Khas untuk Guru-guru tercinta

Khamis, 2008 Mei 15

15 mei-Mtdibam mengucapkan selamat Hari Guru kepada semua Guru-guru dan bekas Guru-guru yg telah mendidik kita dan anak-anak kita hingga menjadi manusia yg mengenal erti kehidupan dan menjadi manusia yg berguna kepada agama bangsa dan negara.
Dengan tema Guru cemerlang negara terbilang”dapat membangkitkan semangat guru-guru agar dapat mendidik anak-anak bangsa kita dengan penuh tanggung jawab dan dedikasi.

Khas untuk Guru-guru Pasti.Mtdibam amat berbangga dengan pengorbanan semua guru-guru Pasti di Dun ibam,kwsn Rompin amnya diseluruh Malaysia.Pengorbanan yg diberikan oleh guru-guru Pasti adalah sangat besar yg tak dapat dinilai dengan wang ringgit.Walaupun kita tahu elaun yg diterima oleh mereka tidak setimpal dengan apa yg di curahkan oleh guru-guru Pasti malahan kadang-kadang terpaksa menempuhi pelbagai kesukaran kepayahan dan keperitan .Namun mereka tetap tabah meneruskan tugas-tugas mereka untuk mendidik anak bangsa.

Allahyarham Dato Usman Awang pernah menulis sebuah sajak bertajuk “Guru oh Guru”pada tahun 1979 yg didedikasikan kepada guru-guru yg terus menabur bakti dan jasa diantaranya.

Di mana-mana dia berdiri dimuka muridnya,
Di sebuah sekolah mewah di ibu kota,
Di bangunan tua sekolah hulu terengganu,
Dia adalah guru mewakili seribu buku,
Semakin terpencil duduknya diceruk,
Dan semakin bererti tugasnya kepada negara,
Jadilah apapun pada akhir kehidupanmu,
Guruku budi yg diapungkan didalangi ilmu,
Panggilan keramat “Cikgu”kekal terpahat menjadi
kenangan ke akhir hayat.

Sekali lagi dari Mtdibam “Selamat Hari Guru”semoga Allah merahmati dan menerima amalan.Berkhidmat untuk agama bangsa dan negara.

oleh :shamserabut

%d bloggers like this: