Negara Kebajikan dan Negara Islam.

Assalamualaikum..,, Sejak akhir akhir ini heboh diperkatakan oleh massa mengenai manifesto negara kebajikan yang diumumkan oleh presiden PAS.ada yang beranggapan PAS telah berubah arah dalam perjuangan sebenarnya untuk cita cita sebuah negara Islam. Ada yang mengatakan negara kebajikan hanyalah sebuah negara sekular sekali gus meragui arah perjuangan PAS. Apakah benar PAS sanggup melakukan apa saja untuk mencapai cita cita politiknya?

Inilah hujjah yang sering kita dengar akhir akhir ini seolah PAS sebenarnya berniat jahat dengan menghalalkan cara. kemudian ditambah lagi dengan kenyataan DSAI dihadapan kaum india bahawa beliau tidak menyokong penubuhan negara islam.maka kecelaruan semakin menjadi dan kesempatan ini digunakan sepenuhnya oleh BN untuk membuat tuduah betapa PAS sudah hilang arah dan sanggup melakukan apa saja untuk mendapat kuasa. Benarkah begitu?

Ana terpanggil untuk mengulas isu ini kerana bimbang komitment pemimpin kita PAS untuk menyelamatkan rakyat bakal menjadi sia sia dek kerana negara kebajikan ini. kita tahu dinegara kita sekarang ini selain umno terdapat beberapa jemaah dan fikrah islam lain yang kelihatan memperjuangkan islam tetapi komitment mereka dalam politik adalah terbatas.

Tetapi dalam masa yang sama ada dikalangan jemaah dan fikrah ini mula mempersoalkan matlamat negara islam yang selama ini diperjuangkan olih PAS.sudahlah mereka sebenarnya tidak serius dalam perjuangan politik islam atas alasan wadah pilihanraya tidak ada dalam islam. kemudian mereka muncul dengan kritikan pedas mengatakan PAS sudah hilang arah dari perjuangan untuk sebuah negara islam kepada sebuah negara sekular mengggunakan nama negara kebajikan.

Sungguh dangkal, kerana dimanakah hak mereka sebenarnya untuk mempersoalkan menifesto PAS ini?mereka tidak layak untuk mengkritik kerana mereka tidak pernah memperjuangkan atau menyediakan alternatif kepada PAS untuk sebuah wadah negara islam.

Hal ini dirumitkan lagi dengan kesempatan yang digunakan olih umno dengan dakyah PAS sudah hilang arah sebailknya tunduk kepada PKR dan DAP semata mata untuk mendapatkan kuasa.mereka mencanangkan pemimpin PAS gila kuasa.begitu juga DSAI dikatakan tergila gila untuk menjadi PM.

Pertamanya mari kita lihat apakah negara kebajikan tersebut dan apakah bezanya dengan negara kita sekarang? negara kebajikan secara umumnya ialah sebuah negara yang diperintah dengan mengambil kira kebajikan rakyat tanpa mengira kaum.prinsip asas kepada negara kebajikan ini ialah keadilan sejagat.jadi kita lihat prinsip keadilan ini juga merupakan prinsip negara islam.

Kalau sekarang ini kita dibebani olih berbagai masalah dari kenaikan harga minyak sehingga cukai cukai yang entah apa apa negara kebajikan menawarkan harga minyak yang lebih munasabah serta pemotongan cukai yang tidak perlu seperti cukai pintu tol dan pendidikan percuma dan seumpamanya.juga bantuan subsisdi disediakan kepada golongan yang tidak mampu tanpa ada pilihkasih.

Itu merupakan ciri yang membezakan negara kebajikan dari negara kita yang ada sekarang. Disamping itu negara kebajikan menjanjikan kepimpinan yang telus ikhlas dan jujur.dengan kata kata lain pemimpin yang menerajui negara kebajikan ialah pemimpin yang menjadi bapa kepada negara,yang pula sanggup bergolok bergadai untuk rakyat bukannya pemimpin yang membuncitkan perut pada ketika rakyat kelaparan.

negara kebajikan juga negara yang bebas rasuah dan salahguna kuasa.dari peringkat tertinggi sehingga serendah rendahnya rasuah bakal dihapuskan.satu lagi ciri yang membezakan dengan suasana negara kita sekarang di mana walaupun pemimpinnya bercakap untuk menghapuskan rasuah dan pasukan polis menggunakan lencana saya anti rasuah tetapi rasuah tetap menjadi amalan dari peringkat paling tinggi sehingga serendah rendahnya.

persoalannya apakah dengan menawarkan negara yang sedemikian PAS dianggap gila kuasa?di mana logiknya tuduhan tersebut bilamana pemimpin PAS bersama parti BA yang lain memberikan komitment untuk menjadi pemimpin yang sanggup bergolok bergadai untuk rakyat?soal samaada mereka mampu atau tidak memenuhi janji masih tidak bolih diperkatakan melainkan sesudah mereka diberi mandat untuk mentadbir. Dari situ kita menilai dan kalau mereka gagal kita masih ada masa 5 tahun untuk menukar kembali kerajaan.olih itu tidak adil sama sekali menghukum mereka dengan hukuman gila kuasa sebelum mereka diberi peluang. Inilah dakyah yang dijadikan lagu olih BN untuk memperkecilkan tawaran negara kebajikan sekaligus mengajak rakyat menolak negara kebajikan sebelum peluang diberi.

Seterusnya PAS juga dituduh melupakan matlamat asal perjuangan dengan negara kebajikan ini.di mana slogan negara islam yang diwar warkan selama ini?satu lagi kengkangan yang bolih mengelirukan rakyat.untuk itu kita perlu lebih matang dan memahami kengkangan ini.sebelum ana meneruskan suka ana jelaskan bahawa PAS adalah satu satu nya jemaah islam yang terlibat dalam politik jadi sebagai orang islam yang bercita cita untuk menubuhkan negara islam kita tidak punya pilihan lain lagi selain bersama PAS. Ada orang kata ulamak yang bersama kerajaan sekarang tidak bolih dikritik kerana mereka juga

Memperjuangkan islam.benarkah begitu? benarkah ulamak yang bersama dan bersengkokol dengan kerajaan memperjuangkan islam? kalau memang mereka memperjuangkan islam kenapa tidak ada dikalangan mereka yang tampil menentang rasuah dan penyalahangunakuasa malah kenapa mereka yang menjadi jurucakap kepada islam hadhari? dengan pengecualian diberi kepada mufti perak dan negeri sembilan yang berani menyuarakan teguran mereka kepada kemungkaran dan murtad serta mufti sabah yang telah menulis buku undang undang islam sebagai cadangan kepada kerajaan untuk melaksanakan undang undang islam.

Kita tidak mendengar ada ulamak lain yang bersuara malah dalam setengah kes mufti perlis yang mengisytiarkan negerinya sebagai darul sunnah seringkali bersengkongkol dengan kemaksiatan yang dibuat olih pemimpin kerajaan.konsert jom heboh yang disokong olih kerajaan perlis tidak pula kedengaran teguran dari mufti.seballiknya yang kedengaran ialah kritikannya terhadap mufti perak dan negeri sembilan dalam isu murtad dan kritikan kepada air jampi prof harun din.

jadi dimana peranan ulamak kerajaan selain dinyatakan itu dalam perjuangan menubuhkan negara islam.apa yang ana nampak PAS ialah satu satunya jemaah yang konsistan dari dulu sampai sekarang memperjuangkan negara islam.namun kenapa tiba tiba perjuangan ini beralih arah kepada negara kebajikan yang didakwa setengah pihak sebagai negara sekular.

sebenarnya perubahan ini menunjukan kematangan kepimpinan PAS dalam menangani isu politik negara.kengkangan sistem pilihanraya tidak memungkinkan PAS mencapai hasrat negara islam seperti diPRU yang lalu BN terutamanya umno mengeksplotasi bagaimana PAS yang bertanding 70 kerusi parlimen mampu memerintah. Oleh itu pemimpin PAS mengorak langkah bijak dengan membentuk barisan alternatif dengan parti lain untuk mengatasi kengkangan ini dan hari ini walaupun umno cuba menggunakan isu 70 kerusi tersebut tetapi suara mereka sudah semakain tenggelam. Di sini datang PKR sebagai rakan perjuangan yang penting bersama DSAI.kita semua tahu PKR ialah parti berbilang kaum dan didalamnya ada setengah bukan islam yang masih fobia dengan negara islam.

justeru itu langkah bijak diambil olih pemimpin PAS bersama pemimpin PKR untuk memperkenalkan negara kebajikan sebagai langkah menyejukan ketakutan bukan islam dalam PKR berkaitan dengan negara islam. Disini BA mempunyai satu kelebihan bilamana berlaku ledakan dalam masyarakat india sesudah perhimpunan hindraf.jadi bijak sekali tawaran negara kebajikan untuk membawa keselesaan kepada kaum india ini. Jadi persoalan yang ditimbulkan olih setengah pihak bahawa PAS telah lari dari landasan perjuangannya tidak berasas sama sekali. Tawaran negara kebajikan merupakan satu langkah mengatasi kengkangan sistem dan ianya merupakan langkah pertama kearah merealisasikan cita cita negara islam.

Tambahan pula dalam suasana media massa mengembar gemburkan ketakutan bukan islam terhadap PAS yang dikatakan berjuang untuk sebuah negara islam.agak sukar menembusi masyarakat bukan islam untuk menerangkan apakah negara islam sebenarnya jadi negara kebajikan adalah jalan terbaik untuk dijadikan langkah pertama kearah negara islam. sesudah mendapat mandat memerintah PAS mempunyai laluan yang selesa untuk menerangkan negara islam sekaligus merangka sistem tarbiyah untuk memahamkan bukan sahaja bukan islam malah orang islam sendiri tentang negara islam.itulah matlamat dan alternatif yang tersirat disebalik negara kebajikan yang sepatutnya disokong olih semua umat islam yang ingatkan mati.

seperkara lagi DAP yang selama ini dicanangkan menolak negara islam telah kelihatan bersama sama BA bilamana mereka menyertai BERSIH dan bebebrapa kerjasama telah dibuat bersama PAS.hari ini BN dan umno masih menyebarkan dakyah tentang DAP yang tidak bolih duduk semeja dengan PAS.tetapi pada dasarnya negara kebajikan telah juga dipersetujui olih DAP dan sepertimana disebut olih mat sabu bahawa dikawasan DAP ,PAS tidak akan campur secara langsung kerana di sana ada tekanan dari MCA yang menunggu peluang untuk menakutkan orang cina dengan kehadiran PAS.

jadi sebenarnya bukan tiada kesefahaman antara PAS dan DAP tetapi ketakutan orang cina kepada kerjasama ini meyebabkan PAS dan DAP tidak bolih menjalin hubungan kerjasama.tetapi insyaallah tawaran negara kebajikan akan menarik minat masyarakat cina.di situ terkandung rahsia besar tentang negara kebajikan yang nampaknya gagal difahami olih setengah orang islam sendiri terlebih lagi yang mendakwa mereka pejuang islam.

%d bloggers like this: