PARTI PEWARIS

pak-lahWalaupun setiap kali ditipu oleh pemimpin Amno di bahagian Rompin terutamanya apabila menjelang pilihanraya tetapi penipuan itu bukanlah suatu penghalang bagi masyarakat Rompin khususnya untuk terus menyokong Amno walaupun Amno belum pernah bertanding dalam pilihanraya. Mereka berusaha untuk menunjukkan kepada orang ramai, inilah pemimpin mereka kununnya berjuang mebela nasib rakyat.

Pemimpin Amno yang cuba menjadi hero penyelamat, kunun berjuang mempertahankan agama dan kepentingan rakyat tetapi telah tersasar jauh apabila hanya individu tertentu telah menjadi sasaran kutukan dan cacian malahan menjadi tempat mengata bagi melepaskan rasa geram dan marah kepada individu tersebut.Berpuluh janji telah ditabur kepada masyarakat setempat, berpuluh kata diungkap namun janji tinggal janji dan ungkapan hanya menjadi pemanis mulut pemimpin Amno.

Amno masih mengaku memperjuangkan bangsa melayu kerana agenda Amno adalah ketuanan melayu tetapi pada hakikat sebenarnya merekalah yang telah meruntuhkan bangsa melayu tanpa mereka sedari ekoran dasar Amno yang tidak boleh melawan ketua walau dalam perkara benar, jika sekiranya melawan hatta menyokong saranan pembangkang pun sesaorang ahli Amno akan dikenakan tindakan, sebagaimana tindakan yang telah diambil kepada Sahril Samad yang dilucutkan dari jawatan PAC ekoran menyokong saranan pembangkang dalam Dewan Rakyat, sikap ego dan mengaggap diri sendiri saja yang betul patut dihapuskan kerana sikap dan sifat orang melayu adalah berlembut dan mudah memaafkan.

imagesAmno juga yang memperjuangkan bangsa melayu telah menggadaikan bangsa sendiri tanpa sedar atau secara sedar kerana masih mengekalkan nama UMNO singkatan dari bahasa Inggeris penjajah tetapi bila disebutkan oleh orang kampong UMNO akan bertukar menjadi AMNO dan Amno kini bukan lagi milik orang melayu yang ingin memperjuangkan melayu malah telah dimiliki oleh orang-orang bukan melayu ekoran keahliannya telah dibuka kepada Orang-orang Asli, Khadazan, Murut dan lain-lain. Oleh yang demikian Amno kini bukan lagi memperjuangkan Bangsa Melayu tetapi memperjuangkan Bumiputra atau lebih tepat disebut sebagai Amnoputra.

Begitulah juga satu masa dulu apabila raja-raja melayu telah dihina oleh pemimpin Amno yang gilakan kuasa hingga sanggup menabalkan Tenku Ibrahim sebagai Sultan Kelantan dalam satu majlis yang diadakan di Ketereh, namun tindakan mereka hanya mendapat cemuhan dan sorakan orang-orang yang masih setia kepada Duli Tuanku
Amno yang ditubuhkan pada tahun 1988 selepas kematiannya yang telah diistiharkan oleh mahkamah dulu, kini seolah-olah telah menjadi parti pewaris yang boleh kita lihat apabila ayah menjadi PM atau menteri maka jejaknya pula akan diwarisi oleh anak-anak beliau sebagaimana yang dapat kita lihat bila ketiadaan Allahyarham Tun Razak , Najib mengambil alih tempat beliau, begitu juga Hisamuddin, Mukhriz, Hamid Albar dan lain-lain lagi. Apakah harapan bagi mereka yang ingin duduk bersama sebagai pemimpin tetapi tidak mempunyai persaudaraan dengan lain-lain pemimpian tertinggi Amno juga berpeluang untuk menerajui negeri atau negara?. Mungkin kerana tidak mempunyai persaudaraan dan menolak keegoan dalam Amno yang menyebabkan ramai dikalangan pemimpin dan ahli Amno keluar menyertai Pakatan Rakyat.

Saudara ku dalam Amno mungkin belum sedar permainan pemimpin kamu yang hanya memperkudakan kamu demi mencapai hasrat dan cita-cita  yang belum tentu jelas  hala tuju yang ingin dibawa, bagi  yang kepinginkan jawatan batalkan saja niat tu kerana anda tidak akan kemana dalam dunia politik sempit Amno, cuba ambil iktibar dari pimpinan terdahulu seperti Dato Jabar, Dato Amin dan  Dato Hasan bagaimana mereka dijatuhkan, kerana bagi Amno pergi tidak mengurang datang pun tidak bertambah

oleh:cheli

%d bloggers like this: