Majlis Branstorming Pas kawasan Rompin

image_001271oleh:rumputkarpet
Syaari Sungip
Yb ADUN Ulu Kelang Selangor

Majlis branstorming Pas Kawasan Rompin diserikan dengan kedatangan YB Syaari sungip

ADUN Ulu Kelang Selangor. Beliau banyak berkongsi pengalaman dengan peserta selama mana beliau berada dalam perjuangan PAS dan cabaran-cabaran kemenangan PR di selangor.

Beliau menyeru rakan-rakan seperjuang di Kawasan Rompin untuk sama-sama berasa syukur kehadrat ilahi kerana berada dalam jamaah Islam PAS di saaat orang lain tidak dipilih oleh Allah taala. Gunakan peluang dari Allah ini dengan sebaik-baiknya. Perkara kedua yang ditekankan ialah mesti merasakan “rahmat” berada dalam jamaah Islam PAS. Rahmat kurniaan Allah ini mestilah dikongsi dengan orang lain dengan menjalankan kerja-kerja jamaah dengan bersungguh-sungguh.

PAS sebuah gerakan siasah dan dakwah tidak dapat tidak mesti digerakkan dalam organisasi yang tersusun. Turutan organisasi bermula dengan qiadah (kepimpinan) mesti yang kuat dan amanah dalam menggerakkan parti. Sifat yang harus ada dalam pemimpin antaranya bersifat pemaaf, sangka baik dan semangat bermusyuarah. Jundiyah (ahli) mestilah bersama-sama peminpin manajalankan amanah. Sama-sama bantu-membantu dan bekerjasama.

Musyawarah satu perkara yang dititikberatkan dalam membuat sebarang keputusan. Apa-apa keisu mestilah disyurakan. Keputusan musyawarah membawa keberkatan dan diajar oleh junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Beliau juga menyeru Pemimpin Kawasan Rompin mengeratkan ukhwah antara satu sama lain. Dengan ukhwah dapat memahami antara satu sama lain dan mampu melancarkan gerak kerja.

Setiap dikalangan kita mesti melakukan muhasabah diri dan muhasabah terhadap kepimpinan. Perbaiki apa yang kurang dan tambah apa yang diperlukan. Isu wala’ dan taat mesti diperkukuh selagi mana tidak bercanggah dengan ajaran sebenar. Dengan bersemangat beliau menyeru supaya merebut peluang berada dalamj amaah dengan menganggap jamaah tempat mengumpul pahala.

Pemimpin dan ahli mesti sedia menegur dan ditegur. Orang yang menegur dan orang yang ditegur haruslan berlandaskan kesayangan kepada jamaah bukan untuk tujuan peribadi dan diri seseorang. Tiada istilah merajuk dalam perjuangan. Apa-apa yang dilakukan mesti melihat kepada keuntungan kepada jamaah. Terakhirnya ADUN Ulu Kelang ini menekankan kepada penelitian kepada dakwah fardiayah dan dakwah jamaa’i. Tingkat usaha dalam melaksanakan kedua-dua kaedah dakwah ini dengan sebaiknya.

Beliau yang hadir dengan isteri tersayang memberi harapan yang besar supaya negeri Pahang Umumnya dan Rompin khususnya memenangi Pilihanraya akan datang.

oleh:rumputkarpet

%d bloggers like this: