Siaran Langsung sidang Parlimen akan dihentikan

Oleh Amin Iskandar @ Black

 Semenjak dari awal lagi, sudah dapat diagak bahawa tindakan Kementerian Penerangan untuk menyiarkan siaran langsung sidang parlimen adalah “wayang” semata-mata.

Pada mulanya Menteri Penerangan, Shabery Cheek memperkenalkan siaran langsung sidang parlimen adalah untuk memberi harapan kepada rakyat bahawa BN bersedia untuk menjadi lebih telus dan terbuka.

Tetapi apabila sidang parlimen yang pertama berjalan, mereka (baca: BN) melihat jika siaran langsung sidang parlimen diteruskan, rakyat Malaysia akan terdedah kepada maklumat-maklumat yang selama ini disekat.

Contohnya seperti ISA, rasuah, penyelewengan dan lain-lain.

Jika ini berlaku, populariti BN dikalangan orang-orang kampung di pendalaman akan lenyap dan Pakatan Rakyat akan mendapat lebih banyak keuntungan politik.

Tambahan pula sekarang ini jumlah Ahli Parlimen pembangkang adalah 82 orang. Sudah pasti suara pembangkang akan menjadi lebih kuat berbanding dahulu dan rakyat boleh menilai apa yang baik dan apa yang buruk.

Penghentiaan siaran langsung sidang parlimen ini, adalah perkara yang sudah boleh diagak semenjak awal lagi. Klik disini untuk membaca kenyataan Abdullah Badawi mengenai isu ini.

Sementara Shabery Cheek pula memohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana menyiarkan siaran langsung sidang parlimen. Klik disini.

Sila baca tulisan terbaru saya di Malaysiakini tentang Shabery Cheek di Kolum saya “Borak-borak” yang bertajuk “Alahai Shabery, Blog di RTM”.

Jelaslah “reformasi” yang kononnya cuba dibawa oleh Pak Lah dan Menteri-menteri BN adalah kosmetik semata-mata.

Jangan terkejut jika selepas ini Suruhanjaya Anti Rasuah yang diperkenalkan oleh PM juga tidak akan bergerak sepertimana IPCMC yang “kononnya” mahu dilaksanakan oleh Bapa Mertua Khairy tersebut.

Posting berkaitan, klik disini.


http://aminiskandar.wordpress.com/2008/05/02/siaran-langsung-sidang-parlimen-akan-dihentikan/

%d bloggers like this: