Penjelasan untuk Rafidah ( Isu Orang Utan )

20rafidah.jpg Menurut laporan BERNAMA hari ini (Selasa 19 Februari) Datuk Seri Seri Rafidah Aziz telah telah meminta penjelasan Tuan Guru Nik Abdul Aziz berhubung kenyataan beliau tentang orang UMNO yang menolak Islam adalah umpama Orang Utan yang disifatkan adalah kasar bagi sesaorang yang bergelar Tok Guru.


Manakala Tuan Guru pula ketika diminta mengulas tentang perkara itu ; Mengukuhkan pendiriannya itu, dengan berkata berkata: “Islam itu dari langit untuk manusia bukan untuk haiwan.

 

 Maka orang yang tolak Islam itu serupa dengan makhluk haiwan.” Menurutnya, sekurang-kurangnya beliau tidak menggunakan perkataan haiwan, ungkapan yang lebih kesat, terhadap orang Umno, hanya Orang Utan. “Orang putih guna perkataan ‘animal’. saya guna ‘Orang Utan’ tidak ‘animal’. Saya minta saudara saya dalam Umno fikir. Jangan cepat melenting kerana sekali sekala kita nasihat, sekali sekala kita rotan,” katanya dalam temubual khas di sini.

Untuk  menjelaskan perkara ini saya telah merujuk kepada beberapa potongan ayat suci  Al Qur’an  tafsir Ar Rahman ayat-ayat berikut :-  


Surah Al Baqarah Ayat 171:-
وَمَثَلُ الَّذِينَ كَفَرُوا كَمَثَلِ الَّذِي يَنْعِقُ بِمَا لا يَسْمَعُ إِلا دُعَاءً وَنِدَاءً صُمٌّ بُكْمٌ عُمْيٌ فَهُمْ لا يَعْقِلُونَ (١٧١)


171. Dan bandingan (orang-orang Yang menyeru) orang-orang kafir (yang tidak mahu beriman itu), samalah seperti orang Yang berteriak memanggil binatang Yang tidak dapat memahami selain dari mendengar suara panggilan sahaja; mereka itu ialah orang-orang Yang pekak, bisu dan buta; oleh sebab itu mereka tidak dapat menggunakan akalnya.  


Surah Al A’ raaf : Ayat 179
   وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِنَ الْجِنِّ وَالإنْسِ لَهُمْ قُلُوبٌ لا يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لا يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لا يَسْمَعُونَ بِهَا أُولَئِكَ كَالأنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ أُولَئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ (١٧٩.


Dan Sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia Yang mempunyai hati (Tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan Yang mempunyai mata (Tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan Yang mempunyai telinga (Tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang Yang lalai.


Surah Muhammad  : Ayat 12
 إِنَّ اللَّهَ يُدْخِلُ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الأنْهَارُ وَالَّذِينَ كَفَرُوا يَتَمَتَّعُونَ وَيَأْكُلُونَ كَمَا تَأْكُلُ الأنْعَامُ وَالنَّارُ مَثْوًى لَهُمْ (١٢


Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang Yang beriman serta mengerjakan amal-amal Yang soleh – ke Dalam syurga Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; dan (sebaliknya) orang-orang Yang kafir menikmati kesenangan di dunia serta mereka makan minum sebagaimana binatang-binatang ternak makan minum, sedang nerakalah menjadi tempat tinggal mereka.

Advertisements

Mahkamah bukan Teater Bangsawan, Titah Raja Nazrin

Oleh Bernama

aKUALA LUMPUR: Pengamal undang-undang berkewajipan mempertahankan kedaulatan sistem kehakiman negara dan menjadikan diri mereka teladan kepada orang ramai, titah Pemangku Raja Perak Raja Nazrin Shah Selasa.

Baginda bertitah, mereka wajib meletakkan tanda aras kepada orang awam dari segi amalan menghormati undang-undang dan mempertahankan kesucian serta tidak mempersendakan mahkamah dari dipesongkan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab, pada setiap masa.

“Mahkamah jangan sama sekali dibenarkan hingga sampai ke peringkat dianggap oleh masyarakat sebagai satu teater melakonkan bangsawan yang skripnya telah ditulis oleh pengarah tertentu.“Mahkamah juga harus dikawal dari dijadikan gelanggang oleh mana-mana pihak untuk mencari pengaruh politik,” titah baginda pada Majlis Konvokesyen ke-13 Peperiksaan Sijil Amalan Guaman Tahun 2007 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Titahnya, undang-undang tidak membawa erti jika sekadar menjadi himpunan kata-kata suci yang terkandung dalam kanun, enakmen dan akta, yang kemudiannya dinodai dengan perbuatan mungkar tanpa menghormati etika profesion.

Sebaliknya, titah baginda, nilai undang-undang terletak kepada kemuliaan perlaksanaan oleh mereka yang telah diberi amanah, kepercayaan dan penghormatan untuk mengendalikan undang-undang.“Kekuatan dan kemuliaan undang-undang tidak terletak pada keindahan seni bina bangunan mahkamah atau peralatan mahkamah yang canggih atau pada pakaian para hakim dan peguam yang hebat.

“Mahkamah dan para pengamal undang-undang perlu mempunyai roh yang meyakinkan hingga dapat menegakkan institusi perundangan yang dihormati,” titahnya.

Raja Nazrin bertitah, amalan perundangan yang berlandaskan kod etika peguam yang tinggi mampu memperkukuhkan sistem demokrasi negara sesuai dengan mekanisme semak dan imbang antara kuasa legislatif, eksekutif dan kehakiman seperti yang termaktub dalam Perlembagaan negara.

Titahnya, sistem perundangan yang adil dan diyakini rakyat adalah prasyarat untuk memastikan keamanan negara tidak tergugat.

“Sistem perundangan yang saksama adalah instrumen berkesan untuk menjauhkan warga dari mencari alternatif lain yang memudaratkan sehingga boleh membawa negara menuju kepada satu anarki,” titah baginda.

Ulasan Greenboc

Rakyat menjunjung tinggi titah tuanku dan berterima kasih kerana ucapan yang begitu penting untuk dihayati oleh sekalian mereka yang bergelar “hakim” di negara ini.

Seperti yang didedahkan oleh TKO sebelum ini yang memetik sumber dari malaysiakini, rakyat begitu terkejut apabila di dapati terdapat hakim yang sedia melacurkan dirinya kepada golongan mafia dan kapitalis sehingakan mereka sanggup membuat keputusan sesuatu kes dengan mengikut telunjuk golongan mafia tersebut, malah di dalam kes yang ekstrem telah membaca skrip yang disediakan oleh mafia terebut.  Petikan dari berita sebelum ini:

Jayanthi berkata beliau “masih ingat dengan jelas” bagaimana Lingam membaca draf penghakiman tersebut dari nota-nota tulisan tangan, manakala seorang lagi kakitangan, J Sumanti menaipnya.

“Lingam kemudiannya membuat pembetulan dengan menggunakan pen dakwat merah. Sumanti kemudiannya membuat pembetulan tersebut dan membuat satu salinan penghakiman tersebut dalam disket untuk diserahkan kepada Mokhtar.

“Saya kemudiannya mendapati penghakiman yang disediakan oleh Lingam itu digunakan sepenuhnya dalam penghakiman rasmi hakim berkenaan,” katanya.

Justeru itu rakyat mengutuk keras hakim yang membelakangkan profession mereka tersebut seperti Hakim Mokhtar Sidin yang jelas adalah hakim yang telah mengkhianati profession dan rakyat seluruhnya. Semuga Allah membalas perbuatan jijik dan jelek mereka dengan balasan yang setimpal lantaran pengkhianatan tersebut.

Dan yang perlu dipersalahkan di dalam hal ini adalah KERAJAAN yang sedia ada iaitu UMNO/BN yang BEGITU LEMAH untuk memantau institusi kehakiman sehingga terlacur sedemikian rupa.

Justeru itu kami mengajak dan menyeru rakyat MENOLAK kerajaan yang ternyata korup ini yang telah menghasilkan jabatan-jabaan dan insitusi-institusi yang sama korupnya dengan mereka.

Semuga tuanku dirahmati oleh Allah dan semuga sentiasa diberikan taufiq hidayah dan perlindungan dariNya untuk terus bersama membela rakyat.

Note: dengan ulasan GB di dalam

Kaji Semula Bm Untuk Sains Dan Matematik: Bukti Pembangkang Lebih Layak Memerintah

Oleh YB Salahudin Ayub

 Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat) tidak terkejut dengan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mahu kajian dibuat untuk melihat keperluan subjek sains dan matematik diajar semula menggunakan bahasa Melayu. Walaupun kenyataan ini amat berbau politik pilihan raya ekoran kedudukan BN yang terdesak dengan kemarahan rakyat, tetapi ia sebenar satu keputusan yang telah lama dicapai oleh Kementerian Pelajaran untuk menggunakan kembali bahasa Melayu. Bagi DPP Pusat, perkara ini sudah cukup untuk membuktikan bahawa dasar-dasar pendidikan BN tersasar jauh daripada aspirasi rakyat.

BN terpukul teruk ekoran kenyataan berbohong Perdana Menteri di Parlimen yang menawarkan pendidikan percuma sepenuhnya kepada rakyat, tetapi mengenakan ‘yuran palsu’ yang lebih tinggi daripada yuran biasa. Kemarahan rakyat telah melata sehingga Perdana Menteri terpaksa mengarahkan SRJKC Damansara dibuka semula dan mendakwa BN tidak meminggirkan pendidikan pondok walaupun rakyat tahu pemimpin BN bukan sahaja menarik balik geran perkapita untuk SAR, tetapi menghina sistem pendidikan ini sebagai sarang pengganas. Hari ini, kerana terdesak, ‘dasar sulit’ Kementerian Pelajaran untuk menggunakan semula bahasa Melayu bagi subjek sains dan matematik terpaksa didedahkan bagi menarik sokongan rakyat, khususnya pengundi Cina.

Ketika Kerajaan BN dengan penuh kedangkalan mengisyitharkan penghapusan bahasa Melayu bagi subjek sains dan matematik dengan digantikan oleh bahasa Inggeris, PAS bersama pembangkang dan NGO, termasuk ahli akademik menolak dasar sesat ini. Tetapi pemimpin BN berdegil kononnya mahu rakyat menguasai bahasa Inggeris. PAS tidak menolak bahasa Inggeris, tetapi menentang pendekatan yang melemahkan pelajar, meminggirkan bahasa kebangsaan dan merugikan wang rakyat. Parlimen pernah dilaporkan bahawa sejumlah lebih RM5 bilion telah dibelanjakan untuk tujuan memartabatkan bahasa penjajah ini. Dan menurut sumber Kementerian Pelajaran, menterinya mengarahkan supaya ‘pembaziran’ ini disembunyikan daripada rakyat selepas dasar baru untuk kembali berbahasa Melayu diperkenalkan secara sulit.

Apa yang jelas untuk dipertimbangkan oleh rakyat ialah pandangan dan pendirian pembangkang lebih terkehadapan dan berjiwa rakyat. Ternyata apa yang ditegaskan oleh PAS sebelum ini menepati aspirasi rakyat semua kaum. Dan ia memberikan satu gambaran bahawa PAS lebih layak memerintah dengan pendekatan berkebajikan. Pemimpin BN bukan sahaja mementingkan diri, sombong terhadap pandangan rakyat, bahkan telah membazirkan sebanyak RM5 bilion untuk satu projek perintis yang gagal. Akhirnya Perdana Menteri memperakui pandangan pembangkang lebih tepat dan pandangan BN tersesat.

SALAHUDDIN HAJI AYUB
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat