“Ini Bukan Budaya Kita” ?

a
Dulu Pak Lah kata: “Demonstrasi Jalanan Bukan Budaya Kita”, tetapi semalam UMNO Pulau Pinang melancarkan demonstrasi Siri-1. Maka Pak Lah kena tukar slogan : “Demonstrasi Jalanan Sebenarnya Budaya Kita”. Itulah yang terjadi, memang benarlah seperti kata Tun Mahathir beberapa hari sebelum pilihanraya, antaranya kata-katan TunM, “Pak Lah cakap semua bohong”.

Itulah yang terjadi, orang UMNO memang suka cakap lepas, kemudian tidak mahu bertanggungjawab di atas apa yang pernah di katakan, atau dgn kata mudah, mereka hipokrit. Semalam 14hb Mac 2008, UMNO Pulau Pinang mengadakan demonstrasi, membantah tindakan DAP berkaitan isu DEB. Jika kita melihat siaran Bulletin Utama TV3 pada malamnya, wartawan memberi ruang dan peluang pada “pen”demonstrasi ditemu ramah. Dari temu ramah berkenaan, berkobar kobar semangat ke”Melayu”an yang memberi amaran kepada DAP berkaitan isu DEB. Antara lain isinya, pen”demonstrasi” berkata ini adalah permulaan, jgn cabar mereka, dan akan ada siri-siri demo jalanan lain.

Kalau dulu semasa BERSIH mengadakan perhimpunan/demonstrasi usahkan TV3 memberi ruang utk di”interview”, malahan liputan yang diberikan di TV pula diputar belit, perhimpunan yang aman dikatakan tidak aman. Pihak polis pula bertindak kasar, berbeza dengan apa yang berlaku semalam, polis & fru kelihatan tenang dan relaks.

Jika dilihat, perhimpunan semalam jelas lebih merbahaya, kerana orang UMNO cuba bermain api dengan membangkitkan isu perkauman. Dengan melaung-laung slogan “Hidup Melayu”, bukankah itu boleh menyentuh hati kaum-kaum lain, seolah olah UMNO Pulau Pinang ingin berperang dgn DAP yang mewakili kaum Cina.

Kenapa suatu masa dahulu ketika parti pembangkang membuat demonstrasi, ianya ditentang keras oleh UMNO, dikutuk dikeji oleh Perdana Menteri. Tetapi berlainan pula sekarang, Pak Lah langsung tidak mengutuk, mengeji mahupun memberi amaran kepada orang-orang UMNO yang berdemonstrasi.

UMNO cakap tak serupa bikin, akhbar Utusan Malaysia Jumaat 14 Mac memaparkan berita muka depan “DAP Biadap..” kerana ingkar titah Sultan Perak melantik IR Nizar sebagai MB, tetapi pada petang/malam Jumaat itu juga UMNO menyatakan rasa tidak puas hati terhadap keputusan Raja Perlis melantik Dr Md Isa Sabu sebagi MB Perlis. Jadi siapa yang BIADAP, Cina yg bantah titah Raja/Sultan Melayu atau Melayu yang membantah titah Raja/Sultan Melayu.

Bagi saya hari ini UMNO sudah menjadi tidak relevan. Selain daripada korupsi, kempimpinan utama UMNO juga sudah tidak ada yang berwibawa untuk terus menjadi pemerintah negara. UMNO sudah kekurangan orang-orang yang punya karisma dan kekuatan untuk ke depan. Yang tinggal hanya orang-orang yang beremosi, tidak profesional dah pentingkan diri sendiri.

Berbeza dengan parti-parti pembangkang, PAS/PKR/DAP yang punya barisan calon yang amat profesional dan berpendidikan tinggi.

%d bloggers like this: