Selamat Hari Lahir Tuan Guru Hj Hadi

20 hb. Oktober 1947 adalah tarikh lahir Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang atau lebih mesra dengan panggilan Ayah Chik .

DPPRompin  mengucapkan selamat hari lahir yang ke 61 buat Tuan Guru Presiden semoga Allah swt mengurniakan kekuatan dan kesabaran buat Tuan Guru terus memimpin Gerakan Islam ( PAS ) ke arah mendaulatkan Islam di atas muka bumi ini khasnya tanahair kita .

Tuan Guru Hj Hadi  telah melalui pengalaman yang cukup luas di dalam dan di luar negara bersama dengan kebangkitan ummah menongkah arus tamaddun material dan ideologi Jahiliyyah Modern hari ini .

Jua telah melalui pelbagai pahit maung berdepan karenah ummah dan ahli Gerakan Islam ini dalam proses memimpin dan membentuk mereka , agar lahir sebuah generasi yang berjuang dan merdeka dari penjajahan pemikiran jahiliyyah hari ini .

DPPRompin  sangat berbesar hati di atas segala curahan ilmu dan bimbingan pengalaman yang telah Tuan Guru Presiden berikan tanpa jemu dan penat .

Insyaallah , perjuanganmu Tuan Guru Presiden akan kami langsungkan sehingga Islam tegak di bumi ini . Semoga kehidupan Ayah Chik sekeluarga diberkati dan dirahmati Allah swt .

Sedikit Latar belakang Tuan Guru Hj Hadi

Yang Berhormat Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang (Jawi: حاج عبدالبن هادي اوڠ, lahir 20 Oktober 1947) merupakan Presiden Parti Islam Se-Malaysia dan bekas Menteri Besar Terengganu. Beliau juga telah dikurniakan dengan gelaran “Dato’ Seri Tuan Guru Haji”.

Kehidupan awal

Lahir pada 6 Zulhijjah 1366H, di Kampung Rusila, Marang, Terengganu. Anak ke-5 dari 9 orang adik beradik. Ayahnya adalah seorang guru agama dan imam di Masjid Rusila, Marang.

Keluarga

Mempunyai dua orang isteri iaitu Puan Hajah Zainab bt. Awang dan Dr. Norzita Taat. Dikurniakan 13 orang anak. Dengan isteri pertama beliau mempunyai 11 orang anak manakala dengan isteri kedua, beliau mempunyai 2 orang anak. Anak sulung beliau berumur 22 tahun dan kini belajar di Universiti Iman, Yaman. Teruskan membaca