Bermadah sket la…

tok_guru_by_kambenk.jpg

Kemenangan Ku Kemenangan Anda Juga

Kemenangan kita besar ertinya

Hasil Negara dinikmati bersama

Tak kira kaum atau pun bangsa

Banyak atau sedikit sama dirasa

Untuk rakyat yang kurang berada

Insyallah tetap ada.

Hindari pembolot perasuah durjana

Perakus Kemewahan membolot semuanya

Membahagikan untuk kroninya semata – mata

Menyebabkan rakyat hidup sengsara derita

Melarat sengsara di bumi sendiri akhirnya

Kinilah masanya dipilihanraya

Undi, menentukan nasib kita

50 tahun ( BN/UMNO ) dipercaya

Rupanya, gunung ditimbuni lurah dikautnya

Daging untuknya, tulang rakyat punya, bakinya

Yang Kaya mewah bertambah kayanya

Rakyat yang miskin, bertambah susahnya

Cuba kini buat perubahan

5 tahun sebagai percubaan

Kalau baik menguntungkan, ya teruskan

Kepada barisan alternatif ( BA ) letakkan pengharapan/kepercayaan

Percuma persekolahan, hospital, minyak harga diturunkan

Tentunya keperluan harian turun, kan melegakan

Ini bukan hayalan atau angan – angan, ( pasti dilaksanakan )

Perkiraan dan segala cara pengurusan

Campur, tolak, darab, bagi tidak merugikan

Negara takkan bangkrap, malah rakyat rasa kelegaan.

Kata – kata pemimpin BN/UMNO sering melekehkan

Jangan percaya ulasan pada TV dan persuratkhabaran

Samaada diutusan juga di berita harian

Jauh sekali kedemokrasian

Pembaca sering dikelirukan

Untuk buka minda dan pemikiran

Bacalah harakah, siasah dan keadilan

Beritanya benar tanpa penyelewengan

Ilmu bertambah untuk dunia akhirat berterusan

Meneguhkan akidah dan iman.

20.jpg21.jpg23.jpg

%d bloggers like this: