Umno “pembela” ketuanan melayu.

Walaupun umat islam masih lagi menyambut bulan syawal, namun berita yang baru kita dengar terlalu menyentuh hati setiap lapisan masyarakat, mungkin yang tak tersentuh adalah pimpinan umno dan penyokong umno!!!. Nun di selatan Negara kita, satu lagi tindakan yang di lihat kurang rasional yang di ambil oleh pihak yang terlibat yang tergamak merobohkan rumah setinggan yang telah lama di diami, kebanyakan nya adalah umat islam, dalam masa  sama masih lagi meraikan hariraya.

Difahamkan agak tegang suasana perobohan rumah setinggan di Kampong Baru Plentong Tengah, di anggarkan seramai 27 orang yang telah di tahan oleh pihak Polis termasuk pimpinan Pas kerana cuba menghalang tindakan merobohkan kawasan setinggan tersebut. Tindakan keras pasukan (FRU) merempuh orang ramai yang melakukan benteng, sungguh amat di kesali kerana  orang ramai yang membuat benteng bukanlah terdiri dari penjenayah ataupun pengganas, sedangkan masih banyak lagi ruang penyelesaian yang lebih berhemah. Berita selanjutnya  boleh lihat disini dan di sini.

Kejadian di Kampung Baru Plentong Tengah mengingatkan kepada rakyat perilaku yang bobrok yang di lakukan oleh pemerintah BN terhadap kisah yang hampir sama berlaku di Kampung Berembang ,   perobohan Masjid kampung Bujal dan banyak lagi yang terlepas pandang oleh kita. sekaligus memperlihatkan  kerakusan kerajaan. Di manakah pimpinan Umno amnya BN dalam memperjuangkan nasib mereka amnya seluruh rakyat yang lemah dan tertindas???  Di mana janji-janji mereka  semasa menawarkan diri dalam pilihanraya untuk membela rakyat???  Insyaallah ini mungkin merupakan sebahagian saham-saham yang akan menjatuhkan lagi keyakinan rakyat terhadap pemerintahan BN.

Kebobrokan dan kerakusan Pimpinan Umno (BN) semakin hari semakin terserlah,  kepincangannya dalam menangani sesuatu  isu yang berkaitan pembelaan terhadap rakyat bawahan  sering terabai. Tekanan dan pelbagai perancangan sering di lakukan terhadap para rakyat yang menyokong Pakatan Rakyat,  bagi melemahkan pegangan mereka.

Di  Muadzam Shah, Sebuah  Mini Market Jiranku  yang di miliki oleh penyokong  Pas  di arahkan mengosongkan premis perniagaannya. En.Zulkifi, tuan punya Pasar Mini JiranKu telah menyewa Bangunan Pasar Lama yang telah tidak digunakan daripada Koperasi  Serbaguna DARA (KSD) sejak Julai, 2004. Adalah difahamkan Pegawai dari Unit Harta, Teras DARA telah menemui Peniaga tersebut dan memaklumkan tentang arahan keluar tersebut kononnya atas arahan ‘pihak atasan’ yang mempunyai kepentingan dalam Teras Dara.

Apabila peniaga tersebut bertanya sebabnya,  Pegawai tersebut mengatakan sebab dia kedepan atau menonjol dalam PAS.  Sebenarnya peniaga berkenaan tidak ada memegang apa-apa jawatan dalam PAS.Persolannya apakah satu kesalahan jika menyokong PAS atau mana-mana Parti Politik dalam Negara Demokrasi ini?

Ekoran daripada itu Teras Dara telah mengeluarkan notis kepada KSD supaya mengosongkan bangunan tersebut pada 1 Mei,2008. KSD pula terpaksa mengeluarkan notis kepada En. Zulkiflee kerana Teras telah menamatkan tempuh penyewaannya.  Setelah itu En.Zulkiflee telah merayu kepada Teras Dara agar dapat membenarkan dia terus berniaga di premis itu sehingga dua pintu kedai yang telah ditempahnya siap dibina dalam anggaran masa satu tahun.  Malangnya pihak Teras Dara hanya memberikan masa satu (1) bulan untuk beliau mengosongkan bangunan itu. Berita penuh sila layari blog sidangonline.

Peniaga yang menerima ”nasib malang” ini memaklumkan dia kini menunggu surat arahan mahkamah supaya mengosongkan premis tersebut pada bila-bila masa dari sekarang.

Sebagai saudara seislam marilah kita sama-sama mendoakan semoga Allah memberi pertolongan kepada beliau dan tabah menghadapi ujian hidup.Begitu juga untuk setiap insan yang dizalimi dan ditindas semata-mata mempertahankan perjuangan Islam.

Oleh:anakkeratong

%d bloggers like this: