Bermulanya Politik Ganda Wang Anda

Siapa kata wang tidak penting.Wang sangat diperlukan untuk bermacam keperluan dewasa ini.Yang terkini,bila bermulanya perang pilihanraya PRU12 di negara kita.Untuk mengumpul orang saja di satu majlis pertemuan rakyat memerlukan wang yang banyak.Yang pasti wang sangat diperlukan.Setiap parti politik memerlukan sumber kewangan yang banyak bagi membantu melancarkan kempen pilihanraya.Suka tidak suka ia pasti berlaku.Yang pastinya banyak yang disuka.Mungkin disatu kawasan DUN saja memerlukan 3-4 juta untuk pertarungan sengit satu-satu parti yang bertanding.
Apa yang dikhuatirkan ia tidak dapat dikesan kerana tiada statistik yang menunjukkan dalam perkara ini.Baik dalam pembelian undi yang dikatakan berlaku dan sememangnya berlaku.Saya masih percaya,sesiapa yang punya wang yang banyak boleh jadi menang besar dalam mana-mana pertandingan pilihanraya,kerana itulah yang diajarkan selama ini.Politik Wang sangat memerbahaya jika dibiarkan berterusan,rakyat akan menjadi subsidi dagangan untuk kepentingan individu yang kononnya mahu menjadi wakil rakyat dan membela nasib rakyat.Sebenarnya perosak rakyat dan mereka bukanlah memperjuangkan fahaman masing-masing.Yang jelas PAS adalah satu-satunya parti politik yang “BERSIH” daripada politik wang dengan maksud membeli undi.Inilah kelebihan yang harus ada pada mana-mana parti politik di negara ini.

Suka saya mengingatkan,untuk para pengundi apalah banyaknya wang RM 50, RM 100,jika kita dijanjikan dengan kenaikkan harga barang yang kian merungsingkan.Yang pasti bahan bakar kita akan “Naik”.Oleh itu kalau hendak naikkan calon anda,pilihlah yang membela nasib anda.Bukan penderma 5 tahun sekali yang menyusahkan.

Kadang-kadang terasa berbuih juga para pemimpin mengingatkan…….mungkin itulah yang diajarkan.Kenapa tidak menjadi “kurang ajar” ambil saja dan undi kelain.

Kalau di Sabah,bagi lah pemimpin agung bertanding di sana,yang pastinya kalah.Kalah bukan kerana parti tapi “ganda wang anda” berlaku.Saya mendengar kabar di sana ada pemimpin politik pemerentah menangis di jambatan kampung sebabnya wang yang sepatutnya diterima para pengundi hilang.

Apapun perjuangan menentang politik wang harus diteruskan dan disampaikan kepada rakyat.

%d bloggers like this: