3 beranak sabung nyawa

ROMPIN: Seorang penoreh terpaksa bersabung nyawa meniti jambatan gantung hampir runtuh sambil mendukung anaknya berusia lima tahun menyeberang Sungai Aur untuk ke pusat pemindahan di Kampung Aur, di sini, Sabtu lalu.

Kadariah Awang, 42, dari Perumahan Projek Rakyat Termiskin (PPRT) Kampung Padang, berkata, dia terpaksa meredah hujan lebat bersama seorang lagi anak berusia 22 tahun melalui ‘laluan maut’ itu untuk ke kawasan selamat.

Menceritakan detik cemas itu, wanita berkenaan berkata, dia tiga beranak tiada pilihan apabila terpaksa meniti jambatan itu yang sebahagian papan pemijaknya hilang dihanyutkan arus deras.

“Memang mengerikan apabila terpaksa melalui jambatan gantung itu yang sudah separuh ditenggelami air.

“Namun, saya terpaksa menguatkan semangat membawa dua anak menyeberang jambatan itu walaupun air sungai di bawah mengalir deras,” katanya.

Menurutnya, dia bersyukur ketika tiba di tengah jambatan, sekumpulan pasukan penyelamat tiba bersama bot bagi membawa mereka tiga beranak ke pusat pemindahan.

Katanya, ketika kejadian, suaminya tidak ikut sama menyeberang jambatan itu kerana sibuk memunggah perabot dan perkakas elektrik ke tempat tinggi dalam rumah manakala empat lagi anaknya bekerja di tempat lain.

“Banjir kali ini luar biasa berbanding tahun lalu apabila air naik perlahan-lahan hingga paras pinggul sebelum meningkat mendadak hingga ke paras dada.

“Lebih menyedihkan, selepas dua hari tinggal di pusat pemindahan, saya dimaklumkan rumah PPRT yang baru setahun didiami roboh dihanyutkan banjir bersama semua barangan.

“Kini, kami sekeluarga hilang tempat berteduh. Sebelum ini, kami tinggal di pondok dalam kebun getah dan pondok itu juga roboh kerana sudah uzur sebelum mendapat bantuan rumah,” katanya.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: