Mahkamah bukan Teater Bangsawan, Titah Raja Nazrin

Oleh Bernama

aKUALA LUMPUR: Pengamal undang-undang berkewajipan mempertahankan kedaulatan sistem kehakiman negara dan menjadikan diri mereka teladan kepada orang ramai, titah Pemangku Raja Perak Raja Nazrin Shah Selasa.

Baginda bertitah, mereka wajib meletakkan tanda aras kepada orang awam dari segi amalan menghormati undang-undang dan mempertahankan kesucian serta tidak mempersendakan mahkamah dari dipesongkan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab, pada setiap masa.

“Mahkamah jangan sama sekali dibenarkan hingga sampai ke peringkat dianggap oleh masyarakat sebagai satu teater melakonkan bangsawan yang skripnya telah ditulis oleh pengarah tertentu.“Mahkamah juga harus dikawal dari dijadikan gelanggang oleh mana-mana pihak untuk mencari pengaruh politik,” titah baginda pada Majlis Konvokesyen ke-13 Peperiksaan Sijil Amalan Guaman Tahun 2007 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Titahnya, undang-undang tidak membawa erti jika sekadar menjadi himpunan kata-kata suci yang terkandung dalam kanun, enakmen dan akta, yang kemudiannya dinodai dengan perbuatan mungkar tanpa menghormati etika profesion.

Sebaliknya, titah baginda, nilai undang-undang terletak kepada kemuliaan perlaksanaan oleh mereka yang telah diberi amanah, kepercayaan dan penghormatan untuk mengendalikan undang-undang.“Kekuatan dan kemuliaan undang-undang tidak terletak pada keindahan seni bina bangunan mahkamah atau peralatan mahkamah yang canggih atau pada pakaian para hakim dan peguam yang hebat.

“Mahkamah dan para pengamal undang-undang perlu mempunyai roh yang meyakinkan hingga dapat menegakkan institusi perundangan yang dihormati,” titahnya.

Raja Nazrin bertitah, amalan perundangan yang berlandaskan kod etika peguam yang tinggi mampu memperkukuhkan sistem demokrasi negara sesuai dengan mekanisme semak dan imbang antara kuasa legislatif, eksekutif dan kehakiman seperti yang termaktub dalam Perlembagaan negara.

Titahnya, sistem perundangan yang adil dan diyakini rakyat adalah prasyarat untuk memastikan keamanan negara tidak tergugat.

“Sistem perundangan yang saksama adalah instrumen berkesan untuk menjauhkan warga dari mencari alternatif lain yang memudaratkan sehingga boleh membawa negara menuju kepada satu anarki,” titah baginda.

Ulasan Greenboc

Rakyat menjunjung tinggi titah tuanku dan berterima kasih kerana ucapan yang begitu penting untuk dihayati oleh sekalian mereka yang bergelar “hakim” di negara ini.

Seperti yang didedahkan oleh TKO sebelum ini yang memetik sumber dari malaysiakini, rakyat begitu terkejut apabila di dapati terdapat hakim yang sedia melacurkan dirinya kepada golongan mafia dan kapitalis sehingakan mereka sanggup membuat keputusan sesuatu kes dengan mengikut telunjuk golongan mafia tersebut, malah di dalam kes yang ekstrem telah membaca skrip yang disediakan oleh mafia terebut.  Petikan dari berita sebelum ini:

Jayanthi berkata beliau “masih ingat dengan jelas” bagaimana Lingam membaca draf penghakiman tersebut dari nota-nota tulisan tangan, manakala seorang lagi kakitangan, J Sumanti menaipnya.

“Lingam kemudiannya membuat pembetulan dengan menggunakan pen dakwat merah. Sumanti kemudiannya membuat pembetulan tersebut dan membuat satu salinan penghakiman tersebut dalam disket untuk diserahkan kepada Mokhtar.

“Saya kemudiannya mendapati penghakiman yang disediakan oleh Lingam itu digunakan sepenuhnya dalam penghakiman rasmi hakim berkenaan,” katanya.

Justeru itu rakyat mengutuk keras hakim yang membelakangkan profession mereka tersebut seperti Hakim Mokhtar Sidin yang jelas adalah hakim yang telah mengkhianati profession dan rakyat seluruhnya. Semuga Allah membalas perbuatan jijik dan jelek mereka dengan balasan yang setimpal lantaran pengkhianatan tersebut.

Dan yang perlu dipersalahkan di dalam hal ini adalah KERAJAAN yang sedia ada iaitu UMNO/BN yang BEGITU LEMAH untuk memantau institusi kehakiman sehingga terlacur sedemikian rupa.

Justeru itu kami mengajak dan menyeru rakyat MENOLAK kerajaan yang ternyata korup ini yang telah menghasilkan jabatan-jabaan dan insitusi-institusi yang sama korupnya dengan mereka.

Semuga tuanku dirahmati oleh Allah dan semuga sentiasa diberikan taufiq hidayah dan perlindungan dariNya untuk terus bersama membela rakyat.

Note: dengan ulasan GB di dalam

%d bloggers like this: