DPPWP mengutuk serangan bom petrol di pejabat DAP

Oleh Herman Samsudeen

DPPWP melihat bahawa kejadian ini adalah satu tindakkan yang melampau dan mungkin mempunyai kaitan dengan beberapa siri perdebatan antara beberapa pemimpin DAP dan parti politik tertentu berhubung isu-isu semasa yang dianggap mencabar kepentingan pihak tertentu.

DPPWP berharap agar setiap parti politik mengawal ahli masing-masing dan tidak menimbulkan tindakkan provokatif sebegini bagi mengelakkan peristiwa hitam 13 Mei berlaku lagi. Apa yang berlaku ini adalah satu tindakan yang terlalu ekstrim, didorong oleh emosi yang tidak terkawal dan pastinya terdapat pihak-pihak lain yang turut terlibat dalam merancang jenayah ini.

DPPWP mengesa agar pihak Polis bertindak segera terhadap laporan yang dibuat dan menangkap mereka yang terlibat. Kerajaan yang selama ini amat tegas terhadap sebarang aktiviti keganasan seharusnya memandang berat kejadian ini sebelum ada pemimpin politik yang dicederakan atau mati dibunuh.

Herman Samsudeen

Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS wilayah Persekutuan

%d bloggers like this: