PAS gesa kerajaan bantu orang asli, masyarakat pedalaman

Basiron Abdul Wahab
Sun | May 11, 08 | 10:46:13 am MYT

BERA, 11 Mei (Hrkh) � Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mazlan Aliman bimbang masa depan kaum Orang Asli dan masyarakat luar bandar akan terus ketinggalan dalam arus pembangunan negara berikutan kegagalan golongan itu merangcang pembangunan di kawasan mereka. <!––><!––>

ImageKatanya, terdapat kecenderungan di kalangan pihak berkuasa lebih suka melayan rancangan pembangunan secara terancang dan ini tidak mampu dilakukan oleh pihak Orang Asli serta masyarakat luar bandar.

Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di pedalaman tidak berkemampuan menyedia plan pembangunan menyebabkan pihak berkuasa tidak mempunyai maklumat tepat tentang keperluan golongan terbabit ini menyebabkan peruntukan tidak dapat disalur ke kawasan berkenaan.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawataan kerja bersama PAS Bera, ke Pos Iskandar, dekat sini.

Menurutnya, beliau melihat sendiri kegagalan kerajaan dalam menyedia prasarana asas seperti jalan raya kepada penduduk di situ.

Beliau pasti jalan ke kawasan itu tidak diselanggara lebih daripada lima tahun menyebabkan ia rosak teruk dan amat berbahaya kepada pemgguna.

“Saya yakin jalan ke Pos Iskandar ini tidak diselenggara lebih daripada lima tahun menyebabkan ia rosak teruk serta amat berbahaya kepada pengguna,” katanya ketika ditemui selepas melakukan lawatan itu.

ImageDifahamkan, Pos Iskandar mempunyai lebih daripada 1000 penduduk masyarakat orang Asli dari kaum Semelai dan mereka mempunyai taraf hidup yang agak baik berbanding kaum sama di kawasan lain.

Menurut Mazlan, terdapat lebih daripada 50 keluarga di situ beragama Islam tetapi beliau kesal kerana pihak berkuasa gagal menyediakan guru agama sepenuh masa bagi membimbing mereka.

Ini menyebabkan surau di situ tidak dimakmurkan walaupun kos RM10,000 telah diguna untuk memperbaikinya.

“Saya berharap pihak berkuasa dapat memberi perhatian sewajarnya supaya masyarakat Orang Asli yang beragama Islam di situ diberi bimbingan agama secukupnya,” kata beliau.

Mazlan berkata, beliau mahu pihak bertanggung iaitu Kementerian Luar Bandar memperbaiki mutu perkhidmatan kepada masyarakat Orang Asli serta penduduk di pedalaman supaya tiada lagi kampung di pedalaman tidak mendapat kemudahan sepatutnya.

“Jalan yang ada juga sepatutnya diberi peruntukan penyelenggaraan supaya setiap jalan yang ada sesuai untuk digunakan setiap masa,” ujarnya. – mks.

%d bloggers like this: