Karnival Nisa’Indoor Game 2008 Peringkat Kawasan Rompin

dsc014501Karnival Nisa’ Indoor Games 2008 Peringkat Kawasan Rompin telah berjaya diadakan pada 26 November lalu di Perkarangan kawasan kedai Keratong 3. Dengan bertemakan “Anyone Can Play”, karnival ini diadakan bertujuan untuk mendidik masyarakat ke arah gaya hidup sihat dan menonjolkan keterbukaan Nisa’ serta mewujudkan pandangan positif pada kacamata masyarakat.

Sempena karnival ini, pelbagai acara menarik  telah dipertandingkan yang disertai oleh seluruh lapisan masyarakat yang terdiri daripada kanak-kanak, remaja dan dewasa. Antara acara tersebut ialah catur, dam aji, carom dan dart. Acara yang paling mendapat sambutan selain dam ular “gergasi” yang menarik perhatian orang ramai ialah acara dart. Untuk memeriahkan lagi karnival ini, acara cabutan bertuah turut diadakan. Turut serta dalam karnival ini ialah wakil daripada AJK Nisa’ Negeri Pahang.

dsc014411Sekalung penghargaan kepada PAS Kawasan Rompin terutamanya Dewan Pemuda PAS Kawasan Rompin di bawah pimpinan Ustaz Nazri Hj. Ahmad yang telah banyak menghulurkan bantuan dan sokongan sepanjang karnival ini berlangsung.Tidak dilupakan seluruh barisan Ad Hoc dan urus setia karnival yang telah bertungkus lumus untuk memastikan karnival ini berjalan dengan lancar. Juga seluruh  masyarakat yang telah memberikan sumbangan tenaga, masa dan wang ringgit untuk menjayakan karnival ini.

Karnival ini telah berakhir dengan ucapan perasmian penutup oleh Pengarah Program, Ustaz Suhaimi Hj. Ahmad dan penyampaian hadiah kepada para pemenang.Alhamdulillah, cuaca yang baik pada hari itu telah melancarkan perjalanan karnival tersebut.

Sebahagian gambar yang dapat di kongsikan bersama.

Teruskan membaca

Petua Sembelih Binatang

azhar111. Supaya daging tidak berlemak

1. Ada wudhu’ ketika sembelih binatang
2. Mata pisau disapu terlebih dahulu dengan minyak yang ada dibahagian hidung kita
3. Hulu pisau dibungkus dengan kertas atau sebagainya
4. Mata pisau dikilir atau digerakkan dengan belakang tapak tangan

2. Supaya daging binatang menjadi lembut

a. Mata pisau diletak dekat butir halkum binatang

b. Kedudukan seluruh badan kita jangan berbetulan dengan mata pisau

c. Tahan nafas sewaktu hendak sembelih dan semasa sembelih maka nafas dilepas secara perlahan-lahan

3. Bacaan ketika mahu sembelih binatang supaya daging tidak berbau busuk

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الحَمْدُ

اللّهُمَّ هَذَا هَذَا مِنْكَ وَإِلَيْكَ فَتَقَبَّلْ مِنَّا كَمَا تَقَبَّلْتَهُ مِنْ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ خَلِيْلِكَ وَمِنْ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبِيْدِكَ وَرَسُوْلِكَ اللّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ رِضَاكَ وَالجَنَّةَ

4. Selesai sembelih binatang maka sapukan hujung mata pisau kepada pipi binatang tadi supaya lalat tidak datang menghurungi daging

5. Supaya mencukup atau memadai daging bagi setiap jamuan

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ ِلإِيْلاَفِ قُرَيْشٍ إِيلاَفِهِمْ رِحْلَةَ الشِّتَاءِ وَالصَّيْفِ

Hembus dan sapu kepada badan binatang bermula bahu hingga punggungnya

6. Jangan basuh tangan dan mata pisau sehingga binatang sembelihan benar-benar telah mati

Sebaiknya tukang sembelih tidak menjadi tukang yang memandikan mayat kerana biasanya boleh membawa kepada daging menjadi keras

Petua ini diamalkan oleh Tuan Guru Hj Hashim Mudir Pondok Pasir Tumboh

sumber:Blog Dewan Ulama PAS Pahang

“ARC”UNIT MOTOR BERKUASA TINGGI NEGERI PAHANG BAKAL DITUBUHKAN

tantawi-201Beberapa individu ahli dan pemuda PAS telah dikenal pasti memiliki motor berkuasa tinggi di negeri Pahang . Insyaallah Unit Motor Berkuasa Tinggi akan dilancarkan beberapa bulan lagi dan ianya berdaftar dibawah Alternatif Racing Club ( ARC ) sebagai sebuah badan induk yang diasaskan di bawah Lajnah Kebudayaan , Kesenian dan Sukan Dewan Pemuda PAS Pusat .

Kini kita sedang mengesan dan mencari anggota Unit untuk dilancarkan selewat – lewat pada bulan Mac 09′ kelak . Kita juga menjemput sesiapa dikalangan ahli dan pemuda PAS yang berminat dan memiliki motor berkuasa tinggi agar dapat mendaftarkan diri kepada pengerusi penaja Unit Motor Berkuasa Tinggi Negeri Pahang Saudara Lailan di talian : 019 986 0171.

img_1598Unit Motor Berkuasa Tinggi ( MBT ) negeri Pahang insyaallah akan mengadakan bengkel sehari bersama jawatankuasa penajanya untuk membincangkan majlis pelancaran dan jadual aktiviti sepanjang tahun selepas ianya dilancarkan kelak .

sumber:Blog Ustaz Nasharudin Tantawi

Pembinaan Peribadi Pemimpin Dan Ahli Di Era Kemenangan

hadi54aSewaktu menang pemimpin dan pengikut adalah merupakan orang yang bertanggung jawab untuk mempertahankan kemenangan. Telahan lagi yang bernama pemimpin menjawat jawatan Menteri besar, exco, wakil rakyat. Kemenangan ini adalah kemenangan bersama dan wajib seluruh anggota mempertahankan kemenangan dan mengekalkan kemenangan untuk kita melaksanakan tanggungjawab kepada agama Allah SWT dalam kemampuan dan batasan yang ada. Program tarbiah tidak tamat apabila kita sudah mencapai kemenangan, kerana ujian sewaktu menang lebih hebat daripada waktu tidak menang. Antara perkara yang perlu kita sama-sama lakukan dan titik beratkan dalam pembinaan peribadi pemimpin dan ahli ialah,

A. Muraqabah dengan Allah SWT

Semua di kalangan anggota parti mesti melakukan muraqabah dengan Allah, melalui amalan-amalan sunat, beruzlah (mengambil sedikit masa untuk tumpuan ibadah) dari kesibukan dunia untuk mendapat ketenangan dan memohon supaya Allah memberi kekuatan dalam menjalankan amanah. Inilah senjata yang paling utuh perlu diterap dalam jiwa para ahli terutama di kalangan pimpinan. Teruskan membaca

Isu Pahang: Berita Tergempar !! Ahli Parlimen Rompin Mengamuk Di Masjid Felda Keratong 4 !!

KERATONG: [4.00 pm] Satu berita gempar telah terjadi selepas solat Jumaat sebentar tadi. Ia berkaitan dengan “amukan” Ahli Parlimen Rompin Jamaluddin Jarjis terhadap Imam Solat Jumaat di Masjid Felda Keratong 4 dekat sini. Kejadian dipercayai berpunca daripada “sakit hati” JJ terhadap Iman Solat Jumaat terbabit yang membuat khutbah perihal soal “Keadilan Dalam Islam”. Iman yang mengendalikan khutbah tersebut ialah Ustaz Suhaimi Saad (foto) , yang juga merupakan Timbalan Yang Di Pertua Dewan Pemuda PAS Pahang. Menurut Ustaz Suhaimi, ketika membaca khutbah beliau menyentuh tentang keadilan yang dituntut dalam Islam secara menyeluruh. “Ini termasuklah hal-hal yang berkaitan dengan akta zalim (ISA) yang dilihat tidak adil dalam Islam” katanya.
Menurutnya selepas selesai mengimami solat, beliau telah didatangi oleh Ahli Parlimen Rompin itu dalam keadaan yang penuh dengan emosi dan muka yang bengis. “Saya tidak menyedari bahawa Ahli Parlimen Rompin itu turut menjadi jemaah solat Jumaat yang saya imamkan” katanya. Ahli Parlimen Rompin itu telah mengherdik Ustaz Suhaimi yang membaca khutbah berbaur politik katanya. Namun beliau menjawab “Khutbah yang saya baca itu adalah secara umum berkaitan Islam dan tidak bertujuan politik”. Namun JJ nampak marah dan tidak berpuas hati dengan berkata “Andainya khutbah seperti itu dibaca, saya pun boleh membawa khutbah”. Lalu Ustaz Suhaimi menyahut “Jika Dato’ fikir, boleh membaca khutbah apa salahnya. Elok Dato’ baca khutbah minggu depan” . Kenyataan Ustaz Suhaimi itu amat menyiksakan jiwa Ahli Parlimen Rompin berkenaan. Di mana akhirnya beliau mencabar supaya Ustaz Suhaimi keluar masjid.
Mungkin cabar itu dibuat bagi “membelasah” Ustaz Suhaimi. Kerana kami difahamkan terdapat ramai puak-puak UMNO karat dan kroni Jamaluddin Jarjis sedang menunggu diluar. (Foto: Lihat gambaran JJ menjadi Imam Solat Jumaat) Melihat keadaan itu, beberapa orang jemaah dan sahabat beliau menasihat agar tidak keluar masjid bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku. Maka akhirnya Ustaz Suhaimi menjawap pelawaan JJ itu dengan berkata “Elok kita berbicara dalam masjid Dato’.. kerana ini rumah Allah dan lebih afdal dari diluar”. Ketika itu JJ dan kuncu-kuncunya telah menunggu dengan “geram” dan “penuh emosi” diluar. Mungkin bagi mereka, sekejap lagi Ustaz Suhaimi iaitu Imam yang membaca khutbah dan menjadi Imam solat Jumaat di Keratong 4 itu akan dibelasah cukup-cukup agaknya. Namun dek kerana beliau tidak keluar, akhirnya kumpulan Ahli Parlimen terbabit beredar dari masjid dengan perasaan yang amat kecewa. Mujurlah kejadian itu tidak berakhir dengan insiden yang lebih buruk lagi. Jika tidak sudah pasti satu peristiwa gempar akan berlaku di Masjid Keratong 4 siang tadi.
Peristiwa yang berlaku ini jelas sekali mencerminkan betapa buruknya keperibadian Ahli Parlimen Rompin itu. Maka sahlah keputusan Pak Lah untuk tidak melantik beliau kekal dalam kabinet barunya adalah tepat sekali. JJ sebelum ini pernah dikaitkan dengan beberapa insiden yang amat memalukan termasuk kes “Raba Punggung” di sebuah hotel di Kuala Lumpur dan sebelum ini namanya juga dikaitkan dengan kes “Norrita Samsuddin” hingga menyebabkan pihak berkuasa terpaksa menutup siasatan kes tersebut dengan keputusan “tiada pembunuh sebenar”. Bahkan lebih aneh lagi pihak polis menyatakan bahawa ” terdapat dua lembaga yang tidak dikenalpasti telah membunuh pragawati itu”. Hingga sekarang ianya masih menjadi misteri. Apapun, ramai yang mengaitkan nama JJ dalam kes tersebut, samalah dengan TPM Najib yang dikaitkan dengan kes Altantunya selama ini. Sikap panas baran yang ditunjukkan oleh beliau itu, jelas sekali tidak menghormati kesucian “rumah Allah”. Beliau tergamak menyerang Imam yang mengimami solat Jumaat dimana beliau sendiri menjadi makmumnya ketika itu. Apakah manusia seperti ini boleh dilantik dan dikekalkan sebagai pemimpin umat Islam. Maka diharap dengan peristiwa ini, ia dapat memberi kesedaran kepada rakyat di Rompin agar menolak beliau dalam pilihanraya umum akan datang.

Pemuda dan Unit Amal membuat persediaan menghadapi banjir.

us-nazriRompin- Dewan Pemuda Pas(DPP) Rompin menerusi Jabatan Amalnya sedang sibuk membuat segala persiapan yang perlu bagi menghadapi musim banjir yang bakal berlaku.Dijangkakan banjir kali ini lebih besar berbanding tahun-tahun sudah.DPP menerusi Ketuanya Ustaz Nazri Hj Ahmad menjelaskan bahawa Pas menerusi Unit Amal akan menyalurkan apa jua bentuk bantuan yang ada dan termampu kepada penduduk di Kawasan Rompin yang kesusahan akibat banjir.“Sama ada untuk pemindahan,bantuan makanan atau membersihkan kediaman selepas krisis semuanya termasuk dalam rancangan bantuan yang akan diberikan.”

Menurutnya lagi bantuan kemanusiaan dan barangan yang bakal diberikan nanti bukanlah untuk bersaing dengan mana-mana agensi kerajaan tetapi hanya sebagai pelengkap kepada pakej bantuan (jika ada)yang bakal diselaraskan oleh pihak bertanggungjawab.
Bercakap selepas mesyuarat bulanan DPP di sini beliau menjelaskan Unit Amal sedang sedaya upaya mengumpul seberapa banyak sumbangan orang ramai yang ingin berkongsi kesusahan mangsa banjir.

Saudara Rosdi Mat Yatim selaku penyelaras Amal Kawasan Rompin turut merayu sumbangan orang ramai dalam apa jua bentuk bagi memudahkan pemberian bantuan kepada mangsa banjir itu nanti.Segala bantuan dan sumbangan bolehlah disampaikan kepadanya dengan menelefon beliau di 0193461697 atau melalui akaun Dewan Pemuda Pas Rompin Acc. no 06064010011664 Bank Islam. Menurutnya lagi mereka akan cuba juga mendapatkan bot dan enjin sangkut bagi memudahkan penghantaran bantuan dan petugas. Memandangkan daerah Rompin yang sangat luas ini menurutnya Unit Amal akan membahagikan petugasnya mengikut keperluan disesuatu kawasan.

Seminggu sebelum itu Pas Kawasan Rompin juga memutuskan dalam mesyuarat exco mereka untuk memberikan apa jua bantuan setakat yang termampu kepada mangsa banjir.Menurut Yang DiPertua Pas Kawasan, Ustaz Shukri Hj Ahmad,”orang ramai tidak perlu segan-silu untuk meminta pertolongan mahupun bantuan daripada Pas Kawasan dalam menghadapi musibah itu nanti.Pas berkomitmen tinggi dalam membantu segala macam permasalahan rakyat di Kawasan Rompin ini tanpa mengira ideologi politik”…“Masalah rakyat juga masalah kami dan kami akan cuba sedaya upaya membantu dan berkongsi kesusahan yang dilalui mereka” ujarnya dengan penuh bersemangat.

oleh:jinbukitridan

Kedai Kopi Berpotensi Menjadi Medium Dakwah

img_0382Kedai Kopi atau nama timangannya Warung Rakyat memang tidak ubah seperti Dewan Rakyat sidangnya .

Malah Dewan Rakyat kadang kala dilihat saling tidak tumpah seperti Warung Rakyat . Kebingitannya menggamat suasana dengan perbahasan tanpa kawal.
Pelbagai topik dibincang dan aneka variasi para panelnya pula bermacam intonasi suara mereka , melengkapkan kemeriahan suasana kedai kopi .
Hanya berbekalkan segelas kopi Radix , ada yang mampu bertahan 3 jam di kedai kopi untuk ber”bahas” tanpa henti bersama team mereka . Sesekali mereka mampu mencuri perhatian pengunjung yang lain sekalipun meja sidang mereka agak jauh dari yang lain .
Sidang tanpa minit ini sememangnya meriah saban hari tanpa rehat dan cuti . Ia dikunjungi oleh pengunjung regular dan sesekali kelihatan kelibat orang baru yang hadhir untuk mengambil bahagian dalam apa jua perbahasan yang tentu sahaja berlainan topik dari hari ke sehari .
Dari hal anak sekolah melanggar disiplin hinggalah cerita menteri rakus menyeleweng , dari hal kerja urus sawah ladang hinggalah cerita kerajaan mentadbir negara , dari hal kampung diancam Mat Pit hinggalah cerita negara dilanda korupsi . Begitulah luasnya tanpa sempadan perbahasan di kedai kopi yang tentunya pula tiada panel order dari tuan empunya kedai kopi.
Kedai kopi bagai pusat percambahan minda yang hidup dan praktikal . Jelas kebanyakkan pengunjung kedai kopi sukar meninggalkan tabiat ber”sidang” saban hari di kedai kopi bukanlah kerana kopinya sangat , tetapi kerana ingin mendapatkan maklumat baru dan ingin mengetahui isu – isu “panas” malah turut ingin membahaskannya sendiri .
Merka kelihatan seperti golongan yang peka dan pro aktif . Mereka tidak meninggalkan isu berlarutan tanpa mereka mengambil bahagian untuk membahaskannya sekalipun melanggar giliran berbahas .
Saya rasa , atas sebab inilah ada pandangan yang mewajibkan sesiapa yang nak jadi wakil rakyat atau calun ingin memenangi pilihanraya agar mengunjungi kedai kopi malah kalau boleh ia mesti membelanja semua pengunjung yang juga menjadi pengundi di kawasan mereka .
Calun yang segan turun ke kedai kopi dilihat sebagai calun yang tidak mesra rakyat , kedekut , sombong dan 1001 label negatif disabitkan kepadanya .
Saya mungkin tidak bersetuju dengan pandangan tersebut , namun realitinya menunjukkan sebahagian dari pandangan itu memiliki kebenarannya bahkan tidak boleh disangkal . Demikian penangan kedai kopi .
Akhirnya saya bersetuju jua bahawa calun dan bakal calun pilihanraya malah Yang Berhormat yang sudah memenangi kerusi DUN atau Parlimen turun mengunjungi kedai kopi . Tetapi bukan hanya terhenti setakat ingin mengambil perhatian pengundi atau mahu dilihat mesra rakyat . Teruskan membaca

Usrah, Madrasah Tarbiyyah yang paling bertenaga

blog2sumber:blog ustaz mokhtar senik
Selepas konvensyen Tarbiyyah Pas Negeri Pahang yang diadakan di Temin Jerantut baru-baru ini, berbagai-bagai pandangan telah diberikan oleh blogers-blogers dan ustaz-ustaz. Tidak kurang juga ahli-ahli biasa. Dua kertaskerja telah dibentangkan, masing-masing oleh Ustaz Nasaruddin Mat Isa dan Tuan Guru Presiden.
Kedua-dua kertaskerja tersebut memberikan penumpuan khusus kepada “Tarbiyyah”. Umum dalam Pas bermula daripada peringkat pimpinan hinggalah keperingkat bawahan mengakui tarbiyyah dalam Pas tidak serancak dahulu (kecuali ahli yang muncul selepas 90an). Kemanisan Tarbiyyah zaman awal 80an hingga kehujung 80an dirasakan sudah sangat pudar. Ungkapan Usrah, Tamrin, Mukhayyam tarbawi, ijtima dan Qiamullail jamaei sudah jarang kedengaran. Mungkin kerana sebahagian besar pimpinan kita sibuk setelah Pas berjaya menguasai Negeri (Pas menguasai kelantan pada tahun 1990), atau kerana kita sudah terpengaruh dengan pendekatan baru yang dilihat lebih raleven dengan gerbang politik dunia baru yang dimasuki Pas. Sehingga program usrah,tamrin, mukhayyam dan Qimullail jamaei dilihat semacam membawa Pas ke zaman silam yang menyebabkan Pas tidak seiring lagi dengan parti-parti Politik lain yang ada. Teruskan membaca