Akibat Ponteng Sembahyang Jumaat

Alkisah… .. Seorang lelaki islam ponteng solat Jumaat.
Sebaliknya dia masuk hutan untuk memburu ayam hutan. Sedang dia
terhendap-hendap di dalam semak, tiba-tiba dia berlanggar dengan seekor HARIMAU
yang sedang lena tidur.


Dia begitu terkejut sehingga senapangnya tercampak lalu tergelungsur ke dalam jurang. Dia pula tergolek ke arah lain, jatuh ke atas batu dan KRAKKKK! Kedua2 kakinya patah.

Jangan risau .. ini bukanlah berita buruk ok. Ada lagi .. Berita buruknya adalah HARIMAU tadi terus menghambatnya, sedangkan dia dah tidak boleh bergerak lagi.


“Ya Allah,” doa lelaki tersebut,”Ampunilah dosaku kerana ponteng
sembahyang berjemaah pada hari Jumaat yang mulia ini .. Ampunilah aku
ya Allah ..makbulkan hajat ku ini .. jadikanlah HARIMAU yang
memburuku Muslim yang beriman .. tolong ya Allah! Aminnn..”


Tiba2 guruh berdentum! HARIMAU tadi tiba2 terhenti betul2 di hadapan lelaki tadi. Tiba-tiba…. Sambil menadah kedua-dua kaki depannya ke langit .. HARIMAU
tersebut pun berdoa,

“Allahumma barik lana, fima razaktana, wa qina azabbannar. Amin! “

%d bloggers like this: