Hadith 14

أَبُو حُمَيْدٍ السَّاعِدِيُّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّهُمْ
قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ كَيْفَ نُصَلِّي عَلَيْكَ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قُولُوا اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَأَزْوَاجِهِ وَذُرِّيَّتِهِ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَأَزْوَاجِهِ وَذُرِّيَّتِهِ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

Dari Abu Humaid Assa’idi r.a.: Sahabat-sahabat bertanya: “Ya Rasulullah! Bagaimanakah caranya kami selawat kepada tuan?” Rasulullah s.a.w. bersabda: “Bacalah (yang ertinya:) “Wahai Tuhan! Berilah rahmat atas Muhammad, isteri-isterinya dan keturunannya, sebagaimana Engkau telah memberikan rahmat ke atas keluarga Ibrahim. Berilah keberkatan atas Muhammad, isteri-isterinya dan keturunannya, sebagaimana Engkau telah memberikan keberkatan kepada keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia.”

Riwayat Bukhari.

%d bloggers like this: