Dato’ Tuan Brahim menyantuni mangsa kebakaran.

14oktober-Pesurugjaya Pas Pahang Dato’ Tuan Brahim Tuan Man bersama YDP Pas Rompin ustaz Shukri Hj Ahmad telah berbesar hati mengunjungi sebuah keluarga yang ditimpa musibah baru-baru ini apabila rumah mereka hangus dijilat api.Mangsa yang juga peneroka felda di Keratong 5 agak terharu dan gembira dengan kunjungan mesra PJ ini.

Kebakaran yang berlaku pada9 oktober ini telah memusnahkan sama-sekali rumah yang didiami oleh 4 beranak itu hingga mereka tinggal sehelai sepinggang.Turut musnah dalam kebakaran itu ialah sebiji kereta jenis proton iswara dan sebiji motosikal.

Menurut mangsa, encik Azmi Rodidon kebakaran itu disyaki berpunca dari api lilin yang digunakan pada malam itu akibat bekalan elektrik terputus disebelah petangnya.Kerugian menurutnya dianggarkan lebih-kurang 86 ribu dan beliau sedang giat berusaha untuk membuat tuntutan insuran kepada rumah dan kenderaannya itu.

Tuan Brahim sempat mengadakan tahlil ringkas di tapak kebakaran itu juga mengingatkan azmi agar bersabar dan redha dengan ujian Allah ini.Allah sentiasa menguji hamba yang dikasihiNya.

Dalam ziarah ringkas ini juga Pas Kawasan,Pas cawangan Keratong 5 dan Dewan Pemuda Pas Kawasan telah rendah dirinya menyumbangkan sedikit bantuan dan barangan keperluan bagi berkongsi sedikit kesusahan yang dideritai mangsa.

Dato’ Tuan diakhir lawatannya berharap agar pihak felda dan kerajaan tempatan agar mempercepatkan pembinaan semula rumah encik Azmi ini sebagaimana yang dijanjikan.

Berita oleh jinbukitridan

%d bloggers like this: