Kedai Kopi Berpotensi Menjadi Medium Dakwah

img_0382Kedai Kopi atau nama timangannya Warung Rakyat memang tidak ubah seperti Dewan Rakyat sidangnya .

Malah Dewan Rakyat kadang kala dilihat saling tidak tumpah seperti Warung Rakyat . Kebingitannya menggamat suasana dengan perbahasan tanpa kawal.
Pelbagai topik dibincang dan aneka variasi para panelnya pula bermacam intonasi suara mereka , melengkapkan kemeriahan suasana kedai kopi .
Hanya berbekalkan segelas kopi Radix , ada yang mampu bertahan 3 jam di kedai kopi untuk ber”bahas” tanpa henti bersama team mereka . Sesekali mereka mampu mencuri perhatian pengunjung yang lain sekalipun meja sidang mereka agak jauh dari yang lain .
Sidang tanpa minit ini sememangnya meriah saban hari tanpa rehat dan cuti . Ia dikunjungi oleh pengunjung regular dan sesekali kelihatan kelibat orang baru yang hadhir untuk mengambil bahagian dalam apa jua perbahasan yang tentu sahaja berlainan topik dari hari ke sehari .
Dari hal anak sekolah melanggar disiplin hinggalah cerita menteri rakus menyeleweng , dari hal kerja urus sawah ladang hinggalah cerita kerajaan mentadbir negara , dari hal kampung diancam Mat Pit hinggalah cerita negara dilanda korupsi . Begitulah luasnya tanpa sempadan perbahasan di kedai kopi yang tentunya pula tiada panel order dari tuan empunya kedai kopi.
Kedai kopi bagai pusat percambahan minda yang hidup dan praktikal . Jelas kebanyakkan pengunjung kedai kopi sukar meninggalkan tabiat ber”sidang” saban hari di kedai kopi bukanlah kerana kopinya sangat , tetapi kerana ingin mendapatkan maklumat baru dan ingin mengetahui isu – isu “panas” malah turut ingin membahaskannya sendiri .
Merka kelihatan seperti golongan yang peka dan pro aktif . Mereka tidak meninggalkan isu berlarutan tanpa mereka mengambil bahagian untuk membahaskannya sekalipun melanggar giliran berbahas .
Saya rasa , atas sebab inilah ada pandangan yang mewajibkan sesiapa yang nak jadi wakil rakyat atau calun ingin memenangi pilihanraya agar mengunjungi kedai kopi malah kalau boleh ia mesti membelanja semua pengunjung yang juga menjadi pengundi di kawasan mereka .
Calun yang segan turun ke kedai kopi dilihat sebagai calun yang tidak mesra rakyat , kedekut , sombong dan 1001 label negatif disabitkan kepadanya .
Saya mungkin tidak bersetuju dengan pandangan tersebut , namun realitinya menunjukkan sebahagian dari pandangan itu memiliki kebenarannya bahkan tidak boleh disangkal . Demikian penangan kedai kopi .
Akhirnya saya bersetuju jua bahawa calun dan bakal calun pilihanraya malah Yang Berhormat yang sudah memenangi kerusi DUN atau Parlimen turun mengunjungi kedai kopi . Tetapi bukan hanya terhenti setakat ingin mengambil perhatian pengundi atau mahu dilihat mesra rakyat .
Dakwah di Kedai Kopi

Tetapi untuk menyertai medan “percambahan minda” dan meninjau maklumat serta isu terkini yang hangat dipasaran agar kita “pejuang , daei , pimpinan , bakal calun , calun atau Ybdapat memandunya ke arah pembentukan fikrah Islami yang benar dan tulen .

Terkadang perbahasan mereka diakhiri dengan kesimpulan yang salah dan maklumat mereka juga mungkin tidak tepat dan perbahasan mereka juga sesekali dilihat keterlaluan . Penuh dengan pra sangka , fitnah dan kabur dari situasi yang sebenar .
Maka kita selayaknya membetulkan keadaan dengan memandu suasana dan menguasai keadaan . Mungkin kita boleh masuk bersama team yang dirancang untuk menembusi benteng perbahasan jika sukar untuk menguasainya secara solo ( individu ) .
Tapi kena ingat , kita mesti senantiasa up date maklumat kerana pengunjung kedai kopi sebahagian besarnya dianggap lebih advance dalam mendapat dan mengolah isu malah mendahului Dewan Rakyat dan keputusan kabinet .
Tidak mustahil , wakil rakyat pun up date maklumat mereka sebelum bahas di Dewan Rakyat atau negeri dari maklumat yang diperolehi di kedai kopi . Bezanya kedai kopi tidak legal dalam menerima maklumat dan membuat keputusan . Cuma adakalanya maklumat kedai kopi lebih tepat dan benar berbanding maklumat yang dibawah masuk ke Dewan Rakyat atau negeri , dan sememangnya ramai menyedari bahawa maklumat itu telah ditapis .
Meeting di Kedai Kopi

Zaman moden ni , menjadi perkara biasa kita melihat orang meeting di kedai kopi . Kalau dulu perbahasan dan perbincang secara tidak langsung , tetapi kini ada pengunjung kedai kopi bawa lap top dan file dan pelbagai dokumen . Kelihatan tertib dan terancang perbahasan atau perbincangan mereka .
Kini mereka bukan sahaja up date maklumat tetapi juga cara dan gaya mereka berbincang dan berbahas . Segalanya kelihatan lebih rasmi dan terancang . Malah kedai kopi pun sekarang sudah di “update”kan . Kini sudah banyak kedai kopi melengkapkan ruang legar mereka dengan kemudahan akses internet tanpa wayar .
Terdapat juga kedai kopi yang menyediakan blok khusus berhawa dingin untuk keselesaan para pembahas yang mungkin akan kepanasan ekoran panasnya isu yang dibahas .
Tidak ketinggalan , harga kopinya pun di”update”kan .
Up Date pendekatan Dakwah

Cuma saya lihat , apa yang sukar untuk di “update”kan ialah pendekatan dakwah kita agar kita selamanya mampu memandu percambahan minda dan menguasai keputusan sebelum ia disimpul menjadi fikrah umum pengunjung kedai kopi .
Saya tertarik sesetengah kedai kopi , dari inisiatif pemiliknya ( barangkali setelah menanti sekian lama , tidak juga muncul pendakwah yang mampu menguasai pengunjung kedai kopinya , ) mereka menayangkan kuliah – kuliah agama yang menarik atau movie yang berunsurkan islam pada skrin besar yang disediakan tanpa charge tambahan , tidak sebagaimana kebanyakkan kedai kopi yang hanya tahu menayangkan gusti , gusti , gusti dan bola .
Cula rambang yang dibuat , ternyata pengunjung kedai kopi dalam tempoh sehari ( biarpun kecil kedainya ) lebih ramai dari pengunjung masjid dan surau pada hari yang sama . Mungkin juga boleh mengatasi kehadhiran jamaah solat jumaat malah keuntungan kedai kopi tersebut turut mengatasi kutipan derma hari jumaat di masjid qariah .
Apakah untuk up date dakwah , maka selepas ini masjid dan surau juga kena buka kedai kopinya sendiri ?

Pak Imam ! Radix secawan !
%d bloggers like this: