Bom pejabat DAP tidak selesai masalah – Mursyidul Am

KUALA LUMPUR, 16 Mei (Hrkh) – Tindakan mengebom ibu pejabat DAP di Ipoh tidak akan menyelesaikan sebarang masalah, kata Mursyidul Am, Datuk Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyifatkan perbuatan itu didalangi oleh mereka yang kecewa. <!––><!––>

“Pengeboman dan pembunuhan tidak akan membantu menyelesaikan masalah. Cara ini hanya dilakukan oleh mereka yang kecewa,” Bernama memetik beliau berkata.

Dalam kejadian pukul 2.20 pagi semalam, ibu pejabat DAP Perak nyaris terbakar apabila dilontar dengan bom petrol oleh dua lelaki yang tidak dikenali.

Kejadian itu disedari oleh seorang pengawal keselamatan Ammeri Ahmad, 45, yang ketika itu bertugas di sebuah sekolah berhampiran yang kemudian menghubungi pihak polis.

Tidak ada sebarang kecederaan dilaporkan berlaku. Dua tingkap pejabat itu mengalami kerosakan.

Tuan Guru seterusnya menasihatkan semua pihak supaya jangan melakukan tindakan sedemikian untuk melepaskan kemarahan mereka.

“Contohnya di Iraq, tindakan mengebom, menembak dan membunuh tidak menyelesaikan sebarang masalah rakyat Iraq”

Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham ketika diminta menguls insiden itu meminta polis menyiasat insiden tersebut kerana ia dipercayai bermotif politik.

”Saya yakin kes membaling botol ke pejabat DAP ini mempunyai motif politik,” katanya.

Ditanya mengenai dakwaan Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan bahawa beliau ditawarkan sejumlah wang besar untuk melompat menyertai pembangkang, Tuan Guru berkata, seseorang mempunyai nilai agama dan akhlak yang baik akan menolak tawaran sedemikian, tidak kira berapa banyak yang ditawarkan.

%d bloggers like this: