Penggunaan Media Arus Perdana Dalam Kempen. Adilkah Kerajaan BN?

 Penggunaan media arus perdana seperti tv dan suratkhabar dalam kempen pilihanraya oleh pihak BN adalah amat ketara pada PRU12 tahun ini. Peranan media arus perdana yang begitu berkesan dalam menyampaikan maklumat kepada khalayak umum tidak dipersia-siakan oleh pihak kerajaan BN dalam menyampaikan manifesto dan perang saraf mereka terhadap pihak pembangkang.

Seperti yang kita semua maklum, penggunaan kedua-dua media ini adalah amat berkesan dalam menyampaikan maklumat secara langsung kepada orang ramai kerana setiap rumah pada masa sekarang ini memiliki sekurang-kurangnya sebuah tv dan kalau pergi ke mana-mana pun di tempat awam seperti di kedai kopi, kedai mamak waima di bank pun ada tv yang menyiarkan rancangan-rancangan yang telah diprogramkan oleh penerbit di syarikat tv terbabit.

Adakah cara ini adil kepada pihak pembangkang? Penggunaan tv dan suratkhabar ini oleh pihak BN dalam menyebarkan risalah propaganda mereka adalah dalam satu hala di mana pihak pembangkang tidak ada ruang dan peluang untuk menjawab segala tohmahan pihak BN di dalam media tersebut dinafikan. Pihak BN seperti berperang seorang diri dengan menyerang pembangkang tanpa dapat ditangkis dengan bekesan.

Kalau dilihat kepada situasi sebegini, adakah pihak kerajaan BN ini adalah sebuah kerajaan yang adil? Kalau dilihat dari situasi ini sahaja kita dapat membuat kesimpulan bahawa ia adalah satu ketidakadilan yang nyata yang memang dirancang secara terancang oleh pihak kerajaan BN. Tidak ada ruang boleh diperolehi oleh pihak pembangkang untuk meyerang BN dan menangkis serangan BN kecuali melalui internet yang capaiannya cukup terhad. Kerajaan BN pada masa sekarang ini seperti berperang dengan menggunakan peluru hidup sedangkan pihak pembangkang hanya menggunakan peluru kapur.

Adakah kita perlu memilih kerajaan yang seperti ini yang jika kita fikir secara rasional sudah tidak adil dalam proses untuk menegakkan demokrasi seperti yang diwarwarkan. Adakah mereka akan terus boleh berlaku adil dalam hal-hal lain? Kalau dari awal lagi semasa proses kempen sudah tidak adil, kenyakinan untuk berlaku adil dalam membela rakyat pelbagai taraf hidup adalah amat diragukan dan boleh dipersoalkan.

Tidak seperti US (penulis tidak bermaksud mengagungkan pihak US dalam hal-hal lain), sistem demokrasi yang diamalkan di negara mereka dalam memilih pemimpin nampak lebih telus dan adil. Calon-calon diberikan hak yang sama untuk berdebat dan dapat ruang yang agak adil dalam tv dan akhbar mereka. Mereka dapat menyampaikan perjuangan mereka dengan jelas dan dapat menangkis serangan lawan mereka dalam ruangan yang samarata.

Maka, di kesempatan ini saya ingin mengambil kesempatan untuk anda berfikir adakah kerajaan yang dipimpin oleh BN pada hari ini adalah kerajaaan yang adil berdasarkan kepada apa yang telah dibuat oleh mereka ini? Fikir-fikirkanlah………..??????