Kedai Kopi Berpotensi Menjadi Medium Dakwah

img_0382Kedai Kopi atau nama timangannya Warung Rakyat memang tidak ubah seperti Dewan Rakyat sidangnya .

Malah Dewan Rakyat kadang kala dilihat saling tidak tumpah seperti Warung Rakyat . Kebingitannya menggamat suasana dengan perbahasan tanpa kawal.
Pelbagai topik dibincang dan aneka variasi para panelnya pula bermacam intonasi suara mereka , melengkapkan kemeriahan suasana kedai kopi .
Hanya berbekalkan segelas kopi Radix , ada yang mampu bertahan 3 jam di kedai kopi untuk ber”bahas” tanpa henti bersama team mereka . Sesekali mereka mampu mencuri perhatian pengunjung yang lain sekalipun meja sidang mereka agak jauh dari yang lain .
Sidang tanpa minit ini sememangnya meriah saban hari tanpa rehat dan cuti . Ia dikunjungi oleh pengunjung regular dan sesekali kelihatan kelibat orang baru yang hadhir untuk mengambil bahagian dalam apa jua perbahasan yang tentu sahaja berlainan topik dari hari ke sehari .
Dari hal anak sekolah melanggar disiplin hinggalah cerita menteri rakus menyeleweng , dari hal kerja urus sawah ladang hinggalah cerita kerajaan mentadbir negara , dari hal kampung diancam Mat Pit hinggalah cerita negara dilanda korupsi . Begitulah luasnya tanpa sempadan perbahasan di kedai kopi yang tentunya pula tiada panel order dari tuan empunya kedai kopi.
Kedai kopi bagai pusat percambahan minda yang hidup dan praktikal . Jelas kebanyakkan pengunjung kedai kopi sukar meninggalkan tabiat ber”sidang” saban hari di kedai kopi bukanlah kerana kopinya sangat , tetapi kerana ingin mendapatkan maklumat baru dan ingin mengetahui isu – isu “panas” malah turut ingin membahaskannya sendiri .
Merka kelihatan seperti golongan yang peka dan pro aktif . Mereka tidak meninggalkan isu berlarutan tanpa mereka mengambil bahagian untuk membahaskannya sekalipun melanggar giliran berbahas .
Saya rasa , atas sebab inilah ada pandangan yang mewajibkan sesiapa yang nak jadi wakil rakyat atau calun ingin memenangi pilihanraya agar mengunjungi kedai kopi malah kalau boleh ia mesti membelanja semua pengunjung yang juga menjadi pengundi di kawasan mereka .
Calun yang segan turun ke kedai kopi dilihat sebagai calun yang tidak mesra rakyat , kedekut , sombong dan 1001 label negatif disabitkan kepadanya .
Saya mungkin tidak bersetuju dengan pandangan tersebut , namun realitinya menunjukkan sebahagian dari pandangan itu memiliki kebenarannya bahkan tidak boleh disangkal . Demikian penangan kedai kopi .
Akhirnya saya bersetuju jua bahawa calun dan bakal calun pilihanraya malah Yang Berhormat yang sudah memenangi kerusi DUN atau Parlimen turun mengunjungi kedai kopi . Tetapi bukan hanya terhenti setakat ingin mengambil perhatian pengundi atau mahu dilihat mesra rakyat . Teruskan membaca