Krisis beras antara bukti BN gagal memerintah

Hashim Abdullah
Thu | May 08, 08 | 9:42:12 am MYT

TEMERLOH, 8 Mei (Hrkh) – Krisis kekurangan beras dan kenaikan harga barangan makanan paling asasi prakyat berpunca daripada kegagalan kerajaan Umno dan Barisan Nasional yang memerintah selama 50 tahun untuk menjadikan tanaman padi sebagai industri utama negara kata Yang Dipertua PAS Temerloh, Ustaz Abdul Rahim Abdul Latif. <!––><!––>

Lebih memburukkan keadaan katanya pemimpin Umno tidak menjadikan isu makanan sebagai isu yang perlu diperhatikan secara serius walau pun ternyata sebagaimana krisis beras yang berlaku sekarang menyusahkan rakyat.

Abdul Rahim mengkritik pemimpin Umno dalam ceramah bersama pemimpin Pakatan Rakyat, di Darul Ansar, Lanchang, dekat sini, baru-baru ini.

Tambah Abdul Rahim sikap tidak peka pemimpin Umno terhadap masa depan rakyat yang perlu diberikan perlindungan kerajaan datang dari sifat sombong mereka yang selama ini beranggapan mereka sentiasa mendapat sokongan rakyat.

“Kita sedih dengan masalah yang dihadapi rakyat. Kehidupan rakyat susah. Nak makan tak ada beras, ada beras mahal. Rakyat miskin bermasalah. Mengapa kerajaan tak mahu jadikan penanaman padi sebagai industri. Mereka gagal menjaga kepentingan rakyat.

“Selama ini mereka ingat buat apa saja rakyat tetap akan sokong. Sekarang bila rakyat yang dah sedar sokong Pakatan Rakyat pemimpin Umno jadi panas. Masa berkuasa mereka tan nak lindungi rakyat. Mereka tak pedulikan rakyat akhirnya semua orang susah. Nak makan pun susah. Masalah ini kena diselesaikan,� katanya.

Turut berceramah, Ahli Parlimen Indra Mahkota, Azan Ismail serta pemimpan PAS dan KeADILan Temerloh. – mr

%d bloggers like this: