Pak Lah: Pukul anak sindir menantu?

oleh;jemohidkceil….

Perdana Menteri Pak Lah dalam komen awalnya terhadap tindakan pembangkang membuat demontrasi menyatakan yang beliau tidak senang hati dengan apa yang berlaku sekarang.Persoalannya setelah berkali-kali demontrasi di adakan rakyat apa benarkah kenyataannya itu ditujukan kepada peserta demontrasi?Atau dia menghalakan sindirannya terhadap timbalannya yang sedang dilanda dengan berbagai krisis sekarang?

Krisis moral dan pimpinan yang melanda UMNO dan BN sekarang sebenarnya membuatkan PM ini tidak lena tidur dan dihantui dengan pelbagai mimpi buruk yang mengganggu tidurnya.Di satu sisi mereka berjuang mempertahankan kuasa BN untuk memerintah dan di sisi lain mereka mempertahankan kuasa pimpinan di dalam parti mereka sendiri.Maklumlah tahun ini adalah tahun pemilihan bagi UMNO yang dijangka agak sengit..Melihat kepada berbagai kemelut yang melanda akhir-akhir ini jelas rakyat sudah mula hilang keyakinan kepada barisan kepimpinan yang ada ini untuk mengurus tadbir negara.

Tuduhan ke atas Anwar kemudian pengakuan bersumpah Raja Petra serta Balasubramaniam meninggalkan berbagai persoalan yang perlu dijawab.Apakah ada sesuatu isu besar yang rakyat terlepas pandang?Apakah benar seperti yang diperkatakan mereka yang akuan bersumpah ini semata-mata untuk memburukkan kepimpinan yang `bersih’?Atau ini satu helah dari mereka yang terdesak untuk mempertahankan kuasa?semuanya masih belum terjawab.Biarlah rakyat menilainya dengan akal dan perkiraan yang bijak.Jika demontrasi yang dimaksudkan Pak Lah,di Perakpun ada perhimpunan yang berlaku.Cuma bezanya himpunan 15 ribu orang ini adalah untuk menyatakan sokongan segelintir rakyat terhadap pimpinan Pak Lah sendiri.Himpunan yang dihadiri Nazri Aziz ini dibuat di padang sekolah Padang Rengas.Nah…di sekolah pun mereka berpolitik! Barangkali himpunan inilah yang dimaksudkan tidak menghormati demokrasi kerana menggunakan kemudahan awam untuk menolong seseorang tokoh mempertahankan kuasanya dalam pemilihan nanti?

Hebat jugak permainan politik di negara kita ini.Berbagai cara di gunakan sesetengah tokoh untuk mendapatkan kuasa.Rakyat melopong melihat apa yang sedang terjadi.Isu demi isu yang dimainkan media mencaturkan agendanya.

%d bloggers like this: