Hasil Negara Harus Dikongsi Bersama

Nak kata terkejut, taklah terkejut sangat.Memang dah fenomena yang biasa berlaku selepas pilihan raya kalau BN terus berkuasa.Kenaikan harga barang-barang dan harga minyak selepas pilihan raya seolah-olah telah menjadi sebahagian daripada manifesto BN.Sebelum pilihan raya lagi sebilangan besar pemimpin Pakatan Rakyat pun telah mengandaikan kenaikan harga minyak selepas pilihan raya kalau BN terus bertahkta.Ada yang kata naik RM0.30.Ada yang kata RM0.50.Cuma andaian jumlah kenaikan ini semuanya meleset kerana BN telah naikkan lebih dari itu lagi!

Yang dahsyatnya ialah kenaikan harga bahan api ini adalah yang tertinggi dalam sejarah Malaysia.Bukan itu saja, bahkan disusuli pula perisytiharan kenaikan harga tarif elektrik yang menggila.Macam-macamlah kenyataan pemimpin BN tentang kenaikan ini.Semuanya menyifatkan kenaikan ini adalah wajar dan tidak membebankan.

“Rakyat tidak harus dimanjakan dengan pemberian subsidi sepanjang masa”, “Rakyat perlu ubah cara hidup”, “Kenaikan harga sudah tidak dapat dielakkan” dan macam-macam lagi dolak dalih setiap kali kenaikan harga barang berlaku.

Persoalan yang ditimbulkan oleh rakyat pula ialah ;Apa lagi kebajikan yang pemimpin boleh buat kalau pemberian subsidi pun tak dapat diberikan kepada rakyat?!Kenapa terlalu berkira sangat dengan rakyat sedangkan selama ini rakyatlah yang membanting tulang mencurah keringat menambahkan produktiviti Negara.Bukankah keuntungan Petronas berbilion-bilion yang bertambah tahun demi tahun.Maka, alangkah baiknya kalau keuntungan itu dikongsi bersama rakyat.

Malangnya, pemimpin BN lebih gemar curahkan keuntungan Petronas sebagaimana yang didedahkan oleh seorang MP Pakatan Rakyat baru-baru ni untuk menaja Malaysian Philharmonic Orchestra sebanyak RM3.5 juta sebulan sejak 10 tahun dulu!!Apakah itu yang menjadi keutamaan pemimpin negara.

Begitu juga kita lihat dana Petronas dihabiskan untuk perkara-perkara yang dianggap oleh pemimpin negara kononnya sebagai mengharumkan nama negara seperti penajaan sukan permotoran F1 yang manfaat yang dikecapi oleh rakyat adalah terlalu minima.

Bayangkan kalau wang RM3.5 juta sebulan itu digunakan untuk bantu pelajar-pelajar miskin yang ingin melanjutkan pelajaran, atau digunakan untuk membina rumah kos rendah bagi rakyat termiskin yang tiada tempat berteduh atau sekurang-kurangnya dapat menampung subsidi bahan api.Alangkah bahagia dan bertuahnya berada di bumi Malaysia..

Tapi, ini hanyalah tinggal harapan dan angan-angan…Keluhan rakyat seolah-olah tidak didengari oleh pemimpin.Apakah ini yang dimaksudkan slogan Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.

Ayuh! Lakukan perubahan demi masa depan generasi akan datang…..

Oleh :KP Rompin

%d bloggers like this: