Tolak propaganda media arus perdana

BERA, 15 Mc (Hrkh) – Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man mengingatkan penyokong Barisan Alternatif (BA) supaya menolak laporan media arus perdana yang menjadi lidah Barisan Nasional (BN).Katanya ahli dan penyokong BA, jangan sekali-kali terpengaruh dengan laporan beracun media cetak dan eletronik yang dikuasa BN kerana media tersbeut adalah propaganda BN.

“Kita masih ingat bagaimana media tersebut menjadi senjata BN ketika pilihan raya dan kini diteruskan pula untuk terus melancarkan serangan kepada BA dan DAP setelah mereka dimalukan dalam pilihan 8 Mac lalu,” katanya kepada para penyokong dan petugas PAS di Darul Ikhwan dekat sini.

Beliau menggariskan tiga perkara yang perlu dipegang oleh setiap ahli dan penyokong BA iaitu;

1. Jangan mempercayai media arus perdana kerana ia adalah alat propaganda BN.

2. Dapatkan maklumat isu semasa daripada sumber PAS, iaitu para pemimpin atau jentera penerangan parti.

3. Perkukuhkan kekuatan dalaman parti dengan mengadakan pelbagai program dan aktiviti parti seperti biasa.

Tuan Ibrahim yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat menyifatkan, pilihan raya baru lalu adalah yang terbaik bagi parti-parti pembangkang setakat ini kerana kejayaan menumbangkan BN di lima buah negeri, walaupun di Pahang BA hanya menang empat kerusi, Dua kerusi Dewan Undangan Negeri (dun) dan Dua Parlimen, manakala rakan seperjuangan DAP menang dua kerusi Dun.

Katanya, kegagalan BN mendapat majoriti 2/3 di parlimen akan menyukarkan mereka. Adalah dijangkakan pilihan raya umum ke-13 akan diadakan lebih awal daripada biasa kerana BN memerlukan mandat lebih besar untuk mentadbir.

Justeru kata beliau, semua pihak di dalam organisasi parti perlu meneruskan persiapan bagi menghadapi pilihan raya ke–13 itu.

Beliau berkata, organisasi pilihan raya perlu digerakkan semula, Barisan Alterantif perlu diperkukuhkan supaya bersedia untuk menghadapi pilihan raya pada bila-bila masa dan jika berkuasa tidak timbul isu-isu berbangkit.

Turut hadi pada majlis itu termasuklah Ahli Dewan Undangan Negeri Traing, Leong Ngah Ngah, bekas calon Parlimen Bera, Mazlan Aliman, bekas Calon KeAdilan Kemayan Mohd Shukri Mohamad dan bekas calon PAS Guai, Munanif Abdul Rahman.

Yang Dipertua PAS Bera, Ustaz Sulaiman Mohamad dalam ucapan yang berucap awal berkata, PAS tidak kalah dalam pilihan raya umum ke-12 itu, PAS hanya tidak menang kerusi di kawasan Bera.

“Kita tidak kalah, kita hanya tidak menang kerusi di Bera,” katanya.

Apa yang penting ialah bagaimana kerajaan negeri yang dikuasai BA dan DAP dapat melaksanakan konsep negara berkebajikan kepada rakyatnya.

Ini kerana jika semua kerajaan negeri yang dikuasai BA dan DAP itu berjaya melaksanakan konsep negara berkebajikan itu, imej BA akan melonjak naik di mata rakyat seterusnya akan menguburkan BN buat selama-lamanya.

%d bloggers like this: