PAS mengutuk tindakan ganas terbaru regim haram Zionis Isreal ke atas rakyat Pal

KejamPAS mengutuk sekeras-kerasnya tindakan ganas dan melampau “Regim Haram” Zionis Israel yang telah sekali lagi melancarkan serangan ke atas rakyat Palestin yang tidak berdosa di Semenanjung Gaza semalam. Akibat dari serangan bom dan pelbagai senjata itu seramai 19 orang rakyat Palestin telah gugur syahid manakala 45 yang lain telah tercedera.. Antara yang gugur syahid adalah Husaam al Zahar 24, anak lelaki kepada pemimpin HAMAS Dr Mahmoud al Zahar yang juga Menteri Luar kerajaan Palestin pimpinan HAMAS.

PAS mengucapkan takziah kepada Dr Mahmoud dan keluarga serta seluruh rakyat Palestin atas insiden tragis ini dan menyeru agar semua ahli dan penyokong parti termasuk umat Islam agar mendoakan semoga perjuangan rakyat Palestin bagi menuntut sebuah bumi Palestin yang bebas dan merdeka itu segera diperkenankan Allah swt.

PAS turut merakamkan kekesalan kerana serangan ganas ini dilakukan sebaik sahaja selesai kunjungan Presiden Amerika Syarikat George Bush ke Asia Barat, kononnya atas misi damai bagi menyelesaikan sengketa Arab-Israel. Ternyata Amerka Syarikat terus-menerus melindungi Israel walaupun terbukti tindakan ganas, biadap dan tidak berperikemanusiaan “Regim Haram” itulah sebenarnya yang menggugat kestabilan di rantau berkenaan.

PAS menuntut agar OIC mengambil sikap dan pendirian mengecam Amerika Syarikat yang terang-terangan memberikan lesen kepada Israel untuk bertindak ganas ke atas umat Islam dirantau berkenaan walaupun ia jelas bertentangan dengan apa sahaja peraturan antarabangsa dan konvensyen hak asasi manusia.

16 Januari 2008

DATO’ SERI TUAN GURU HJ. ABD. HADI AWANG
Presiden, Parti Islam Se Malaysia (PAS)

%d bloggers like this: