Penghargaan Buat Semua Jentera PRU12

Assalamualaikum w.b.t

Dewan Pemuda Pas Rompin merakamkan sekalung penghargaan dan setinggi-tinggi terima kasih kepada seluruh jentera yang terlibat dalam Pilihan Raya ke 12 ini.

Pengorbanan dan komitmen anda kepada perjuangan kita ini membuktikan saluran maklumat sampai kepada ribuan rakyat yang hasilnya berduyun-duyun rakyat keluar untuk menyokong PAS dan BA yang lain. Walaupun kita kalah untuk semua kerusi Parlimen (Rompin) dan Dun (Bukit Ibam, Tioman dan Muadzam Shah) tetapi kita berjaya dinegeri lain.

Rakaman ucapan syabas dan tahniah sekali lagi kepada mereka yang telah berjaya walaupun serangan demi serangan yang telah terima, namun kita tetap berjaya dengan bantuan Illahi. Perubahan itu tidaklah mustahil, malah usaha yang gigih dan berterusan penentunya kunci kejayaan.

Semoga ini dapat dilaksanakan mengikut keredhaan Allah dan istiqamah dalam perjuangannya meskipun diuji dengan pelbagai dugaan dunia.

Ustaz Shukri Ahmad
Calon Dun Bukit Ibam

 

%d bloggers like this: