Tolak propaganda media arus perdana

BERA, 15 Mc (Hrkh) – Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man mengingatkan penyokong Barisan Alternatif (BA) supaya menolak laporan media arus perdana yang menjadi lidah Barisan Nasional (BN).Katanya ahli dan penyokong BA, jangan sekali-kali terpengaruh dengan laporan beracun media cetak dan eletronik yang dikuasa BN kerana media tersbeut adalah propaganda BN.

“Kita masih ingat bagaimana media tersebut menjadi senjata BN ketika pilihan raya dan kini diteruskan pula untuk terus melancarkan serangan kepada BA dan DAP setelah mereka dimalukan dalam pilihan 8 Mac lalu,” katanya kepada para penyokong dan petugas PAS di Darul Ikhwan dekat sini.

Beliau menggariskan tiga perkara yang perlu dipegang oleh setiap ahli dan penyokong BA iaitu;

1. Jangan mempercayai media arus perdana kerana ia adalah alat propaganda BN.

2. Dapatkan maklumat isu semasa daripada sumber PAS, iaitu para pemimpin atau jentera penerangan parti.

3. Perkukuhkan kekuatan dalaman parti dengan mengadakan pelbagai program dan aktiviti parti seperti biasa.

Tuan Ibrahim yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat menyifatkan, pilihan raya baru lalu adalah yang terbaik bagi parti-parti pembangkang setakat ini kerana kejayaan menumbangkan BN di lima buah negeri, walaupun di Pahang BA hanya menang empat kerusi, Dua kerusi Dewan Undangan Negeri (dun) dan Dua Parlimen, manakala rakan seperjuangan DAP menang dua kerusi Dun.

Katanya, kegagalan BN mendapat majoriti 2/3 di parlimen akan menyukarkan mereka. Adalah dijangkakan pilihan raya umum ke-13 akan diadakan lebih awal daripada biasa kerana BN memerlukan mandat lebih besar untuk mentadbir.

Justeru kata beliau, semua pihak di dalam organisasi parti perlu meneruskan persiapan bagi menghadapi pilihan raya ke–13 itu.

Beliau berkata, organisasi pilihan raya perlu digerakkan semula, Barisan Alterantif perlu diperkukuhkan supaya bersedia untuk menghadapi pilihan raya pada bila-bila masa dan jika berkuasa tidak timbul isu-isu berbangkit.

Turut hadi pada majlis itu termasuklah Ahli Dewan Undangan Negeri Traing, Leong Ngah Ngah, bekas calon Parlimen Bera, Mazlan Aliman, bekas Calon KeAdilan Kemayan Mohd Shukri Mohamad dan bekas calon PAS Guai, Munanif Abdul Rahman.

Yang Dipertua PAS Bera, Ustaz Sulaiman Mohamad dalam ucapan yang berucap awal berkata, PAS tidak kalah dalam pilihan raya umum ke-12 itu, PAS hanya tidak menang kerusi di kawasan Bera.

“Kita tidak kalah, kita hanya tidak menang kerusi di Bera,” katanya.

Apa yang penting ialah bagaimana kerajaan negeri yang dikuasai BA dan DAP dapat melaksanakan konsep negara berkebajikan kepada rakyatnya.

Ini kerana jika semua kerajaan negeri yang dikuasai BA dan DAP itu berjaya melaksanakan konsep negara berkebajikan itu, imej BA akan melonjak naik di mata rakyat seterusnya akan menguburkan BN buat selama-lamanya.

Advertisements

“Ini Bukan Budaya Kita” ?

a
Dulu Pak Lah kata: “Demonstrasi Jalanan Bukan Budaya Kita”, tetapi semalam UMNO Pulau Pinang melancarkan demonstrasi Siri-1. Maka Pak Lah kena tukar slogan : “Demonstrasi Jalanan Sebenarnya Budaya Kita”. Itulah yang terjadi, memang benarlah seperti kata Tun Mahathir beberapa hari sebelum pilihanraya, antaranya kata-katan TunM, “Pak Lah cakap semua bohong”.

Itulah yang terjadi, orang UMNO memang suka cakap lepas, kemudian tidak mahu bertanggungjawab di atas apa yang pernah di katakan, atau dgn kata mudah, mereka hipokrit. Semalam 14hb Mac 2008, UMNO Pulau Pinang mengadakan demonstrasi, membantah tindakan DAP berkaitan isu DEB. Jika kita melihat siaran Bulletin Utama TV3 pada malamnya, wartawan memberi ruang dan peluang pada “pen”demonstrasi ditemu ramah. Dari temu ramah berkenaan, berkobar kobar semangat ke”Melayu”an yang memberi amaran kepada DAP berkaitan isu DEB. Antara lain isinya, pen”demonstrasi” berkata ini adalah permulaan, jgn cabar mereka, dan akan ada siri-siri demo jalanan lain.

Kalau dulu semasa BERSIH mengadakan perhimpunan/demonstrasi usahkan TV3 memberi ruang utk di”interview”, malahan liputan yang diberikan di TV pula diputar belit, perhimpunan yang aman dikatakan tidak aman. Pihak polis pula bertindak kasar, berbeza dengan apa yang berlaku semalam, polis & fru kelihatan tenang dan relaks.

Jika dilihat, perhimpunan semalam jelas lebih merbahaya, kerana orang UMNO cuba bermain api dengan membangkitkan isu perkauman. Dengan melaung-laung slogan “Hidup Melayu”, bukankah itu boleh menyentuh hati kaum-kaum lain, seolah olah UMNO Pulau Pinang ingin berperang dgn DAP yang mewakili kaum Cina.

Kenapa suatu masa dahulu ketika parti pembangkang membuat demonstrasi, ianya ditentang keras oleh UMNO, dikutuk dikeji oleh Perdana Menteri. Tetapi berlainan pula sekarang, Pak Lah langsung tidak mengutuk, mengeji mahupun memberi amaran kepada orang-orang UMNO yang berdemonstrasi.

UMNO cakap tak serupa bikin, akhbar Utusan Malaysia Jumaat 14 Mac memaparkan berita muka depan “DAP Biadap..” kerana ingkar titah Sultan Perak melantik IR Nizar sebagai MB, tetapi pada petang/malam Jumaat itu juga UMNO menyatakan rasa tidak puas hati terhadap keputusan Raja Perlis melantik Dr Md Isa Sabu sebagi MB Perlis. Jadi siapa yang BIADAP, Cina yg bantah titah Raja/Sultan Melayu atau Melayu yang membantah titah Raja/Sultan Melayu.

Bagi saya hari ini UMNO sudah menjadi tidak relevan. Selain daripada korupsi, kempimpinan utama UMNO juga sudah tidak ada yang berwibawa untuk terus menjadi pemerintah negara. UMNO sudah kekurangan orang-orang yang punya karisma dan kekuatan untuk ke depan. Yang tinggal hanya orang-orang yang beremosi, tidak profesional dah pentingkan diri sendiri.

Berbeza dengan parti-parti pembangkang, PAS/PKR/DAP yang punya barisan calon yang amat profesional dan berpendidikan tinggi.

Perhimpunan Haram UMNO di Pulau Pinang, Kenapa Tiada Halangan Dari Polis????

aSemalam, dilaporkan 3,000 anggota pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu dan penyokong UMNO menyertai satu perhimpunan haram pada pukul 2.30 petang itu bermula di pekarangan Masjid Simpang Enam berhampiran Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) sekalipun sebelumnya Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan telah mengarahkan kononnya tiada siapa dibenarkan menyertai perhimpunan tersebut.

Namun, beberapa pemimpin tertinggi UMNO Pulau Pinang turut serta dalam perhimpunan itu dan diantara pemimpin UMNO yang menyertai perhimpunan itu ialah bekas Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Abdul Rashid Abdullah; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga, Datuk Azhar Ibrahim; ADUN Pinang Tunggal, Datuk Roslan Saidin; ADUN Permatang Berangan, Shahbudin Yahya; Ketua UMNO Bahagian Tanjong, Datuk Ahmad Ibni Hajar; Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam, Datuk Musa Sheikh Fadzir serta para pemimpin Pemuda UMNO Pulau Pinang, Wanita UMNO dan Puteri UMNO.Sekalipun hampir 300 anggota polis berpakaian seragam dan preman ditugaskan mengawal pergerakan orang ramai di situ dan laporkan tiada polis merampas beberapa kain pemidang yang dibawa oleh peserta perhimpunan tersebut, tiada sebarang tangkapan dibuat dan perhimpunan itu telah terlansung seolah-olah diberikan kawalan kehormat oleh anggota polis dan FRU yang ada.

aSeluruh rakyat dinegara ini tidak pernah pernah lupa terhadap KEZALIMAN POLIS yang dilakukan ke atas ahli-ahli Parti dari Barisan Alternatif kepda setiap perhimpunan yang diadakan. Rakyat tidak pernah lupa terhadap tindakan polis menyemburkan air kimia malah lebih dasyat dari itu tangkapan-tangkapan ganas dilakukan bukan sahaja ke atas rakyat terbanyak malah ke atas pepimpin-pemimpin parti pembangkang.

Demo kenaikan harga minyak di KLCC, Perhimpunan Bersih 10 November, tragedi Batu Burok, perhimpunan Hindraf, serahan memorandum BERSIH di parlimen, majlis penyerahan bunga oleh kanak-kanak kepada PM, tragedi Berembang & Rimba Jaya, RTB Bujal, penangkapan Mat Sabu, Kawad Hari Hak Asasi Seduia oleh Majlis Peguam – adalah rentetan perhimpunan rakyat namun di dalam setiap perhimpunan itu Polis telah bertindak tegas kononnya di atas nama keselamatan negara.

cDan semalam, mana semburan asid water canonnya, mana tangkapan ke atas peserta perhimpunannya, mana Ketua Polis Negara yang angkuh itu, mana ungkapan “haram” kepada perhimpunan yang sememangnya haram itu?

Apa yang kami nyatakan sebelum ini adalah benar. BAHAWA Polis Malaysia kini sebenarnya tidak lebih hanya kuda tunggangan kepada parti UMNO-BN, bahawa Polis Malaysia adalah pengkhianat keamanan, bahawa polis bersikap “double-standard” di dalam melaksanakan undang-undang, bahawa Polis Malaysia menjadikan ahli Parti Barisan Alternatif sebagai musuh besar mereka, bahawa Polis Malaysia telah pun diberikan peringatan oleh rakyat melalui keputusan Pilihanraya ke 12 yang baru lalu. Tetapi Polis Malaysia TIDAK PERNAH mempelajari mesej rakyat tersebut!

dSikap pilih-kasih, diskrminasi serta tidak profesyenal Polis Malaysia adalah satu tragedi yang merupakan bala besar yang menimpa negara dan rakyat Malaysia seleruhnya. Ia akan menatijahkan kesan yang buruk dimana kita menyaksikan betapa jenayah kini bermaharaja lela – penculikan, perompakan dan seumpamanya mejadikan Malaysia ibarat sebuah negara sebagai sebuah negara yang tidak selamat untuk didiami hasil daripada tindakan Polis Malaysia yang lebih rela menjadi diri mereka bahan kuda tunggangan kerajaan UMNO-BN.

Dan kita memberitahu Polis Malaysia dengan tegas: jangan samasekali permainkan KUASA RAKYAT kerana semakin rakyat ditekan dan dizalimi semakin ramai yang akan menyertainya. LUKA RAKYAT SEMALAM MASIH BERDARAH DAN DOSANYA BELUM DIAMPUNI!

Abdullah akan berhenti dengan syarat Khairy jadi Menteri?

aBeberapa parti komponen BN kini mendesak Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi segera mengosongkan kerusi Perdana Menteri tanpa sebarang syarat, demikian maklumat yang disampaikan oleh sumber-sumber berwibawa kepada blog sekitar jam 11.30 malam tadi.

Abdullah dikatakan akur dengan desakan tersebut, tetapi dengan syarat komponen-komponen BN terbabit merestui Khairy Jamaluddin menjadi menteri penuh.

Malangnya, syarat Abdullah ditolak tanpa kompromi. Beliau pun dikatakan terus dirundung dilemma kerana komponen-komponen BN berkenaan boleh menyebabkan BN diganggang bara hanya menerusi manipulasi korum di Dewan Rakyat, khususnya bila pengundian perlu dijalankan untuk meluluskan sesuatu rang undang-undang.Lebih serius lagi, Abdullah tidak boleh mengenepikan sikap tanpa kompromi di atas kerana komponen-komponen tersebut juga boleh menjejaskan status BN sebagai parti pemerintah jika mereka memilih untuk berkelana ke gelanggang pembangkang.

Mungkin mustahil untuk komponen-komponen berkenaan menyeberang ke pihak pembangkang. Bagaimanapun, Abdullah tidak boleh mengambil risiko melantik Khairy sebagai seorang menteri penuh jika tindakan tersebut boleh menyebabkan BN kehilangan kuasa sebagai parti pemerintah.

Jadi, apa kesudahannya kepada dilemma ini? Adakah Abdullah akan berhenti sebagai Perdana Menteri dan menantu kesayangannya terkontang-kanting tanpa jawatan menteri?

Moga-moga parti-parti komponen berkenaan terus bertegas dan tidak akan berganjak dengan pendirian dan ultimatumnya. Rakyat Malaysia pula perlu menyokong penuh pendirian ini.

Kepada Abdullah, insaflah bahawa pada saat dan ketika ini, anda adalah seorang pemimpin yang disanggah oleh majoriti rakyat jelata. Pilihan yang ada pada anda hanyalah: segera berundur tanpa sebarang syarat demi nusa tercinta! – mr

PAS komited bersama Barisan Altenatif


KUALA LUMPUR, 11 Mac: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan partinya kekal komited bersama Barisan Alternatif dan parti sahabat yang lain.

Kenyataan ini keluar ketika pelbagai pihak menyebarkan khabar angin, BN sedang memujuk PAS untuk menyertai BN kononnya untuk kepentingan orang Melayu.

Berikut adalah kenyataan penuh beliau:

Parti Islam Se Malaysia (PAS) ingin mengulangi dan menegaskan komitmen kerjasama parti ini dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam pakatan Barisan Alternatif dan dengan rakan-rakan politik yang lain.

PAS akan bersama-sama menyertai kerajaan campuran negeri-negeri dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dan bersedia melantik dan dilantik sebagai anggota EXCO kerajaan negeri-negeri yang diterajui oleh ketiga-tiga parti itu.

Persefahaman bersama antara ketiga-tiga parti sedang disusun dan akan menjadi realiti melalui pembentukkan kerajaan-kerajaan negeri yang akan diumumkan dalam waktu terdekat ini oleh kerajaan-kerajaan negeri termasuklah Kedah yang telah pun mengumumkannya terlebih dahulu.

PAS ingin meyakinkan rakyat jelata bahawa wakil-wakilnya akan bekerja dan memikul amanah yang telah diberikan rakyat itu dengan sebaik-baiknya.

PAS AKAN TERUS BERJUANG BERSAMA BERSIH DALAM MENUNTUT PILIHAN RAYA YANG BERSIH DAN ADIL

Pilihan Raya Umum yang ke 12 baru sahaja selesai. Walaupun ianya merupakan salah satu pilihan raya yang terbaik buat PAS namun PAS merasakan yang pengurusannya tetap pincang dan berat sebelah.

Pembatalan penggunaan dakwat disaat-saat akhir, pengundian pos dan lain-lain isu operasi yang dilaksanakan SPR terus menerus membuktikan ketidak-telusan proses pilihanraya kita.

PAS akan bersama-sama Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil untuk melaksanakan post mortem Pilihan Raya Umum ke 12 ini dan akan memaparkan dapatan siasatan dalam masa yang terdekat bagi maklumat umum.

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PARA PENGUNDI
DAN PETUGAS PAS

PAS ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih semua para pengundi, rakyat Malaysia yang telah mengundi dan memberikan sokongan kepada calon-calon PAS di seluruh negara. Ini termasuklah para pengundi bukan Melayu/Islam yang telah buat pertama kalinya secara terbuka memberikan sokongan kepada calon-calon PAS yang bertanding.

PAS berjanji akan memberikan khidmat terbaik kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira perbezaan agama atau bangsa. Wakil-wakil rakyat PAS akan mengambil peluang atas amanah yang diberikan oleh rakyat ini untuk menunjukkan kebaikan dan keadilan Islam kepada semua.

Tidak lupa PAS juga ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih khasnya kepada semua para petugas dan pekerja parti yang telah mengorbankan masa, harta-benda dan titik-peluh bagi menghadapi pilihan raya kali ini, walaupun dalam suasana pilihan raya yang sangat pincang dan tempang.

Lima negeri BA bergabung bentuk koridor ekonomi baru


KUALA LUMPUR, 11 Mac: PAS mencadangkan agar lima buah negeri yang dikuasai Barisan Alternatif (BA) sekarang bergabung membentuk koridor ekonomi di negara ini.

Cadangan ini dibuat oleh Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dalam sidang media yang diadakan di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut dekat sini Selasa lepas.

Negeri-negeri itu adalah Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Perak.

“Kalau perlu kita boleh buat rel keretapi laju atau lebuhraya antara Pulau Pinang dan Kelantan merentasi Kedah dan Perak,” kata Husam.

Ketika ditanya media, apakah ia boleh dilaksanakan, Husam berkata, ia boleh dilakukan dengan kerjasama para pelabur dan lima kerajaan negeri yang terlibat.

“Kita kena explore segala peluang yang ada untuk kepentingan rakyat,” kata Husam.

Menurutnya, menguasai lima negeri tersebut bukan perkara kecil.

“Kita kena bayangkan apa yang berlaku dalam mesyuarat Majlis Kewangan Negara. Lima negeri akan mendesak pengerusi agar membuat reform dalam pembangunan kewangan.

“Begitu juga dalam mesyuarat Majlis Raja-raja. Lima sultan dan MB dari negeri-negeri ini akan terlibat secara langsung dalam mesyuarat itu. Bolehlah kita bayangkan apa yang berlaku?” kata Husam.

Oleh itu, katanya, apabila lima negeri bergabung, kelima-limanya bakal menghasilkan persaingan dengan negeri-negeri di bawah BN dan kesatuan di kalangan negeri-negeri BA ini.

Berkenalan dengan bakal MB Selangor


KUALA LUMPUR, 11 Mac: Bendahari PKR, Tan Sri Khalid Ibrahim yang bakal dilantik sebagai Menteri Besar Selangor adalah tokoh hebat dalam dunia korporat dan pengurusan.
Beliau dijangka bakal membawa Selangor ke arah negeri maju untuk semua rakyat jelata.

Beliau pernah bertanding dalam pilihan raya kecil Ijok, Selangor pada 28 April 2007. Tetapi cubaan pertama beliau, tewas kepada calon muda MIC Barisan Nasional iaitu Cikgu K. Parthiban.
Dalam pilihan raya ini, Khalid menang di Dun Ijok dan Parlimen Bandar Tun Razak dengan majoriti yang membanggakan.
Khalid adalah bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di Permodalan Nasional Berhad (1979-1994) dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di Kumpulan Guthrie Berhad (1995-2003).

Biodata

Abdul Khalid lahir pada 1946 di Kampung Jalan Raja Abdulah, Jeram, Kuala Selangor. Khalid Ibrahim belajar di Sekolah Melayu Jeram pada 1956 dan menduduki Special Malay Class. Seterusnya belajar di Sekolah Inggeris Kampung Kuantan.

Khalid Ibrahim mendapat ijazah BA.Hons dalam jurusan Ekonomi dari Universiti Malaya dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Queensland, Australia pada 1975.

Kerjaya

Khalid Ibrahim pernah bekerja sebagai guru, pensyarah, pegawai kredit , pegawai kewangan korporat dan memegang pelbagai jawatan tinggi dalam Permodalan Nasional Berhad (PNB). Beliau pernah menghadiri kursus USA International Visitors Program pada 1983 dan Eisenhower Exchange Fellowship Program pada 1989.
Beliau juga ahli majlis eksekutif Unit Investment Fund dan ahli Financial Engineering Advisory Forum di Islamic Development Bank, Jeddah. Beliau juga ahli APEC Business Advisory Council (ABAC).
Anugerah
Pada 15 Disember 1998, beliau dianugerah sebagai CEO Malaysia Terbaik 1997 dari majalah Business Times anjuran Business Times Sdn. Bhd. dan the American Express Corporate Services. Khalid Ibrahim juga menerima Anugerah International Alumnus dari Universiti Queensland 2001.
Pada 10 Julai 2003 menerima anugerah “AAAB Captain of Industry Award 2002” (First Asian Academy of Applied Business”) dari Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu. Seterusnya menjadi pensyarah pelawat di Oxford Centre of Islamic Studies, Universiti Oxford .
Atas jasa beliau, Guthrie Berhad telah membina Lebuh raya Guthrie dari Kuala Selangor ke Sungai Buluh bersambung dengan Lebuh raya Utara Selatan. Pusat latihan penyelenggaraan jentera industri dengan kerjasama UMW Berhad telah dibina di Kuala Selangor.
Program Rakan Jaya Diri diadakan di Kuala Selangor bagi melatih pelajar yang tercicir dari persekolahan dan seterusnya bekerja dengan Guthrie Berhad.