Semoga kekal keakhir hayat.

Bersamaan dengan 26/10/2008,hari Ahad,bertempat di rumah saudara Syed Hassan yang lebih mesra dengan panggilan (Pak Habib) salah seorang ahli Pas yang telah lama bergiat aktif di muadzam Shah amnya Pas Rompin.Telah mengadakan majlis perkahwinan anak beliau Syarifah Shuhadah bersama Sdr Faizul.Alhamdulillah majlis itu turut diserikan dengan kehadiran Pemimpin-pemimpin Pas diperingkat Kaw Rompin dan para jemputan dari pelbagai lapisan masyarakat.

DPPRompin mengucapkan selamat pengantin baru kepada dua mempelai,saudari Syarifah  Shuhada bersama Sdr Faizul.Semoga ikatan suci itu dirahmati oleh Allah, sentiasa mendapat kebahagiaan sehingga keakhir hayat dan dimurahkan rezeki oleh Allah.Mudah-mudahan dengan termeterinya ikatan suci itu akan dikurniakan oleh Allah, anak-anak  yang soleh dan membawa kebaikan di dalam perjuangan Islam. Teruskan membaca

Selamat Hari Lahir Tuan Guru Hj Hadi

20 hb. Oktober 1947 adalah tarikh lahir Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang atau lebih mesra dengan panggilan Ayah Chik .

DPPRompin  mengucapkan selamat hari lahir yang ke 61 buat Tuan Guru Presiden semoga Allah swt mengurniakan kekuatan dan kesabaran buat Tuan Guru terus memimpin Gerakan Islam ( PAS ) ke arah mendaulatkan Islam di atas muka bumi ini khasnya tanahair kita .

Tuan Guru Hj Hadi  telah melalui pengalaman yang cukup luas di dalam dan di luar negara bersama dengan kebangkitan ummah menongkah arus tamaddun material dan ideologi Jahiliyyah Modern hari ini .

Jua telah melalui pelbagai pahit maung berdepan karenah ummah dan ahli Gerakan Islam ini dalam proses memimpin dan membentuk mereka , agar lahir sebuah generasi yang berjuang dan merdeka dari penjajahan pemikiran jahiliyyah hari ini .

DPPRompin  sangat berbesar hati di atas segala curahan ilmu dan bimbingan pengalaman yang telah Tuan Guru Presiden berikan tanpa jemu dan penat .

Insyaallah , perjuanganmu Tuan Guru Presiden akan kami langsungkan sehingga Islam tegak di bumi ini . Semoga kehidupan Ayah Chik sekeluarga diberkati dan dirahmati Allah swt .

Sedikit Latar belakang Tuan Guru Hj Hadi

Yang Berhormat Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang (Jawi: حاج عبدالبن هادي اوڠ, lahir 20 Oktober 1947) merupakan Presiden Parti Islam Se-Malaysia dan bekas Menteri Besar Terengganu. Beliau juga telah dikurniakan dengan gelaran “Dato’ Seri Tuan Guru Haji”.

Kehidupan awal

Lahir pada 6 Zulhijjah 1366H, di Kampung Rusila, Marang, Terengganu. Anak ke-5 dari 9 orang adik beradik. Ayahnya adalah seorang guru agama dan imam di Masjid Rusila, Marang.

Keluarga

Mempunyai dua orang isteri iaitu Puan Hajah Zainab bt. Awang dan Dr. Norzita Taat. Dikurniakan 13 orang anak. Dengan isteri pertama beliau mempunyai 11 orang anak manakala dengan isteri kedua, beliau mempunyai 2 orang anak. Anak sulung beliau berumur 22 tahun dan kini belajar di Universiti Iman, Yaman. Teruskan membaca

Yang perlu diketahui di kawasan Rompin.

Para tetamu yang hadir dalam jamuan raya Pas kawasan Rompin  pada 18/10/2008 jam 5.00ptg telah di hiburkan dengan pertunjukan Tomoi  oleh para pemuda keratong8  bersama  Unit Amal,Walaupun hujan rintik-rintik menemani mereka namun aksi mereka dapat menghiburkan para tetamu yang hadir.Aksi Tomoi adalah sebahagian acara yang diadakan  dalam program jamuan raya itu.

Turut diadakan sesi dialog bersama Pengerusi kelab penyokong Pas Pahang saudara N Balasubramaniam yang amat di nantikan oleh kebanyakan para tetamu.Sesi dialog itu telah dimulakan dengan kata-kata aluan yang telah disampaikan oleh Timbalan YDP Pas kaw Rompin saudara Mazlan Mohd Yasin selaku mewakili Pas kaw Rompin.

Turut hadir dalam program itu yang di kasihi Saudara Nasrul Amir selaku Pengerusi Lujnah Perpaduan Perhubungan Pas Pahang, beliau telah berkesempatan untuk memberi sedikit ucapan,walaupun dalam hari yang sama terlalu banyak undangan yang terpaksa di hadiri oleh beliau namun bagi tidak menghampakan  Jemputan Pas kaw Rompin beliau tetap hadir untuk meraikan bersama-sama. Teruskan membaca

Umno “pembela” ketuanan melayu.

Walaupun umat islam masih lagi menyambut bulan syawal, namun berita yang baru kita dengar terlalu menyentuh hati setiap lapisan masyarakat, mungkin yang tak tersentuh adalah pimpinan umno dan penyokong umno!!!. Nun di selatan Negara kita, satu lagi tindakan yang di lihat kurang rasional yang di ambil oleh pihak yang terlibat yang tergamak merobohkan rumah setinggan yang telah lama di diami, kebanyakan nya adalah umat islam, dalam masa  sama masih lagi meraikan hariraya.

Difahamkan agak tegang suasana perobohan rumah setinggan di Kampong Baru Plentong Tengah, di anggarkan seramai 27 orang yang telah di tahan oleh pihak Polis termasuk pimpinan Pas kerana cuba menghalang tindakan merobohkan kawasan setinggan tersebut. Tindakan keras pasukan (FRU) merempuh orang ramai yang melakukan benteng, sungguh amat di kesali kerana  orang ramai yang membuat benteng bukanlah terdiri dari penjenayah ataupun pengganas, sedangkan masih banyak lagi ruang penyelesaian yang lebih berhemah. Berita selanjutnya  boleh lihat disini dan di sini. Teruskan membaca

Dato’ Tuan Brahim menyantuni mangsa kebakaran.

14oktober-Pesurugjaya Pas Pahang Dato’ Tuan Brahim Tuan Man bersama YDP Pas Rompin ustaz Shukri Hj Ahmad telah berbesar hati mengunjungi sebuah keluarga yang ditimpa musibah baru-baru ini apabila rumah mereka hangus dijilat api.Mangsa yang juga peneroka felda di Keratong 5 agak terharu dan gembira dengan kunjungan mesra PJ ini.

Kebakaran yang berlaku pada9 oktober ini telah memusnahkan sama-sekali rumah yang didiami oleh 4 beranak itu hingga mereka tinggal sehelai sepinggang.Turut musnah dalam kebakaran itu ialah sebiji kereta jenis proton iswara dan sebiji motosikal.

Menurut mangsa, encik Azmi Rodidon kebakaran itu disyaki berpunca dari api lilin yang digunakan pada malam itu akibat bekalan elektrik terputus disebelah petangnya.Kerugian menurutnya dianggarkan lebih-kurang 86 ribu dan beliau sedang giat berusaha untuk membuat tuntutan insuran kepada rumah dan kenderaannya itu.

Tuan Brahim sempat mengadakan tahlil ringkas di tapak kebakaran itu juga mengingatkan azmi agar bersabar dan redha dengan ujian Allah ini.Allah sentiasa menguji hamba yang dikasihiNya.

Dalam ziarah ringkas ini juga Pas Kawasan,Pas cawangan Keratong 5 dan Dewan Pemuda Pas Kawasan telah rendah dirinya menyumbangkan sedikit bantuan dan barangan keperluan bagi berkongsi sedikit kesusahan yang dideritai mangsa.

Dato’ Tuan diakhir lawatannya berharap agar pihak felda dan kerajaan tempatan agar mempercepatkan pembinaan semula rumah encik Azmi ini sebagaimana yang dijanjikan.

Berita oleh jinbukitridan