TOK GURU HAJI HARUN TAIB BIDAS DAKWAAN PILIH BN DAPAT PAHALA

a
Merujuk kepada kenyataan salah seorang pimpinan BN Terengganu yang menyatakan bahawa, dengan menyokong dan memberi undi kepada BN, boleh menyebabkan penyokong dan pengundi tersebut dapat pahala.

Mendengar kenyataan itu, aku agak berfikir, adakah si Pemimpin BN itu tidak berfikir tentang logiknya alasan yang diberikan. Apa yang pasti, kenyataan itu sebenarnya mahu menarik pengaruh undi dari kalangan masyarakat Islam di terengganu yang sekarang ini agak tidak berapa mahu menerima BN sebagai parti yang memerintah di Negeri Darul Iman.

Memandangkan pengaruh masyarakat Islam di Terengganu lebih menyokong dan memberi kepada PAS disebabkan Pahala yang diharapkan, maka dengan itu, Si “utusan tunggal” yang merupakan orang utama dalam projek “Islam hadhari Terengganu Bestari”  mengeluarkan kenyataan yang hakikatnya melambangkan kejahilannya terhadap agama.

BN ADALAH PARTI LAWAN ISLAM

Jika diperhatikan pergerakan parti BN yang memerintah semenjak merdeka lagi, didapati bahawa, BN merupakan parti yang bukan mahukan Islam sebagai dasar pemerintahan.

Ekoran dari keadaan itulah menyebabkan banyak program-program agama telah di lupuskan dari masyarakat Islam dalam Negara, disamping program-program kemaksiatan mendapat tempat utama dalam menghidangkan kepada rakyat.

Keadaan inilah menyebabkan, didapati berbagai-bagai gejala social berlaku dikalangan “budak-budak muda”. Tidak ketinggalan juga terlibat dengan gejala social ini adalah mereka yang terdiri dari kalangan “budak-budak tua bangka”. Rempit yang berleluasa, kelahiran anak luar nikah menjadi-jadi, zina dianggap perkara biasa dan sebagainya. Semua ini adalah berpunca dari sistem pemerintahan Negara tidak di asaskan kepada Islam.

Justeru itu, mendakwa menyokong BN akan mendapat pahala merupakan satu dakwaan yang sememangnya menggambarkan kedangkalan pengetahuan tentang agama.

MUSUH ISLAM BERDOA JUGA

Melihat keadaan itulah, semasa aku bertanya kepada Al-Fadhil Tuan Guru Haji Harun Taib tentang kenyataan pemimpin BN tersebut, Beliau terus menyatakan, pada Zaman Nabi SAW dulu, ketika berlakunya peperangan Badar, Abu Jahal juga berdoa semasa melawan Nabi SAW dengan doanya yang bermaksud “ Ya Allah, Muhammad adalah orang yang melakukan pecah belah dikalangan kami. Ya Allah, kamu kalahkan Muhammad pada esok hari (dalam peperangan Badar)”

Dari itu difahami, Kalau di zaman Nabi dahulu, orang sejahat Abu Jahal pun berdoa dengan menyebut nama Allah dalam melawan Nabi SAW, inikan pula BN sekarang yang melawan PAS yang mahu melaksanakan Islam dalam pemerintahan.

Fikir-fikirkanlah wahai Pengundi Islam sekelian !!!!!

Sekian

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani

%d bloggers like this: