Selagi UMNO/BN Diberi Peluang…

bSistem negara sudah hampir musnah kerana angkara kepimpinan UMNO/BN yang tidak amanah, gila kuasa, kaki rasuah, rosak moral dan paling teruk mereka jadikan seluruh sistem penting negara sebagai organ parti untuk jaga kepentingan diri, anak bini, suku sakat, kroni dan proksi untuk kepentingan diri semata-mata.

Untuk menjaga kepentingan negara dan rakyat sekadar yang ada kaitannya demi menjaga kepentingan peribadi, kuasa dan kebendaan sahaja.

Sistem kehakiman rosak, musnah dan hampir pasti akan melumpuhkan seluruh sendi keadilan dalam negara lantaran seluruh organ penting dalam sistem ini diperguna dan diperkuda oleh penguasa elit politik UMNO/BN untuk menjaga segala kelemahan dan penyelewengan yang mereka lakukan. Bukti satu demi satu akan terbongkar akhirnya. Kes Lingam satu darinya betapa dahsyat sistem keadilan negara dijadikan barangan lelongan antara penguasa, tauke judi dan peguam yang hilang jati diri dan intergriti.Sistem keselamatan pincang kerana polis yang sepatutnya berfungsi menjaga keselamatan rakyat dan negara dari penjenayah, tetapi polis dipergunakan untuk menjaga kepentingan penguasa elit politik UMNO/BN yang sedang uzur dan nazak.

Sistem pilihanraya rosak. Sistem Jabatan Pendaftaran Negara juga dirosakkan. Sistem imigresen juga dirosakkan. Sistem kementerian pengajian tinggi yang diketuai oleh Dato Pa juga telah memusnahkan potensi mahasiswa/i negara yang diharap menjadi generasi harapan bangsa, agama dan negara. Tetapi mahasiswa/i dibela seperti memelihara ayam, lembu dan kambing. Pasti situasi demikian tidak akan memberi kesan positif ke arah perkembangan potensi generasi mudi-mudi Malaysia. Melainkan sistem yang rosak tidak akan menghasilkan yang terbaik.

Maka selagi rakyat terus memberi ruang dan peluang kepada UMNO/BN menerajui pemerintahan negara ini. Tidak akan ada ruang terbaik untuk rakyat negara ini melihat sistem negara akan lebih baik dan dilaksana mengikut Perlembagaan Negara dan undang-undang negara. Kerana rekod selama UMNO/BN menguasai politik negara selama itulah sistem apa jua dirubah, diperkosa dan dipinda mengikut kehendak nafsu dan kepentingan diri mereka. Perkara untuk menjaga kepentingan rakyat dan negara adalah perkara kurang penting. Inilah senario yang berlaku sejak sekian lama. Terutama zaman Pak Lah dan Che Det menjadi PM Malaysia sebagai contoh:

1. Dasar Bahasa Kebangsaan dicabul sebegitu teruk sehingga penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam pengajaran Sains dan Matematik ditukar kepada bahasa Inggeris tanpa merujuk kepada Parlimen terlebih dulu.

2. Kebebasan rakyat diperkosa, Akta ISA dipergunakan untuk menzalimi rakyat yang disyaki tetapi belum disabitkan kesalahan.

3. Penarikan royalti minyak kepada Terengganu ketika kerajaan negeri dikuasai oleh BA/PAS/PKR pada 1999-2004. Pada hal hak royalti tersebut termaktub dalam perjanjian.

4. Penggiliran Ketua Menteri di Sabah dua-dua tahun adalah bertentangan dengan Perlembagaan Negeri, ketika UMNO/BN menguasai kerajaan negeri setelah 2 ADUN PBS dirasuah agar berpaling tadah dengan melompat kepada UMNO/BN. Sepatutnya ia perlu dirujuk ke DUN terlebih dahulu sebelum ia dilaksanakan.

5. Persempadanan kawasan pilihanraya juga dilakukan dengan niat dan tujuan semata-mata untuk menangkan calon UMNO/BN. Bukan atas sebab kehendak perundangan sebenar.

6. Pemberian IC/MyKad kepada warga asing dan PTI untuk dijadikan pengundi hantu dengan tujuan memenangkan UMNO/BN dalam pilihanraya. Mereka tahu tindakan itu bertentangan dengan Perlembagaan Negara, tetapi kerana ketidak amanahan para pemimpin UMNO/BN mereka lakukan juga.

Banyak lagi sebenarnya. Ini adalah antara contoh UMNO/BN telah melakukan kerja-kerja yang bertujuan politik sempit mereka semata-mata.

Selagi UMNO/BN berkuasa. Yang pasti akan bertambahlah kerosakan kepada sistem negara ini. Pasti polis tidak akan berfungsi sebaik-baiknya selagi UMNO/BN terus memperkosa kuasa polis untuk menjaga kepentingan elit politik UMNO/BN.

Maknanya para pemimpin UMNO/BN tidak lagi teruja jauh sekali untuk tersentuh hati kecil mereka bagi memikirkan persoalan sebesar dan sepenting keselamatan, maruah, kedaulatan dan harga diri rakyat dan negara Malaysia yang kita cintai ini.

Kerana itu, mereka tidak begitu ambil kisah pun tentang nasib untung rakyat dan warganegara. Contoh kehilangan kanak-kanak silih berulang, tetapi pihak keselamatan tidak dapat menemui penjenayah sebenar. Tetapi bila ada rakyat yang buat protes secara aman terhadap tindakan pemerintah UMNO/BN yang menindas rakyat baru-baru ini. Sungguh cekap mereka bertindak sehingga membelakangi undang-undang dan hak-hak kebebasan rakyat. Rakyat bukan penjenayah tetapi diburu, dipukul, dizalimi dan ditangkap oleh polis-polis UMNO/BN yang bekerja untuk jaga penguasa elit UMNO/BN.

Itulah bukti sebenar UMNO/BN lagi lama mereka berkuasa lagi teruk dan dahsyat rakyat akan ditindas, dizalimi dan ditangkap. Apa yang penting bagi mereka ialah bagaimana untuk terus berkuasa. Sebab dengan kuasa mereka boleh himpun harta sebanyak-banyaknya. Boleh atur komisen seperti dalam pembelian kapal selam, pesawat tempur dan macam-macam lagi…..

Percayalah selagi UMNO/BN terus diberi kuasa selama itulah rakyat akan dihambat, dikejar, dipukul, ditangkap hatta ditembak seperti kes Batu Buruk dulu.

Fikir-fikirlah wahai rakyat Malaysia yang merdeka! Memberi peluang pemimpin yang tidak amanah, yang rasuah, yang rosak moral, yang mementing diri, yang suka menaikkan harga minyak, yang menaikkan harga barangan asas, yang menaikkan tol, yang membebankan rakyat, yang menindas rakyat, yang memperkosa sistem keadilan, yang memperkosa sistem kehakiman, yang memperkuda SPR, JPN, Polis dan sebagainya dan yang bikin pembangunan untuk sekadar mau tunjuk pada rakyat bahawa merekalah yang boleh bagi pembangunan orang lain dan parti lain tidak boleh buat.

Ingat-ingatlah watak pemerintah zalim Fir’aun, watak Qarun, watak Namrud yang digambarkan oleh Allah di dalam Al Quran. Betapa sesungguhnya si penguasa zalim tidak mungkin akan berlaku kasihan belas kepada rakyatnya ketika mereka memiliki kuasa, sekalipun rakyatnya terdiri orang yang terbaik. Orang zalim tidak akan dapat bezakan antara yang baik dengan yang jahat atau zalim itu.

Memberi ruang dan peluang lebih lama kepada penguasa yang rasuah, rosak akhlak moral, pecah amanah dan zalim samalah seperti merelakan diri kita untuk terus menerima padah dan ditimpa kezaliman dan penderitaan yang berpanjangan.

Kita menaruh harapan dan berdoa agar rakyat Malaysia yang merdeka lagi cerdik supaya TIDAK LAGI TERAGAK-AGAK UNTUK BERHIJRAH DAN MENINGGALKAN UMNO/BN dengan menuju dan bersama para pemimpin BA/PAS/PKR/DAP bagi membuat perubahan dalam politik negara.

Bila politik negara berubah. Pasti banyak perubahan lebih baik dalam sistem negara.

Jalan mudah dan sangat relevan bagi menyekat penguasa yang zalim dari terus-menerus bertindak zalim ke atas rakyatnya. Rakyat mesti bangkit melawan mereka.

Di negara kita yang mengamalkan demokrasi cukup mudah untuk menyekat kezaliman penguasa yang zalim, rasuah, rosak akhlak moral, tidak amanah dan menipu rakyatnya, ialah jangan berikan UNDI KITA KEPADA MEREKA.

Memberi undi atau memilih mereka. Bermakna kita seperti memberikan pisau atau pedang atau pistol atau M16 kepada mereka untuk membunuh diri kita.

Sekatlah kezaliman penguasa zalim, rasuah, rosak akhlak moral dan tidak amanah itu dengan TANGAN RAKYAT SENDIRI, iaitu UNDILAH CALON-CALON BA/PAS/PKR/DAP/PSM DAN PARTI-PARTI YANG BEKERJASAMA DENGAN BA.

Insya Allah, mengundi para pemimpin atau calon-calon BA/PAS/PKR/DAP/PSM dalam PRU ke 12 nanti bermakna kita seperti menyerahkan pisau, pistol dan pedang yang akan mereka gunakan untuk menjaga dan mempertahankan rakyat dari dizalimi dan ditindas oleh musuh.

Wallahu a’lam Yang baik itu dari Allah dan yang lemah itu dari hamba-Nya.

%d bloggers like this: