Bicara Selepas Pilihanraya Umum ke 12 Berakhir

iklan_bangkit.gif

Aku menyeru kita pihak Barisan Rakyat bijak menjaga tingkah laku kita. Biar kita menang dengan rasa wibawa tanpa mendabik dada. Kita kena bekerja lebih kuat sehingga PRU 13. Buktikan bahawa negeri-negeri lain yang dimenangi kita sedamai dan seteguh kerajaan Kelantan pimpinan Tuan Guru Nik Aziz.

Kepada kaum Cina, India dan kaum-kaum lain, marilah kita terjemahkan kesemuafakatan bersama kaum Melayu kepada semua di atas kapal-kapal baru kita. Pastikan kapal kita tidak karam biarpun ombak bergelora. Marilah kita buktikan bahawa barisan kita lebih akrab dan lebih erat dalam mewujudkan sinar baru kepada negara Malaysia yang kita cintai.

Kepada para pemimpin, tidak kira Barisan Nasional atau Barisan Rakyat, kekuatan yang lebih seimbang di dalam dewan rakyat boleh dipergunakan untuk membataskan diri dari bersikap sambil lewa dan mengenepikan amanah. BN adalah cerminan BR dan BR adalah cerminan BN. Beradulah dengan profesional ke arah Malaysia yang Gemilang, Cemerlang dan Terbilang dan jangan sampai terbuang.

Pemimpin-pemimpin kami, bersama-samalah menanam iltizam dan tekad untuk menjalankan amanah rakyat dengan perjuangan sebenar yang pastinya akan disambut dengan linangan airmata kesyukuran kami, rakyat Malaysia.

Kepada
warga Rompin dan rakyat Pahang, aku menyeru agar kita sama-sama berani berubah seperti rakyat di negeri lain. Jika rakyat negeri lain berani berubah mengapa kita warga Rompin dan rakyat Pahang harus masih menyimpan rasa bimbang dan ragu. Luaskan lagi penerimaan diri ke atas apa yang bakal dibuktikan oleh Barisan Rakyat di negeri-negeri yang telah berjaya dimenanginya.

Renungilah dan fikirkanlah apa yang terlintas di dalam benak Nik Aziz tatkala titisan airmatanya gugur kala berdoa.

Ayuh semua warga Rompin dan rakyat Pahang sambutlah tangan Barisan Rakyat di PRU 13 ! Kami bukan ingin bermusuhan sesama kita tapi kami ingin kita bersama dengan keredhaan-Nya.

RAKYAT MALAYSIA ! Sambutlah cabaran kami, berani untuk berubah. Buktikan kita semua BERANI BERUBAH dengan memberi peluang kepada Barisan Rakyat di PRU 13 !

Ikhlas dari :
Seorang Ahli Pas Keratong

Tuan Guru, airmataku mengiringi airmatamu, perjuangan kita belum selesai ! Namun ia semakin ranum dan manis !
%d bloggers like this: