) – Lebih 40 kanak-kanak berusia antara 8 hingga 11 tahun menyertai Program khatan beramai-ramai anjuran Majlis Tindakan Pilihan raya Dewan Undangan Negeri (MTD) Kuala Semantan dengan kerjasama Unit Peti Undi Temerloh Jaya.

Menurut pengarah program, Ustaz Fairuz Hisham Nordin, program sempena musim cuti persekolahan itu adalah antara usaha pihaknya membantu orang ramai memudahkan ibu bapa melaksanakan urusan berkhatankan anak-anak mereka.

Difahamkan, penganjur mengenakan bayaran RM50.00 seorang ( termasuk sarapan pagi dan ubat-ubatan) kepada peserta berbanding di antara RM70 – RM150 jika berkhatan di klinik swasta.

Menurut Fairuz, program ini adalah di antara usaha penganjur membantu rakyat yang terhimpit dengan kenaikan kos hidup.

Sementara itu, beberapa orang kanak-kanak yang menyertai program tersebut gembira kerana dapat menyertai program itu. Jelas mereka tidak gementar atau takut untuk berkhatan.

Adik Ahmad Fauzan, 9, berkata dia tidak takut untuk berkhatan kerana semua orang lelaki mesti melaluinya. “Saya tidak takut untuk berkhatan kerana semua orang lelaki semuanya berkhatan, lagi pun selepas ini saya akan menjadi seorang lelaki Islam yang sempurna,” ujarnya gembira.

Seorang lagi peserta, adik Faiz Sahruddin, 9, berkata dia memang takut dan gementar tetapi kerana ramai kawan-kawan turut serta menjadikanya berani.

“Pengalaman dan cerita kawan-kawan yang sudah berkhatan menguatkan semangat untuk turut serta walaupun mereka mengatakan sakit tetapi saya percaya kerana disuntik ubat bius akan mengurangkan kesakitan itu,” ujarnya sambil tersenyum.

Pihak penganjur menjadikan Pusat Khidmat PAS Cawangan Temerloh Jaya sebagai premis menjaya program tersebut.

Kata Fairuz, berikutan sambutan daripada orang ramai pihaknya terpaksa menolak permohonan dan menghadkan peserta tidak lebih 50 orang sahaja. – mks.

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: