PEMUDA KAWASAN ROMPIN KE MUKTAMAR PEMUDA NEGERI

Ahad 15 jun 2008-Dewan Pemuda Pas Kawasan Rompin telah menghantar perwakilan dan pemerhati ke Muktamar Pemuda Pas Negeri Pahang kali ke 26 yang di adakan di Motel Tanjung Gelang,kuantan.8 orang perwakilan dan 5 orang pemerhati mengikuti muktamar yang berakhir sekitar jam 5 petang ini.

Ustaz Nazri Hj Ahmad selaku ketua Dewan menyatakan perlunya para perwakilan dan pemerhati ini didedahkan dengan kaedah perjalanan organisasi parti bagi menyediakan pelapis diperingkat kawasan satu masa nanti.

Muktamar yang pada awalnya dirasmikan oleh YB Mahfuz Omar terpaksa digantikan dengan Ustaz Dato¢ Tuan Brahim Tuan Man akibat kemalangan yang dialami oleh YB Mahfuz seminggu yang lalu.Bekas Ketua Dewan Pemuda Pas Pahang Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi turut hadir bersama Ustazah Azizah Khatib Mat(ketua Dewan Muslimat Pas Pahang) dan rakan-rakan dari Pakatan Rakyat.

Dato¢ Tuan Brahim selaku Pesuruhjaya Pas pahang diawal ucapannya sempat mengimbau detik-detik sukar yang dilalui oleh jundullah-jundullah terdahulu sejak dari zaman nabi,para sahabat hinggalah ke detik-detik awal perjuangan Pas.Menurutnya mata rantai perjuangan ini sentiasa bergerak dalam usaha menegakkan Islam di atas bumi Allah ini.Menurutnya pemuda mestilah menjadi sayap kanan parti yang berperanan besar dalam gerakerja parti.Sebagai pimpinan pelapis yang akan mengambil-alih kepimpina parti pemuda mestilah berilmu dan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti masyarakat.

Beliau juga mengingatkan bahawa jika ada keputusan atau kenyataan pimpinan tertinggi parti yang sukar dimengerti oleh ahli bawahan namun tindakan tersebut sebenarnya dibuat dengan tindakan yang bijak berdasarkan keputusan majlis syura sambil memberikan beberapa contoh.Sebarang kekeliruan jika timbul mestilah diselesaikan oleh ahli-ahli pemuda yang telah mangli dengan usrah dan tarbiyahnya.

Sebagai pemimpin yang baik menurut beliau pimpinan sekarang mestilah menghadirkan pengganti yang lebih baik daripadanya untuk mengambil-alih saf pimpinan parti.Kader-kader Pas mestilah mempunyai akidah yang jazam dan istiqamah dalam perjuangan.Sebarang masalah yang timbul bolehlah dirujuk kepada pucuk pimpinan parti yang sentiasa terbuka dan berlapang dada dalam menerima pendapat.Sambil memberi nasihat yang berguna beliau mengingatkan bahawa dua titisan yang tidak akan disentuh api neraka iaitu darah yang mengalir dalam berjihad dijalan Allah dan airmata yang menangis kerana takut dan tunduk pada Allah.

Serentak dengan perasmian muktamar pada kali ini beliau juga sempat merasmikan laman Web Pemuda Pas Pahang(PEMUDAPASPAHANG.NET).

Bermula sessi ini Dewan Pemuda Pas Pahang akan dipangku oleh Ustaz Suhaimi Saad yang mengambil-alih jawatan dari Ustaz Nasruddin Hassan yang terpaksa menumpukan tugasan yang berat di peringkat pusat.Ustsz Suhaimi Saad seorang guru dan orang lama dalam organisasi Dewan Pemuda di lihat tidak akan bermasalah dalam meneruskan kesinambungan perjuangan Nemuda Negeri. Pengalaman dan kecekapan beliau akan digunakan sepenuhnya dalam mentadbir dan mengurus DPPN Pahang agar terus menerajui gerakan dakwah di negara ini.

pemudarompin

%d bloggers like this: