Salam Aidiladha Dari DPPRompin

d000005056

Khutbah Eidil Adha 1429H

اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 2 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا . الحَمْدُ للهِ الَّذِي جَعَلَ يَوْمَ عِيْدِ الأضْحَى أَسْعَدَ الأياَّمِ لنَاَ . وَنَحْمَدُهُ عَلَى مَا أَوْلانَا وَنَشْكُرُهُ عَلَى نِعَمِهِ الَّتِى بِهَا وَالانَا. وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ .

أَمَّا بَعْدُ…… فَيَا إِخْوَانِيْ ! اتَّقُوْا اللهَ وَأُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ المُتَّقُوْنَ

فرمان الله تعالى دالم أية 89 – 83 سورة الشعراء :
رَبِّ هَبْ لِي حُكْمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ وَاجْعَلْ لِي لِسَانَ صِدْقٍ فِي الآخِرِينَ وَاجْعَلْنِي مِنْ وَرَثَةِ جَنَّةِ النَّعِيمِ وَاغْفِرْ ِلأَبِي إِنَّهُ كَانَ مِنَ الضَّالِّينَ وَلاَ تُخْزِنِي يَوْمَ يُبْعَثُونَ يَوْمَ لاَ يَنْفَعُ مَالٌ وَلاَ بَنُونَ إِلاَّ مَنْ أَتَى اللهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ

Maksudnya : “Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu pengetahuan ugama, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh; “Dan jadikanlah bagiku sebutan yang baik (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian; “Dan jadikanlah daku dari orang-orang yang mewarisi Syurga Jannatun-Naiim; “Dan ampunkanlah bagi bapaku, kerana sesungguhnya dia adalah dari orang-orang yang sesat; “Dan janganlah engkau hinakan daku pada hari makhluk-makhluk dibangkitkan hidup semula – “Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun, “Kecuali orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (dari syirik dan munafik);

Muslimin/mat yang dirahmati Allah S.W.T,

Selamat menyambut hari raya Eidil Adha diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat. Semoga anugerah hari raya yang amat bermakna ini dapat kita penuhi dengan amal ibadat dalam mendekatkan diri kita kepada Allah dan syurgaNya disamping dalam masa yang sama menjauhkan daripada maksiat yang boleh menghampirkan kita kepada jurang neraka. Nikmat hari raya ini mestilah digunakan semaksima mungkin dalam mengembalikan semula kemuliaan dan kejayaan umat Islam bermula daripada pembinaan rumahtangga, didikan terhadap ahli keluarga seterusnya pengurusan masyarakat dan negara berdasarkan system Islam yang jelas membawa kebahagiaan dan keselamatan hidup di dunia dan akhirat.

Melalui kisah perjuangan dan pengorbanan nabi Ibrahim sekeluarga yang sentiasa kita sebut setiap kali tibanya bulan Zulhijjah mengingatkan kepada kita betapa pentingnya pendidikan dan tarbiah berasaskan agama dalam sesebuah keluarga bagi melahirkan suami yang bertanggungjawab, isteri yang taat dan anak-anak yang berakhlak mulia.

Kegagalan dalam melahirkan keluarga sakinah menyebabkan berlakunya perceraian yang biasanya anak-anaklah menjadi mangsa. Begitu juga kepentingan system pendidikan yang betul-betul bersepadu antara dunia dan akhirat sehingga lahirnya golongan ulama’ yang mampu mengurus urusan agama dan dunia dengan baik dan golongan pakar yang faham serta amal tuntutan agama dalam kehidupan.

Sayyidina Umar al-Khattab pernah berwasiat : Aku sangat kecewa dan benci kepada orang yg pintar tetapi tidak bertaqwa. Kerana tanpa taqwa maka kepintaran akan membawa banyak kerosakan kepada umat. Aku juga sangat kecewa kepada orang taqwa tetapi dungu kerana itu dirinya baik tetapi tidak tahu melaksanakan urusan umat secara teratur dan sempurna.

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

Firman Allah dalam ayat 103-107 surah as-Sooffat :

فَلَمَّا أَسْلَمَا وَتَلَّهُ لِلْجَبِينِ وَنَادَيْنَاهُ أَنْ يَا إِبْرَاهِيمُ قَدْ صَدَّقْتَ الرُّؤْيَا إِنَّا كَذَلِكَ نَجْزِي الْمُحْسِنِينَ إِنَّ هَذَا لَهُوَ الْبَلاَءُ الْمُبِينُ وَفَدَيْنَاهُ بِذِبْحٍ عَظِيمٍ

Maksudnya : Setelah keduanya berserah bulat-bulat ( menjunjung perintah Allah) dan nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya atas tompok tanah ( untuk disembelih) serta Kami menyerunya :”Wahai nabi Ibrahim! Sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itu”. Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata. Dan Kami tebuskan anak itu dengan sembelihan yang besar.

Ketika mengingati ujian besar nabi Ibrahim dan anaknya nabi Ismail ketika mahu melaksanakan arahan Allah termasuklah gangguan syaitan ketika mahu menyembelih anak kesayangannya itu maka dapatlah kita faham bahawa dalam mengharungi kehidupan dunia ini terpaksa menghadapi pelbagai cabaran, halangan, ujian, rintangan, gangguan di dalam menguji keimanan kita kepada Allah. Orang mukmin akan diuji dengan lima perkara iaitu

[1] saudara seagama yang sentiasa dengki terhadapnya,
[2] orang munafiq yang sentiasa membencinya,
[3] orang kafir yang sentiasa memeranginya,
[4] syaitan yang sentiasa berusaha menyesatkannya dan
[5] bisikan hawa nafsu yang sentiasa menggoncang keimanannya.

Musuh Islam tidak pernah memadamkan permusuhannya terhadap Islam dan umatnya samada melalui serangan fizikal atau pun penjajahan pemikiran. Seorang tokoh ulama terkenal, Dr Abdullah Nasih Ulwan dalam sebuah bukunya menegaskan bahawa musuh-musuh Islam berusaha gigih bagi memastikan 4 perkara yang berada pada tangan umat Islam mesti dihancurkan iaitu

[1] Al-Quran yang telah beberapa kali cuba diselewengkan tetapi ia terus dijaga oleh Allah,

[2] Universiti al-Azhar Mesir di mana musuh Islam cuba menghancurkannya atau meminda sukatan dam system pengajiannya agar selari dengan kehendak mereka,

[3] Keistimewaan hari Jumaat yang cuba dipadamkan dengan menyibukkan umat Islam dengan tugas harian sehingga ramai yang meninggalkan solat Jumaat sedangkan penganut Kristian dengan tenang memenuhi gereja pada hari Ahad dan

[4] Masjidil Haram, Mekah di mana telah beberapa cadangan terutama dari Parlimen Britain dan Israel agar Ka’abah dihancurkan atau dibom bagi menghalang umat Islam daripada terus berkunjung terutama pada musim haji yang dibimbangi dapat menyatukan hati umat Islam seluruh dunia. Sekiranya keempat-empat perkara berjaya dihapuskan maka musuh Islam terus dapat menjajah umat Islam dengan mudah tanpa penentangan.

Muslimin/mat yang diberkati Allah S.W.T,

Allah telah menganugerahkan kepada umat Islam 3 keistimewaan dan kekuatan yang menjadi punca utama dalam mencapai kemenangan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat sekiranya kita berjaya menggunakannya sebaik mungkin. Keistimewaan itu ialah

[1] kekuatan aqidah yang perlu dipertahan dan dikembangkan. Betapa malangnya bila adanya umat Islam yang tidak menghargai nikmat yang paling berharga ini sehingga ada yang murtad.

[2] kekuatan sumber tenaga manusia dengan jumlah yang ramai yang perlu kepada usaha bersungguh dalam menggunakannya tetapi betapa malangnya umat Islam berpecah atas dasar bangsa dan negara sebagaimana yang dirancangkan oleh musuh Islam dan

[3] kekuatan dengan anugerah bumi yang subur dengan tanaman dan hasil bumi seperti minyak, gas, besi dan sebagainya yang perlu kepada usaha yang bersungguh dalam mengambil manfaat sebanyak mungkin daripadanya. Betapa malangnya akibat kekurangan pakar dan penyelewengan terhadap hasil ini menyebabkan ia tidak mampu digunakan sebaik mungkin dalam membantu umat Islam seluruh dunia.

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

Firman Allah dalam ayat 109 surah al-Baqarah:

وَدَّ كَثِيرٌ مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ لَوْ يَرُدُّونَكُمْ مِنْ بَعْدِ إِيمَانِكُمْ كُفَّارًا حَسَدًا مِنْ عِنْدِ أَنْفُسِهِمْ مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمُ الْحَقُّ ۖ فَاعْفُوا وَاصْفَحُوا حَتَّىٰ يَأْتِيَ اللَّهُ بِأَمْرِهِ ۗ إِنَّ اللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Maksudnya : Ramai di antara Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) suka sekiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman, kerana dengki yang timbul dari diri mereka sendiri, sesudah nyata kepada mereka kebenaran (Nabi Muhammad s.a.w). Oleh itu, maafkanlah dan biarkanlah oleh kamu, sehingga Allah datangkan perintahNya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu

Kini kedengaran suara sumbang dalam negara kita terutama daripada NGO bukan Islam yang lantang mencampuri urusan umat Islam seperti masalah fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dalam masalah pengharaman Pengkid iaitu perempuan yang menyerupai gaya hidup lelaki dan terbaru senaman Yoga yang didapati mengandungi unsur-unsur keagamaan, mentera dan pemujaan.

Kita bimbang sekiranya kelantangan orang bukan Islam dalam menentang fatwa akibat meniru perbuatan pemimpin Islam sendiri yang banyak menyanggah fatwa yang dikeluarkan sebelum ini. Kita menyokong penuh dan mematuhi fatwa yang dikeluarkan kerana sudah banyak amalan dan kepercayaan agama lain yang terus diamalkan oleh masyarakat kita seperti bersanding dan merenjis air kepada pengantin baru yang menjadi amalan kepercayaan agama Hindu.

Kita juga jangan asyik bercakap dengan masalah harga minyak dan harga barang sehingga lupa kepada serangan aqidah yang sedang berlaku. Kita begitu bimbang apabila dibentang di Parlimen bahawa jumlah anak luar nikah ialah 250 ribu orang dan ramai di kalangan anak-anak yang tidak berdosa ini termasuk orang Islam dijaga oleh pusat asuhan yang dikendalikan oleh Kristian. Begitu juga wujud penempatan pesakit yang menghidapi penyakit HIV yang ditempatkan di rumah Mubaligh Kristian yand sepastinya boleh menggugat aqidah umat Islam.

Sekarang kita mesti bersatu hati dan gerak kerja dalam menyelamatkan golongan ini dengan cara yang terancang, bersungguh dan istiqamah. Kita pernah ingat ungkapan pendakyah Kristian Raid : Kristian akan cuba memindahkan orang Islam daripada agama nabi Muhammad kepada Kristian.

Sebenarnya Kristian tidaklah suka kepada orang Islam itu sendiri apalagi menganggap orang Islam sebagai saudara Kristian atas nama kemanusiaan. Jika tidak memandang tugas ingin memindahkan orang Islam daripada Islam kepada Kristian maka sudah pasti Kristian tidak akan membantu orang Islam baik dari sudut perubatan mahupun lain-lain bantuan.

Muslimin / muslimat yang diberkati Allah,

Ketika bercakap tentang masalah ekonomi dunia yang merudum namun menurut kenyataan Gabenor Bank Negara Malaysia bagaimana kewangan Islam terus tumbuh maju bukan sahaja di Asia malah seluruh dunia. Begitu juga usaha Singapura mahu menubuhkan kewangan Islam di republik tersebut.

Khurafat yahudi bahawa ekonomi dunia akan menjadi beku dan mundur tanpa riba kini memakan diri sendiri. Kita mampu merubahnya jika kita sayangkan Islam dan cintakan kebahagian akhirat di mana sebagai contohnya apabila tindakan kerajaan Kelantan menyimpan sumber kewangannya dalam perbankan Islam telah menyebabkan lebih banyak bank yang menyediakan system kewangan Islam dibuka di Kelantan dan seluruh negara. Begitu juga pelaksanaan ar-Rahnu atau sistem pajak gadai Islam yang menjamin keadilan yang terus berkembang pesat.

Tindakan pengharaman judi dan pengurangan premis arak daripada 86 buah sebelum 1990 di Bandar Kota Bharu kepada 8 buah sahaja sekarang tidak pernah menjadikan negeri ini muflis malah lebih banyak program kebajikan dapat disediakan kepada rakyat jelata. Islamlah necaya kita selamat sejahtera di dunia sementara dan akhirat yang kekal selamanya

Firman Allah dalam ayat 268 surah al-Baqarah :

الشَّيْطَانُ يَعِدُكُمُ الْفَقْرَ وَيَأْمُرُكُمْ بِالْفَحْشَاءِ ۖ وَاللهُ يَعِدُكُمْ مَغْفِرَةً مِنْهُ وَفَضْلاً ۗ وَاللهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

Maksudnya : Syaitan menakut-nakutkan kamu dengan kemiskinan dan menggalakkan kamu berbuat kejahatan sedangkan Allah menjanjikan untukmu keampunan daripadaNya dan kurniaan. Dan Allah Maha Luas kurniaan lagi Maha Mengetahui

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

خطبة كدوا

اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ , اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ . أَمَّا بَعْدُ…….فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ …. فرمان الله تعالى دالم أية 37سورة الحج :
لَن يَنَالَ اللَّهَ لُحُومُهَا وَلاَ دِمَاؤُهَا وَلَكِن يَنَالُهُ التَّقْوَى مِنكُمْ كَذَلِكَ سَخَّرَهَا لَكُمْ لِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَبَشِّرِ الْمُحْسِنِينَ

Maksudnya : Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keredhaan Allah) tetapi ketaqwaan daripada diri kamulah yang dapat mencapainya. Demikianlah Allah telah menundukkannya untuk kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayahNya kepada kamu. Dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang berbuat baik

Muslimin/mat yang dirahmati Allah,
Kita bakal menyambut ketibaan tahun baru 1430 Hijrah dan 2009 Masihi tidak lama lagi. Kita mendoakan agar kedatangan tahun baru ini dapat mengubah keadaan umat Islam ke arah yang lebih baik. Suasana politik dan ekonomi dunia yang tidak menentu menuntut kepada seluruh umat Islam untuk kembali bersatu atas dasar Islam. Penderitaan umat Islam yang sedang dikepung di Gaza, Palestin disamping menjadi mangsa kepada senjata musuh di Mindanao, Iraq, Afghanistan dan sebagainya menuntut pembelaan sewajarnya daripada kita.

Semangat berkorban yang dihayati melalui kisah nabi Ibrahim sekeluarga sepatutnya disuburkan sehingga umat Islam dapat bangkit daripada terus menjadi mangsa kezaliman dan kekejaman musuh. Kemenangan Obama sebagai Presiden Amerika Syarikat belum tentu menjanjikan harapan yang cerah kepada umat Islam untuk mendapat pembelaan yang sewajarnya kerana setiap pemimpin Amerika mesti menjadi pengampu zionis yahudi serta menjaga kepentingan Israel barulah dapat mencapai kemenangan.

Umat Islam mesti bangkit dengan kekuatan sendiri bukannya mengharap simpati musuh yang saban hari memikirkan untuk menghancurkan kita. Selagi umat Islam tidak menghindari penyakit terlalu cinta kepada dunia dan benci kepada kematian maka selagi itulah kita akan berpecah seterusnya menjadi boneka dan hamba abdi kepada musuh Islam. Hentikanlah keganasan dengan Islam, binalah kekuatan dengan Islam, sekat penindasan dengan Islam, tegakkan keadilan dengan Islam. Nasib umat Islam tidak mampu berubah tanpa usaha dan kesungguhan daripada diri kita sendiri

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

Salam Eidil Adha diucapkan kepada seluruh muslimin dan muslimat. Bagi yang berkemampuan disarankan agar menghidupkan sambutan Eidil Adha ini dengan ibadat korban sebagaimana yang dianjurkan oleh Islam.

قَالَ الرَّسُوْلُ : مَنْ كَانَ لَهُ سَعَةٌ وَلَمْ يُضَحِّ فَلاَ يَقْرَبَنَّ مُصَلاَّناَ – رواية ابن ماجه

Maksudnya : Sesiapa yang mempunyai kemampuan sedangkan dia tidak melakukan ibadat korban maka janganlah dia mendekati tempat solat kami

اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ

اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيْ الحَاجَاتِ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ ,

اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ وَلا يَرْحَمُنَا, اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِيْ سَبِيْلِكَ فِيْ كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ , اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانِنَا المُسْلِمِيْنَ فِى عِرَاق وَفِى فَلَسْطِين وَفِى لبنان وَفِى سوريا وَفِى كَشْمِيْر وَفِى الهِنْد وفى أفغانستانِ وَفِى شِيْشَان وَفِى جَنُوْبِ بِلِيِبين وَفِى إيندونيسيا وفى تايلند وَفِى بَلَدِنَا ماليزيا

اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ,

اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِاليَهُوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالنَّصَارَى وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالهُنَوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالأمِيرِكَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالِبرِيطَان وَمَنْ وَالاهُمْ,

اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُوْرًا اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ ,

اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ . اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَقِيَامَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم.

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

sumber:Blog Dewan Ulama Pas Pahang

%d bloggers like this: