Salam Aidiladha Dari DPPRompin

d000005056

Khutbah Eidil Adha 1429H

اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 2 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا . الحَمْدُ للهِ الَّذِي جَعَلَ يَوْمَ عِيْدِ الأضْحَى أَسْعَدَ الأياَّمِ لنَاَ . وَنَحْمَدُهُ عَلَى مَا أَوْلانَا وَنَشْكُرُهُ عَلَى نِعَمِهِ الَّتِى بِهَا وَالانَا. وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ .

أَمَّا بَعْدُ…… فَيَا إِخْوَانِيْ ! اتَّقُوْا اللهَ وَأُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ المُتَّقُوْنَ

فرمان الله تعالى دالم أية 89 – 83 سورة الشعراء :
رَبِّ هَبْ لِي حُكْمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ وَاجْعَلْ لِي لِسَانَ صِدْقٍ فِي الآخِرِينَ وَاجْعَلْنِي مِنْ وَرَثَةِ جَنَّةِ النَّعِيمِ وَاغْفِرْ ِلأَبِي إِنَّهُ كَانَ مِنَ الضَّالِّينَ وَلاَ تُخْزِنِي يَوْمَ يُبْعَثُونَ يَوْمَ لاَ يَنْفَعُ مَالٌ وَلاَ بَنُونَ إِلاَّ مَنْ أَتَى اللهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ

Maksudnya : “Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu pengetahuan ugama, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh; “Dan jadikanlah bagiku sebutan yang baik (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian; “Dan jadikanlah daku dari orang-orang yang mewarisi Syurga Jannatun-Naiim; “Dan ampunkanlah bagi bapaku, kerana sesungguhnya dia adalah dari orang-orang yang sesat; “Dan janganlah engkau hinakan daku pada hari makhluk-makhluk dibangkitkan hidup semula – “Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun, “Kecuali orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (dari syirik dan munafik);

Muslimin/mat yang dirahmati Allah S.W.T,

Selamat menyambut hari raya Eidil Adha diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat. Semoga anugerah hari raya yang amat bermakna ini dapat kita penuhi dengan amal ibadat dalam mendekatkan diri kita kepada Allah dan syurgaNya disamping dalam masa yang sama menjauhkan daripada maksiat yang boleh menghampirkan kita kepada jurang neraka. Nikmat hari raya ini mestilah digunakan semaksima mungkin dalam mengembalikan semula kemuliaan dan kejayaan umat Islam bermula daripada pembinaan rumahtangga, didikan terhadap ahli keluarga seterusnya pengurusan masyarakat dan negara berdasarkan system Islam yang jelas membawa kebahagiaan dan keselamatan hidup di dunia dan akhirat. Teruskan membaca