Dua pemimpin PAS Pusat antara calon PAS di Pahang

calon1.jpg

TEMERLOH 21 Feb (Hrkh) – Dua pemimpin PAS Pusat iaitu Ketua Dewan Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Saleh dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mazlan Aliman adalah di antara 13 muka baru yang diketegahkan PAS Pahang dalam pilihan raya Umum 8 Mac ini.

Nuridah bertanding di Dewan Undangan Negeri (Dun) Tahan, manakala Mazlan Aliman di Parlimen Bera.

Lain-lain muka baru ialah, Roslan Zainal (Padang Tengku), Ustaz Ishak Ghani (Pulau Tawar), Syed Muhamad Tuan Lonni (Beserah), Syed Rahman Syed Husein (Inderapura), Ustaz Ishak Ahmad (Sungai Lembing), Ustazah Azizah Khatib Mat (Luit), Ustaz Mujibur Rahman Ishak (Chenur), Syed Hamid Muhamad (Kuala Semantan), Ustaz Othman Bakar (Pulau Manis) dan Hamdan Ahmad (Pelangai)

Bagi kerusi parlimen, dua calon muka baru ialah Ustaz Kamal Saari (Kuala Krau), Mazlan Aliman (Bera).Lain-lain calon parlimen ialah Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi (Parlimen Maran), Dr Mohd Nilam Manaf (Lipis) dan Mazlan Mat Yasin (Rompin) Dr Hamzah Jaafar (Jerantut),

Pesuruhajaya PAS Pahang, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man kekal bertanding di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Jengka, Ustaz Yusuf Embong (Pancing), Ustaz Abu Kassim Manaf (Peramu Jaya), Ahiatuddin Daud (Bebar), Ustaz Rosli Jabar (Tanjung Lumpur), Hasanuddin Salim (Kerdau), Musanif Abdul Rahman (Guai), Shukri Ahmad (Bukit Ibam) dan Mohd Fadli Ramli (Tioman) dan Ustaz Abdullah Suhaimi Saat (Batu Talam).

Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man mengisytiharkan senarai 27 calon PAS (6 parlimen dan 21 Dun) di pejabat PAS negeri, di Jalan Sudirman 6, dekat sini, pagi tadi.

Beliau berkata, barisan calon PAS terdiri daripada pelbagai latar belakang pendidikan dan profesyen.

“Calon PAS kali adalah mantap, mereka terdiri daripada pelbagai latar belakang pendidikan dan kerjaya, ada ulama, guru, usahawan, peguam dan peneroka serta aktivis masyarakat.

“Mereka mampu memberi khidmat terbaik dan akan mengutamakan khudmat kepada rakyat sekiranya dipilih mewakili kawasan masing-masing,” katanya.

Ditanya pemberita, apakah PAS berpeluang menang kerusi parlimen, beliau mengatakan BA mampu menang kerusi parlimen di Pahang.

“Saya katakan BA mamng boleh menang kerusi parlimen kali ini,” katanya tanpa menyebut jumlahnya.

Turut hadir dalam sidang media itu ialah Pengerusi KeAdilan Pahang, Zakaria Abdul Hamid.

Zakaria memohon maaf kerana tidak dapat mengumumkan barisan partinya kerana pengumuman clon KeAdilan akan dibuat sendiri oleh Ketua Umum KeAdilan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Bagamanapun, katanya hubungan akrab PAS dan KeAdilan serta DAP akan mampu memberi sesuatu yang baik kepada BA. – mns

 

%d bloggers like this: