Kenaikkan harga beras dan pengajarannya?

Oleh asli

 Pelbagai pro dan kontra isu beras ni,namun ada baik dan ada buruknya,baik yang saya lihat ialah dapat memberi pengajaran kepada kita untuk menilai manusia2 yang susah baik berbentuk individu ataupun negara seperti Palestine dan baru2 ini negara yang dilanda malapetaka seperti Manymar dan China.

Mereka juga dilanda krisis makanan,walaupun mereka majoriti kafir namun krisis makanan mengajar kita erti kesusahan,kesusahan sebenarnya perlu setiap masa mengikut hemat saya contohnya jika Islam dicerca kesusahan amat perlu dalam melakukan boikot sesuatu produk contohnya jika dulu kita makan susu dapat tahu susu itu made in Belanda,maka kesusahan perlu dalam melakukan boikot ataupun kenaikkan minyak dalam melakukan boikot perlu kita mengalami kesusahan seperti naik bas ataupun naik basikal.

Kita sudah terlalu lama hidup dalam kesenangan,apa sahaja yang kita ingin nafsu,semua kita dapat,tetapi apabila kita ditimpa kesusahan kita tidak bersedia maka kita panik sebab tiada persediaan,apatah lagi jika menjadi seperti Palestin apakah kita sudah bersedia ataupun kita bersedia membantu orang susah seperti Palestin,dalam keadaan kita senang lenang kita mungkin alpa!

Satu lagi pengajaran isu beras ialah kita boleh mengubah cara hidup iaitu mengamalkan hidup sihat makan nasi sehari sekali bagi yang kerja ringan sahaja,yang kerja berat patut 2 kali sehari sebab peluh banyak keluar,itu terpulang pada mereka bagi yang kerja berat,kadang2 hidup kita tak sesuai dengan makan seperti contoh orang kerja pejabat yang asyik duduk dikerusi empuk dan air-corn makan berat makin bertambah lemak,disini perlu buat islah cara pemakanan agar selari dengan kerja.

Moga2 perjelasan diatas dapat mengurangkan harga beras sebab telah terjadi boikot disana akibat belajar hidup susah dan pengamalan hidup sihat,sikap kita dapat mengubah harga barang2,jika ia menjadi makanan asasi yang darah daging maka harga akan naik,maka kita ubah menjadi makanan biasa2,moga2 harga turun dan pemborong ‘pening kepala’.

asli.”

%d bloggers like this: