Bolehkah PAS mencapai cita-citanya mengajak majoriti rakyat menyokongnya untuk menolak Umno-BN kepada parti Islam, sedangkan Islam itu untuk orang-orang Islam sahaja?

Anggapan Islam itu hanya untuk orang-orang Islam sahaja adalah anggapan yang amat salah dan bertentangan dengan keadaan serta realiti.

Islam yang sebenar adalah untuk semua makhluk, ia untuk manusia seluruhnya, untuk makhluk seluruhnya.

Firman Allah (mafhumnya): “Dan tidaklah Kami mengutusmu (wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia seluruhnya, sebagai Rasul pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman), dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar); akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya.” (Surah Saba’ ayat 28)

Pada hujung ayat itu jelas Allah memberitahu, kebanyakan manusia, termasuk saudara, menganggap Islam hanya untuk orang Islam sahaja.

Tanggapan ini tidak benar kerana Islam adalah untuk semua makhluk.

Persoalan seumpama ini timbul di awal perkembangan Islam di Kota Mekah dahulu, di mana dakwah Nabi Muhammad s.a.w. hanya diimani dan diikuti oleh sebahagian kecil umat Arab sahaja, itu pun mereka dari golongan mustadh’afin (golongan kurang berdaya).

Bilangan pengikut Nabi Muhammad ketika itu amat kecil, terdiri dari golongan yang tidak ternama, kurang berdaya dan hamba sahaya.

Persoalan yang timbul ketika itu, bolehkah Muhammad mengubah masyarakat yang teguh berpegang dengan ajaran jahiliyah, adat resam yang ketat serta kukuh dengan ajaran menyembah berhala?

Namun Rasulullah s.a.w. dan orang-orang yang beriman dengan Allah dan Rasul-Nya, tetap yakin bahawa yang benar pasti akan menang dan yang batil pasti akan tumbang. >P>Firman Allah (mafhumnya): “Dan katakanlah: “Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah kebatilan; sesungguhnya perkara yang batil itu akan lenyap.” (Surah Isra’ ayat 81)

Perjuangan memartabatkan Islam adalah perjuangan yang benar, cuma pejuang-pejuangnya sahaja yang tidak bersungguh-sungguh.

Namun ada yang berjuang bersungguh-sungguh tetapi tidak mendapat sokongan ramai, sebab itu perjuangan Islam tidak dilihat (terserlah) kebenarannya.

Golongan yang bukan Islam perlu melihat kebaikan dalam pemerintahan Islam.

Malangnya di negara kita, mereka belum berpeluang melihatnya, sebaliknya ditambah dengan orang Islam (Umno-BN) sendiri yang sengaja memberikan gambaran buruk kepada Islam agar bukan Islam tidak menyokong PAS.

Jika orang Islam sendiri menerusi media-media yang dikuasainya memburuk-burukkan Islam, pemerintahan Islam dan undang-undang Islam, tentulah orang-orang kafir akan lebih menolaknya.

Bagi umat Islam yang sebenar, sudah sewajibnya mereka yakin dan percaya dengan kebaikan-kebaikan Islam. Ianya agama Allah. Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang, tentulah agama-Nya penuh dengan kebaikan.

Antara perkara yang menyebabkan orang-orang kafir tidak mahu menerima Islam, adalah kerana umat Islam sendiri tidak menghormati agamanya.

Sekiranya dapat dilaksanakan hukum Islam yang syumul pastilah kebaikannya untuk semua manusia, Islam dan bukan Islam.

Firman Allah (mafhumnya): “Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka tidak berasa keberatan untuk menerima apa yang engkau telah putuskan (hukumkan), dan mereka menerima Islam sepenuhnya.” (Surah an-Nisa’ ayat 65)

Ayat ini mengisyaratkan kepada kebaikan hukuman yang diputuskan oleh Rasul berteraskan daripada al-Quranul Karim, di mana jika dilaksanakan hukum itu dengan baik, orang-orang kafir tidak keberatan menerimanya, setelah mereka membanding-bandingkan antara hukum-hukum ciptaan manusia dengan hukum-hukum Islam yang diturunkan oleh Allah SWT.

Antara contoh yang boleh disebutkan, berlaku dalam sejarah, setelah tentera Tartar/Mongol menyerang dan mengalahkan umat Islam di Baghdad dan sekitarnya, mereka pada mulanya mahu memaksa umat Islam menganut agama penjajah.

Tetapi setelah mereka melihat dan mengamati kebaikan Islam, serta melihat keunikan dan kestabilan hukum-hukumnya, melihat akhlak orang-orang Islam, akhirnya tentera Mongol seluruhnya memeluk agama Islam.

Cita-cita PAS adalah jelas, ianya adalah untuk perjuangan jangka panjang, pasti akan tiba masanya Allah SWT akan menolong orang-orang yang memartabatkan agama-Nya.

Itulah keyakinan yang pasti akan berhasil jua akhirnya. Wallahua’lam.

 

Advertisements

Haron Din beri panduan pilih pemimpin untuk pilihan raya ke-12

KUALA LUMPUR, 14 Feb (Hrkh) -“Taatilah kepada aku selagi aku taat kepada Allah. Sekiranya aku menyeleweng atau melanggar perintah Allah jangan taat kepada aku. Tentanglah aku sehingga aku kembali kepada hukum Allah.”

Demikianlah ucapan Sayidina Abu Bakar as-Siddiq ketika dilantik menjadi khalifah, selepas wafatnya baginda Rasulllah s.a.w yang dinukilkan semula oleh Timbalan Mursyidul Am PAS Dato’ Haron Din sewaktu diminta untuk memberi panduan kepada umat Islam memilih pemimpin pada pilihan raya umum akan datang.

“Pemerintah,pemimpin atau individu yang terdiri daripada pembodek-pembodek, perasuah, guna harta dan tercalar akhlak wajib ditentang dan ditolak sama sekali berpandukan syarak dan ucapan Abu Bakar as-Siddiq itu,” katanya ketika hubungi Harakah.

Kata Haron Din umat Islam berkewajipan memilih pemimpin mengikut tuntutan syarak yang berpandukan al-Quran dan Sunnah di samping pemerintah juga wajib mendapat restu rakyat dan salah satu contoh yang boleh dijadikan panduan ialah ketika Rasullullah mendirikan kerajaan Islam Madinah termasuk ketika melantik Abu Bkar menjadi khalifah selepas wafatnya Nabi Muhammad.

“Kini giliran kita memilih pemimpin berpandukan kepada kaedah syarak untuk mewakili rakyat untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen pada pilihan raya akan datang,” katanya ketika dihubungi Harakah.

Syarak katanya menentukan rakyat memilih pemimpin sepertimana melantik imam di dalam solat jemaaah iaitu yang terbaik di kalangan yang sedia ada.

“Maksud terbaik ialah bersih dan kuat imannya, lebih bertaqwa, lebih pandai hukum Islam dan lebih komited kepada agama Allah,” katanya

Beliau turut memberi contoh bagaimana Bani Israel pada zaman dahulu menghendaki pemimpin dan meminta Allah memilih, namun pilihan tersebut iaitu Taalut dibantah mereka kerana calon tersebut tidak berharta.

Lalu Nabi ketika itu menjelaskan bahawa walaupun Taalut tidak berharta tetapi mempunyai ilmu yang tinggi dan akhlak mulia serta berani, katanya.

“Umat Islam boleh merujuk ayat 247 surah al-Baqarah sebagai panduan dan tips untuk memilih pemimiin dalam pilihan raya akan datang,” katanya

Dalam pada itu beliau melarang para pengundi memilih individu yang menggunakan hartanya untuk membeli undi dan tercalar akhlaknya.

“Taatilah pemerintah bukan bermaksud membuta tuli kepada sesiapa atau mana-mana sahaja pemimpin tetapi yang terbaik di kalangan kamu seperti yang disebut dalam al-Quran,” katanya.

 

Parlimen Dibubarkan… Masa Rakyat Tunjuk Kuasa…

PUTRAJAYA 13 Feb. – Parlimen dibubarkan hari ini bagi membolehkan pilihan raya umum ke-12 diadakan dalam tempoh 60 hari selepas hari ini.

Semua Dewan Undangan Negeri (DUN) kecuali Sarawak, akan turut dibubarkan serentak dengan pembubaran parlimen.

Pengumuman pembubaran Parlimen itu dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut Perdana Menteri Yang di-Pertuan Agong telah mempkenankan pembubaran berkenaan.

ULASAN:

Bila parlimen dah dibubar maka ramailah menteri2 menggangur, tidak ada jawatan. Jawatan yg di megah-megahkan selama ini terpaksa dilepaskan. Mula lah melihat semula kearah kedaifan diri sendiri, dan mula meraih simpati dari rakyat. Mulalah jadi tawaduk. Mulalah kata dan janji untuk membela rakyat mengalahkan para nabi membela umat. Mula lah kata2 yg penuh dengan janji.

Sekarang, inilah masanya rakyat menunjukkan kuasa.

Bagi orang Islam, inilah masa yg paling baik allah bagi untuk kita memilih orang yang bakal memimpin kita. Paling asas sekali, jjika calon itu Islam, janganlah pilih dari mereka yang tidak mempunyai asas agama dan mempunyai ciri-ciri dan perwatakan yang anti Islam. Lihatlah peribadi mereka sebelum pilihanraya, jika dia kaki surau, masjid, insyalah, paling kurang dia seorang yang menjaga solatnya, maka agak selamat lah kita. Selepas itu lihatlah pula parti yang diwakilinya, adakah ianya sebuah parti yang berasaskan perjuangan menegakkan Quran dan sunnah. Jika iya jawapanya, semakin selamatlah kita dan generasi kita dunia dan akhirat…

Jika sebaliknya… Calon yang hanya selepas menjadi calon untuk pertandingan barulah nampak muka kat masjid dan surau, jangan sesekali pilih orang yang se hipokirit ini… Dan paling buruk sekali kalau calon ini mewakili parti yang tidak berasaskan Quran dan Sunnah, yang hanya menggagungkan nasionilst, kapatalist dan siosalist. Jika kita pilih juga.. sesunguhnya kita menzalimi diri sendiri dan cucu cicit kita dan kita dipertangungjawabkan oleh Allah di akhirat kelak!!!

selamat berkempen!!! Undilah PAS, anda akan selamat dunia dan akhirat.. allahuakbar!!!