Adakah Jalan Tarbiah Melahirkan Ulama

pimpinanulamacopy.jpg“Adalah menjadi suatu realiti bahawa PRU di Malaysia adalah pertandingan berat sebelah antara kerajaan dan pembangkang. Kita seharusnya memikirkan strategi alternatif untuk mengembalikan umat kepada ajaran Islam yang murni.

Pada akhir kurun 18, kerajaan Moghul India makin tenat. Inggeris mula bertapak di India. Banyak daerah sudah dikuasai oleh kaum Kufar. Sayyid Ahmad Syahid berpendapat jihad mengembali darul harb ke darul islam adalah jalannya.

Beliau telah mengumpul tentera yg dinamakan mujahidin. Berlakulah peperangan demi peperangan samada dengan kafir Sikh atau Inggeris. Beribu-ribu mujahidin syahid. Sayyid Ahmad juga syahid ketika menentang pasukan Sikh di Balekot pad atahun 1831.

Sebahagian ulama berpendapat jalan yang benar ialah melalui tarbiah umat. Maka mereka telah menumpukan bidang pendidikan di Deoband. Bermula daris sebuah madrasah kecil, akhirnya deoband mempunyai Darul Ulum Deoband.

Darul Ulum inilah yg kemudiannya mengeluarkan ulama-ulama besar India dan ulama luar India. Salah seorang ulama keluaran Deoband ialah TGNA.

Quote:
After 5 years studied at the school, in 1952 Tok Guru Nik Aziz went to India to further his study at the Deoband Darul Ulum in India. The course at Deoband took about 5 years. From India, Tok Guru Nik Aziz continue his Islamic Education at Al-Azhar University in Cairo, Egypt. There, he took the Arabic Language and Islamic Law as main subject After 4 years, this brilliant Tok Guru managed to pass and finish his Bachelor Of Arts and Master of Art in Islamic law. In 1962, Tok Guru Nik Aziz went to Malaya (now Malaysia). Tok Guru Nik Aziz can speak a few foreign languages such as Arabic, Tamil, Urdu and English.

Sesungguhnya PRU penuh dengan penipuan dan permainan berat sebelah seperti mujahidin dgn Inggeris.

Mungkinkah kita memberi penumpuan untuk melahirkan lebih ramai TGNA disamping kita berpolitik?”

Jalan tarbiah melahirkan ummah, bukan setakat ulama. Persoalannya, berapa ramaikah ulama yang realistik telah berjaya dilahirkan oleh dewan ulama? Dilihat semula segelintir ulama lebih menonjol dalam pas hanyalah TGNA, TGHH, ustaz ahmad awang, ghani samsudin, azizan dan beberapa orang lain saja, tapi mereka bukan lahir dari tarbiah dewan ulama.

%d bloggers like this: