Yang perlu diketahui di kawasan Rompin.

Para tetamu yang hadir dalam jamuan raya Pas kawasan Rompin  pada 18/10/2008 jam 5.00ptg telah di hiburkan dengan pertunjukan Tomoi  oleh para pemuda keratong8  bersama  Unit Amal,Walaupun hujan rintik-rintik menemani mereka namun aksi mereka dapat menghiburkan para tetamu yang hadir.Aksi Tomoi adalah sebahagian acara yang diadakan  dalam program jamuan raya itu.

Turut diadakan sesi dialog bersama Pengerusi kelab penyokong Pas Pahang saudara N Balasubramaniam yang amat di nantikan oleh kebanyakan para tetamu.Sesi dialog itu telah dimulakan dengan kata-kata aluan yang telah disampaikan oleh Timbalan YDP Pas kaw Rompin saudara Mazlan Mohd Yasin selaku mewakili Pas kaw Rompin.

Turut hadir dalam program itu yang di kasihi Saudara Nasrul Amir selaku Pengerusi Lujnah Perpaduan Perhubungan Pas Pahang, beliau telah berkesempatan untuk memberi sedikit ucapan,walaupun dalam hari yang sama terlalu banyak undangan yang terpaksa di hadiri oleh beliau namun bagi tidak menghampakan  Jemputan Pas kaw Rompin beliau tetap hadir untuk meraikan bersama-sama.

Sesi dialog bersama N Balasubramaniam diserikan dengan persoalan-persoalan yang di timbulkan oleh beberapa tetamu yang hadir.Suasana ceria dan penuh ukhwah terpancar antara beliau dan para tetamu.Rata-rata tetamu yang hadir  amat berpuashati dengan setiap penjelasan dan jawapan yang di berikan oleh beliau.

Program jamuan raya oleh Pas kawasan Rompin itu telah diadakan di Markaz Pas  cawangan keratong  8.Program itu telah bermula dari jam 5.00ptg hinggalah ke malam.Para tetamu tidak putus-putus hadir untuk bersama-sama dalam meraikan jamuan raya itu.Program itu mendapat sambutan yang amat mengalakan dari pelbagai lapisan masyarakat.

Acara kemuncak pada malam itu yang amat dinantikan  oleh kebanyakan masyarakat ialah majlis ceramah yang disampaikan oleh yang berbahagia Ustaz Idris Ahmad selaku AJK Pas Pusat.Program ceramah itu di Pengerusikan oleh ketua Pemuda Pas kaw Rompin Ustaz Nazri Hj Ahmad.Di kesempatan ceramah itu diselitkan sedikit acara penyerahan cenderahati kepada para penyumbang yang komitmen ke atas Pas cawangan keratong 8 yang telah disampaikan oleh SU Pas kaw Rompin saudara Ramli,kutipan derma  tabung ISA di peringkat kawasan Rompin turut dilancarkan bagi membantu golongan yang tertindas.

Di tapak ceramah pada malam  itu turut dibuka counter pendaftaran ahli persatuan anak-anak peneroka(ANAK) di peringkat kawasan Rompin.Alhamdulillah sambutan amat memberansangkan.Penceramah pertama pada malam itu ialah Timbalan YDP Rompin,saudara Mazlan Mohd.Yasin.Banyak isu-isu yang berlaku disekitar kawasan Rompin dikupas oleh beliau dengan amat bernas.


Selaku penceramah yang dijemput khas Ustaz Idris Ahmad AJK Pas Pusat,memang telah dijangkakan kemantapan dan keberkesanan beliau bagi memberi  penerangan kepada setiap lapisan masyarakat amnya di Malaysia.Tiada sebab dan alasan kepada masyarakat  pelbagai kaum yang telah mendapat maklumat yang jelas dan terus dari pimpinan yang berotoriti didalam Parti Pas, menolak perjuangan Parti Pas amnya Pakatan Rakyat.

Insyaallah jika diizinkan Allah Pakatan Rakyat Mampu untuk menerajui memimpin Negara Malaysia. Program diakhiri dengan bacaan doa oleh Ustaz Idris Ahmad.Semoga dengan suntikan semangat yang telah disampaikan oleh Ustaz Idris Ahmad didalam ceramahnya pada malam itu, mampu untuk menguatkan dan memantapkan bagi mengerakkan gerak kerja kearah tercapainya kemenangan yang diperjuangkan.

oleh;DPPRompin

%d bloggers like this: