Bersempena dengan Hari Raya Korban

i120800031Bersempena dengan Hari Raya Korban kali ini, Jabatan Amal DPPRompin telah mengadakan program korban bersama Timb Ketua DPPPusat  Ust Nasarudin Tantawi, pada Hari Raya Korban pertama bertempat di Keratong 5. Menurut saudara Rosdi, selaku Ketua Jabatan Amal DPPRompin, lembu korban tersebut adalah sumbangan dari yayasan Amal Malaysia.

Program tersebut telah berjaya  disempurnakan pada pukul 10.30 pagi, pada pagi hari tersebut. Walaupun dalam keadaan hujan renyai-renyai,daging korban yang telah siap dibungkus, diagihkan kepada penerima-penerima disekitar keratong dalam Dun Bukit Ibam.

Menurut saudara Rosdi lagi, program ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha, adalah merupakan program tahunan bagi DPPRompin.Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih keatas setiap yang terlibat dalam menjayakan program korban ini.

Dalam masa yang sama, program korban  turut diadakan di Muadzam Shah yang telah dianjurkan oleh Pas Muadzam shah. Kelihatan suasana ceria dan penuh ukhwah terpancar dikalangan mereka yang terlibat dalam program korban itu.  Untuk mendapatkan cerita lebih lanjut sila lawati blog Pemuda Muadzam Shah.

oleh:DPPRompin

%d bloggers like this: